Projek selepas sahur, memasang set active preamp generic/oem yang diperolehi daripada Shopee untuk menggantikan preamp lama Francesco (BC Rich PFG5 Warlock bass) yang mana kesemua potentiometernya sudah *keras.
Preamp ini juga didatangkan sekali dengan ruang bateri plastik, dapatlah menggantikan ruang bateri lama yang sudah patah penutupnya.
Proses pemasangannya tidaklah lama, hanya perlu mengeluarkan komponen lama dan memasang komponen baharu. Pematerian hanya melibatkan sambungan pikap neck dan bridge ke pot BLEND, selebihnya adalah pre-wired.
Pot BLEND lama, kutub bersongsangan antara pikap neck dan bridge. Kenampakan pot lama yang berhablur membuatkannya keras untuk dipulas. Ini antara tanda-tanda bass ini disimpan di tempat yang kurang sesuai oleh pengguna sebelum ini.
Antara yang dipelajari daripada kerja-kerja arwah YusTech ialah menyusun dan mengikat wayar-wayar "isi perut" dalam kaviti supaya nampak kemas, ini hanyalah untuk kepuasan diri selain meneruskan legasi beliau.
Projek berjaya diselesaikan sekitar 25-30 minit (amatur) tanpa sebarang pengulangan. Kualiti bunyi preamp ini cukup-cukup makan sahaja, 2-band EQ pun tidaklah berapa lebar sapuan frekuensinya. Tapi nak komplen apa, agak padanlah dengan harganya sekitar RM25 sahaja.
*Hampir berjaya melepaskannya penghujung Disember lepas, tetapi pembeli yang tidak berpotensi tadi menyatakan pot-pot yang keras sebagai satu daripada alasan untuk mengayam-keluar (chickening out). Jika ada yang berminat selepas ini, aku tidak keberatan untuk melepaskannya.
_____
AADI: Selamat daripada berEMG.
4 komen:
Guna ni rasa macam Blackie Lawless
nice bass
Samalah kita, lepas sahur terus ada rancangan gitar... 😅
Bert/Adi - berat
Bro Sub - waktu sebegini sahaja yang sesuai, tidak diganggu anak-anak kecil
Post a Comment