Setelah berpuas hati dengan kecemerlangan set topeng pelitup muka jenama Carbon yang menjadi pelitup muka harianku, tertarik hati pula untuk mencuba versi terbaharu iaitu Carbon Air. Versi ini sedikit mahal berbanding versi klasik, jadi cuba beli seunit dulu.
Ash grey. |
Antara penambahbaikan versi Air ini ialah kualiti fabriknya yang lebih telus udara dan elastik berbanding versi klasik. Pada versi klasik, ketelusan dan elastik fabriknya berbeza mengikut warna - putih paling nipis, kelabu sederhana dan hitam agak tebal.
Kedua, label Carbon yang berjahit (knitted) dan bukannya bercetak (printed) seperti versi klasik yang mudah tanggal bila kerap dicuci.
Ketiga, tali earloop juga lebih panjang dan mudah dilaras, sesuai untuk mereka yang bertudung/hijab yang biasanya menggunakan earloop extender.
Selain berjimat dan mesra alam, pelitup muka Carbon ternyata lebih ranggi metropolis untuk musim-musim PKPx ini berbanding menggunakan pelitup muka pakai-buang.
_____
AADI: Carbon-fam.
1 comment
cun
Post a Comment