Ok, awal-awal aku bagitau Jackson JS22-7 DKA HT 7-string Dinky ini bukan gitar aku, ini gitar Nuing yang meminta aku memesannya ketika dia masih bercuti Krismas di Sibu.
Diperolehi daripada Pusat Muzik Reco melalui platform Shopee mereka, Reco masih ada stok model ini berbanding premis lain. Sudah agak lama aku tidak berurusan dengan Reco, kali terakhir tahun 2018.
Katanya teringin juga memiliki satu gitar bertali tujuh, pernah melamar Darth Sven (EC-257) aku, tapi sayangnya tak kena dengan jiwa. Nuing lebih selesa memainkan gitar jenis superstrat berbanding singlecut.
Menerimanya Jumaat minggu lepas (06/01/2023), aku hanya sempat memandu uji sekejap dan mengambil beberapa gambar untuk modal entri AADI sebelum dituntut keesokan harinya.
Bagi sebuah siri JS22, tiada apa yang menonjol kecuali kualiti pertukangannya yang menyamai sebuah siri JS32 tapi pada harga yang lebih murah. Sama seperti siri-siri JS32, badannya juga daripada kayu poplar, amat ringan sekitar 3.1 kg sahaja.
Fretboard kayu amaranth pada gitar ini nampak lebih gelap berbanding yang ada pada JS32 King V (Praetor) aku dan JS32 Dinky biru Methodman. Penampilan lebih menarik kerana ada inlay piranha tooth berbanding dot yang membosankan pada JS22 lain.
Bijak untuk Jackson menjadikan gitar ini berskala 26.5" seinci panjang berbanding standard Stratocaster 25.5" supaya lebih mudah ditala dan diintonasi untuk B-standard atau lebih rendah tanpa perlu menggunakan saiz tali yang lebih tebal.
Area bolt-on agak janggal kerana tiada plat logam seperti Dinky tradisional atau bulat seperti Dinky moden.
Juga disertakan dengan kabel generic dan strap Ibanez sebagai hadiah percuma daripada Reco. Manakala suis toggle Allparts dan tiga keping pick Papahet's White Fang itu merupakan pembelian menumpang.
Dengan adanya JS22-7 DKA HT ini bersemangat kembali mengeluarkan Sven aku yang sudah lama tidak dimainkan. Mungkin tiba masanya untuk MUP menjelajah dan bereksperimentasi dengan muzik gitar bertali tujuh.
_____
AADI: Bila nak jammig?
0 comments
Post a Comment