Bulan September masih menyertai sessi hanya seminggu sekali seperti bulan-bulan sebelumnya. Macam biasa kekangan masa dan kesihatan, kebelakangan ini asyik batuk. Dua minggu lepas, siap buat x-ray paru-paru sebab batuk berlarutan lebih sebulan. Nasib baiklah bukan sakit yang serius.
Paling muda 12 tahun, paling tua 45 tahun 😅
Lain cerita, Kejohanan Muaythai Piala Premier kembali lagi tahun ini berlangsung pada 19-21/09/2025 di lokasi yang sama Naim Paragon Street Mall. Namun tahun ini hanya sebagai penonton dan tidak terlibat (bawah panji PS Boxing) seperti tahun lepas dan 2023.
Agak sedikit berbelah-bagi kerana acara tahun ini berselisih dengan Pesta Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) 2025 yang berlangsung 17-21/09/2025. Dan malam Sabtu (20/09/2025) aku memilih untuk pergi ke Paragon kerana dah janji nak bawa anak-anak tengok muaythai berbanding menonton Battle Of The Band bersempena BIKF.
Apa yang menarik malam itu ialah ada perlawanan tag-team pro wrestling APAC antara The Retis Double K dan Bad Boy Hendo Ramli melawan Alpha Alfa Nazri dan Raga Ngadai. Yang pasti team Alpha dan Ngadai adalah face malam itu.
Bagi yang biasa tengok pro wrestling dan faham segala gimik dan kayfabe (seperti aku) memang terhibur. Segala taktik yang biasa kita tengok di TV semua keluar - referee pengsan, guna kerusi, lawan luar gelanggang. Secara amnya, sambutan penonton lebih meriah berbanding perlawanan muaythai.
Juga ada berlangsung Kejuaraan Silat Tertutup Bintulu 2025 yang menyaksikan persembahan pelbagai (sembilan?) persatuan silat seluruh Sarawak selain perlawanan silat olahraga. Cuma agak kesianlah segala kelengkapan ala kadar tidak segah muaythai di sebelah sana. Mungkin dana terhad atau tiada penaja? Teringat zaman-zaman aktif bersilat cekak (PSSCM) ketika siswa USM 1997-2000.
Selain itu juga ada perlawanan dart dan e-sports memeriahkan suasana Paragon yang sekian lama sunyi daripada pengunjung.
_____
AADI: Terhibur anak autis aku tengok wrestling.
0 comments
Post a Comment