Mulanya ingin mendapatkan FretWraps versi Dekade, tapi bila dapat tahu versi MKH Empire sudah ada dalam pasaran Malaysia terus mencarinya di Brado Guitars (pengedar rasmi Gruv Gear Malaysia). Malangnya Brado kehabisan stok, maka Music Bliss menjadi alternatif.
Ia sebenarnya sama seperti Dekade, cuma logo emas Gruv Gear digantikan dengan kanji Kiichi (喜一). Entahlah kenapa aku tertarik sangat dengan produk *signature MKH (strap, pick), padahal aku taklah follow sangat MKH atau Trivium secara amnya. Mungkin lebih ranggi, hipster dan trending kot?
FretWraps signature MKH versi biasa sebelum ini sudah dimiliki oleh Nuing ditukar (trade) untuk mendapatkan semula strap nostalgik aku Flambe Dunlop. Aku agak OCD dengan warna merahnya kerana tidak sepadan dengan gitar-gitar aku.
Versi MKH Empire ini pula amat sepadan dengan Les Paul aku sama ada gitar rimau Tigera atau abang long Goldie. Versi Stealth yang ada pula biasanya dipasang pada singlecut bukan Les Paul - Shiro, Chucky, Swede. Kan? Hipster... Padahal boleh saja guna alternatif murahan seperti getah pengikat rambut atau letak span biasa sahaja.
_____
AADI: *TerGAS pula dengan string Dunlop Trivium 10-52.
0 comments
Post a Comment