CC24S-HB - spruce solid top, honey burst. |
Ovation yang termurah dalam katalog CK Music dengan diskaun 45% sempena YES, berbanding model-model lain yang berdiskaun 25%. Mungkin juga disebabkan penghabisan stok kerana model CC24S ini sudah discontinued digantikan dengan model CS24 (spesifikasi pun sama) dan hanya tinggal warna honey burst (tiada pilihan).
Apa yang menarik mengenai Ovation secara amnya berbanding gitar akustik jenama lain ialah bentuknya, selari dengan slogan Ovation "it's the shape". Belakang badan gitar ini berbentuk bowl (mangkuk?) daripada bahan komposit dinamakan Lyrachord. Bentuk ini juga agak ergonomik dan mesra boroi berbanding bentuk tradisional yang rata.
Kedua, neck profile, bindings dan fretboard radius seakan Les Paul, 21-fret, ditambah pula dengan skala 25.25" merupakan perantaraan skala Les Paul 24.75" dan Stratocaster 25.50". Sesuai untuk mereka yang sudah biasa main gitar elektrik.
Ketiga, tali gitar masuk melalui belakang bridge (ala Kapok) dan tidak menggunakan end pin seperti gitar akustik jenama lain. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan masalah semasa penenukaran tali dan tiada lagi insiden pin tercabut semasa menala gitar. Di bawah bridge ini juga terletaknya pikap piezo Ovation Slimline.
Preamp ringkas Ovation OP-4BT yang juga memiliki tuner dalaman jenis kromatik untuk talaan ekspress. Untuk talaan jitu lebih sesuai guna tuner klip Korg (PitchHawk atau Sledgehammer Pro).
Bernombor siri (bawah truss rod) C12070355, aku interpret sebagai unit ke-355 keluaran bulan Julai 2012. C mungkin merujuk kepada China, kerana siri Celebrity adalah buatan China.
Headstock ikonik Ovation. |
Ovation machine heads. |
Gigbag disertakan dengan setiap pembelian gitar-gitar Ovation (atau hardcase untuk model-model premium), walaupun gigbag hanyalah jenis asas (thin padding), tapi sekurang-kurangnya tak perlu bersusah payah mencari gigbag lagi.
Sebungkus tali Martin merupakan hadiah percuma sempena YES (berdasarkan katalog), dan sebungkus lagi merupakan gantian untuk tali yang agak berkarat pada gitar. Berurusan melalui Mr. Hong, web admin yang sama seperti pembelian tahun lepas, jadi senaskah katalog fizikal YES CK Music disertakan untuk
Video hiasan, kalaulah aku pandai main begini...
Ritual biasa bila ada gitar baru ialah menamakannya, akan digelar CELEB bersempena nama sirinya. Ia ditala pada talaan Eb-standard (kadang-kadang D), itupun masih terasa keras kerana jari-jariku sudah biasa dengan tegangan tali gitar elektrik. Opsyen lain, gunakan capo.
_____
AADI: Nombor VIII?
3 komen:
17 tahun dahulu dapat Applause sahaja. Ovation dan Adamas decal hanya untuk buatan USA.
Thumbs up
mula2 nak pilih jenis multi-hole (adamas style) tapi diskaun cuma 25%
Saya lebih suka jenis bridge yang tak gunakan pin seperti ini :-)
Post a Comment