Setelah berkesempatan dipandu uji semasa sessi jamming King's Studio beberapa minggu lepas, aku amat berpuas hati dengan prestasi Dinky ini. Hanya janggal sedikit sebab lama tak main superstrat (sebelum gig ini) dan pikap mid sahaja yang menjadi masalah peribadi.
Aku tak ada masalah dengan pikap Seymour Duncan JB (TB-4), ini antara model all-rounder untuk hard rock dan metal. Dulu teringin sangat dengan JB, sekarang sudah ada dua gitar dengan JB, gitar ini dan Chucky (versi SH-4). Juga ada JB kontot dalam simpanan yang belum ada gitar perumah.
Baru ada kesempatan untuk menjenguk belakang pikap. Eh? Pikap ini bertarikh (keluaran) 2011? Kalau ikut nombor siri gitar, ia keluaran 2010. Macam mana ni?
Pikap-pikap neck dan mid singlecoil model STK-1 (tiada lagi dalam katalog Seymour Duncan) adalah jenis stacked humbucker, berfungsi seperti humbucker (bucks the hum) tapi masih mengekalkan karekteristik single coil.
Pikap tengah (mid) direndahkan serendah yang mungkin (buka spring, tinggalkan foam sahaja), supaya tidak kena dengan pick, kerana di posisi inilah aku selalu picking. Lagipun aku amat jarang menggunakan pikap tengah. Selebihnya, temberang saja lebih, kah kah kah...
_____
AADI: Waktu kuarantin ni, teringin menggodek pikap gitar.
2 komen:
JB memang favourite 👍
tahun depan guna gitar ber-Duncan untuk live/gig
Post a Comment