Memasang set tali bass D'Addario EXL170-6 yang diperolehi daripada Swee Lee Januari lepas pada Francesco (BC Rich PFG5) persediaan untuk *projek akan datang. Ini merupakan set untuk bass 6-tali, tapi aku hanya menggunakan lima tali teratas (bersaiz 100, 80, 65, 45, 32). Bass ini tidak pernah bertukar tali sejak diperolehi empat tahun lalu.
Ditala dan diintonasi untuk talaan D-standard (DGCFBb) atau E-standard jika perlu dan bukannya B-standard (BEADG) seperti 5-string biasa. Mendapat idea ini daripada konsep bass Ibanez BTB33 Volo.
Dengan talaan begini, aku tidak lagi bingung dengan tali paling bawah kerana sudah biasa (muscle memory) memainkan bass 4-tali dengan talaan E/Eb/D pada tali paling bawah. Sebelum ini, ia merupakan kekangan utama untuk menggunakannya selain berat yang mencecah 5 kg (4.9 kg to be exact).
Beberapa kali cuba untuk melepaskan bass ini tapi tiada yang berminat. Kalau ada pun, mengayam-keluar (chickening-out) pada saat-saat akhir. Daripada dilepaskan pada harga yang merugikan, ada baiknya digunakan sendiri. Dan selepas dipasangkan tali baharu ini, ia akan kekal dalam axology aku.
_____
AADI: *Projek livestream lagi?
0 comments
Post a Comment