Juga antara projek semasa kuarantin. Pemancar sistem tanpa wayar Muslady Airbridge MP-1 ini rosak betul-betul sebelum persembahan Hi-Tea Kelab bulan November lepas. Baterinya tiba-tiba kembang sampai perumahnya merekah, nasib baiklah tak meletup.
Dibelikan bateri lithium-polymer baharu model yang sama 603035 melalui Shopee penghujung tahun lepas, tapi baru sekarang ada mood nak pasang. Mematerinya senang sahaja, cuma bila sudah berumur penglihatan agak merosot dan tempat memateri benda ini pun agak halus dan berbanding memateri elektronik gitar.
Sekarang ia sudah boleh digunakan, tapi hanya untuk di rumah atau jamming. Agak tidak sesuai untuk persembahan umum atau gig kerana perumahnya sudah retak, hanya dilekat menggunakan salotape. Sistem A8 pula memang tak boleh diharap langsung kah kah kah.
Mungkin tiba masa untuk melabur sistem tanpa wayar yang lebih berjenama, berbaloi tapi masih ekonomi contohnya Nu-X B-series.
_____
AADI: WGV-601 masih ok, cuma agak bulky dan masih guna teknologi FM.
0 comments
Post a Comment