Antara yang selalu habis stok dalam katalog Swee Lee (dan kebanyakan penjual atas talian lain). Bila stok System 65 Guitar Maintenance Kit Jim Dunlop ini kembali ada, terus dipancing tanpa melengahkan masa.
Mengandungi lima botol cecair bahan kimia Jim Dunlop yang selalu digunakan untuk memulihara gitar, empat daripadanya memang aku telah gunakan sejak terjerumus hobi kegitaran berbelas tahun lepas - Formula 65 Polish & Cleaner, Ultraglide String Conditioner, Fingerboard 01 Cleaner & Prep dan Fingerboard 02 Deep Conditioner. Hanya Bodygloss Cream Of Carnauba sahaja yang aku tak pernah guna.
Keempat-empat produk tadi amat berbaloi kerana sebotol boleh bertahan lama, 01 dan 02 hanya pernah dibeli sebotol setiap satu, manakala Ultraglide dan Polish hanya pernah dibeli dua kali sejak 2009. Juga agak terkejut kerana di dalamnya juga disertakan bukan satu, tapi dua helai tuala microfibre.
Juga ada terselit sekeping Micro Fret Cloth di dalam lipatan manualnya. Menjadikan kit ini amat berbaloi-baloi per harga berbanding membelinya satu persatu. Set ini aku jangkakan mampu bertahan minimum lima tahun dengan kuantiti gitar/bass yang ada dalam axology aku.
_____
AADI: Juga masih ada sebotol Fretboard Ultimate Lemon Oil.
0 comments
Post a Comment