Sebelum mengenali blog YusTech, aku tidak ada rujukan utama untuk memasang pikap gitar. Kalau ada pun hasil kerja Master Beez dalam entri-entri Bro Sub dan beberapa entri dalam blog Jo NoobAxe (yang sudah tidak aktif).
Kali pertama aku memasang pikap gitar sendiri ialah set Tesla AH-1 pada ex-Abominations (Dean VMNTx) aku awal 2011 tanpa sebarang pengalaman dan hanya berpandukan skematik daripada website Tesla. Serius, kalaulah aku ada snap gambar isi perut ketika itu, memang berserabut tak ingat dunia. Kerja-kerja pemasangan pun berlarutan hingga dua hari dengan beberapa kali pengulangan.
Selepas mengenali blog YusTech, banyak teknik-teknik berkaitan pemasangan dan pendawaian pikap gitar dipelajari walaupun hanya sekadar melihat gambar-gambar. Paling ketara ialah cara meringkaskan sambungan bumi (earth/ground) pada suis, pot, cap dan output jack.
Pertengahan 2014 YusTech ada menaja beberapa komponen yang aku istilahkan sebagai "pek permulaan pematerian yang kemas" sebagai tanda sokongan kepada minat aku yang semakin menjadi-jadi pada seni ini. Terima kasih, dan ketika ini aku bangga mengaku sebagai seorang Padawan beliau.
Switchcraft output jack, mandatori YusTech. |
Berikut antara legasi YusTech dalam kerja-kerja pendawaian dan pemasangan pikap gitar-gitar aku mahupun gitar rakan-rakan selama lima tahun kebelakangan ini. Walaupun bukan tahap Jedi Master seperti beliau terutama bab pateri yang kemas (pematerian aku masih comot).
Beliau pernah berpesan, kalau kerja kita cuma tahap amatur jangan cas mahal tahap professional. Biasanya aku hanya akan cas RM30-40 untuk kerja-kerja penukaran pikap gitar rakan-rakan. Ya, setakat ini hanya berani terima gitar rakan-rakan sahaja, kalau total stranger memang aku tak terima.
Kalau kerja-kerja membersihkan gitar, mencuci fretboard bagai dan memasang tali gitar biasanya aku tak cas, ini passion dan satu daripada terapi minda aku.
Sekali lagi, terima kasih YusTech untuk ilmu yang dikongsikan. Legasimu akan tetap diteruskan di sebelah sini. Semoga ditempatkan bersama-sama golongan solihin, amin.
_____
AADI: Padawan, Jedi Master, kalau faham...
2 komen:
Salam Takziah
innalillah wa inna ilaihi rojiun. lama tak singgah sini
Post a Comment