Dalam kehangatan berkonsul, baru ada masa untuk memasang pikap Gibson 490T (bridge) yang diperolehi bulan lepas pada abang long Goldie, menggantikan Julianbucker yang dipasang sebelum ini. *Maka lengkaplah Les Paul ini dengan set pikap Gibson Modern Classic 490R/490T.
Kedua-duanya moderate output dengan DCR 7.8k (490R) dan 8.2k (490T), ia seakan-akan DCR Seymour Duncan Vintage Blues Set 7.6k (SH-1N) dan 8.2k (SH-1B) yang masih belum dipasang. Tercapai sudah hajat untuk sebuah Les Paul aku dengan pikap moderate output.
Pendawaian 50s masih dikekalkan dengan proses pemasangan sekitar 15 minit, isi perut diikat dan dikemaskan bagi meneruskan legasi arwah YusTech.
High ouput Julianbucker (15k) akan dipasang pada gitar lain. Kalau jual balik (let-go) pun, pasti tak ada nilai dalam pasaran umum, hanya orang-orang tertentu sahaja yang bisa menghargai pikap ini.
*Ia akan tetap sebuah Epiphone dan tak mungkin menjadi sebuah Gibson. Akan dipandu uji sekiranya ada sessi jamming healing-healing Luk Lalai kelak.
_____
AADI: Untuk kali ke-18.
0 comments
Post a Comment