Mungkin ini produk terbaharu daripada Pokka sebab aku tak pernah tengok sebelum ini. Ia sejenis minuman campuran teh dan jus ditambah dengan karbonat. Terdapat dua perisa setakat ini, aku memilih perisa pic (peach) untuk permulaan.
Buatan Pokka Pte. Ltd. Singapura, harganya sekitar RM2.00+ untuk setin berisipadu 325 ml. Katanya tanpa pemanis tambahan, tapi bagi lidah *40+ tahun aku ia masih terasa manis. Minuman begini sudah tidak sesuai untuk aku, aku lebih selesa dengan minuman jenis teh hijau, teh hijau melati atau teh lemon.
_____
AADI: *Tapi Cola boleh pula, haih~
2 komen:
Sudah lama dijual di Kota Singa, ada dijual di sekolah juga.
mungkin baru masuk pasaran sini
Post a Comment