Kampung Budaya Sarawak antara tempat yang masuk senarai baldi (bucket list) untuk dilawati sejak 2010-an, cemburu dengan rakan-rakan dari Semenanjung yang melancong ke Kuching pasti akan singgah di sini. Kalau bukan kerana Loudness main malam kedua Rock In The Jungle 2.0, entahlah bila aku berpeluang menjejak kaki di sini.
Datang seawal 2.00 petang untuk secure parking dan ingin meronda KBS kerana pemegang tiket RITJ katanya boleh masuk ke KBS seperti pengunjung biasa. Tapi malangnya tiket online/QR hanya dapat dituntut selepas pukul 3.00 petang.
Waktu lepak depan gate (selepas kelibat Minoru dan rakan-rakan), aku perhatikan ramai juga pelancong dalam dan luar negara yang ingin "walk-in" terpaksa dihalang oleh penganjur kerana selepas pukul 2.00 petang, kemasukan tiket biasa sudah ditutup dek acara RITJ (notis sudah diberi). Ada juga yang nekad sanggup beli tiket *harga RITJ semata-mata nak masuk KBS ketika itu.
Sementara menunggu pukul 3.00 petang, membawa diri ke Pantai Damai Santubong yang tak jauh dari Kampung Budaya (hanya seberang jalan). Pantainya cantik dan bersih, tapi aku tak berminat dengan pemandangan pantai.
Tak ada yang menarik, hanya geng-geng penganjur RITJ berkhemah di kawasan berdekatan pantai. Lari ke Damai Central untuk rehat dan makan ABC di food court yang ada.
Pemandangan belakang Damai Central mengingatkan aku pada game Far Cry, Crysis dan Far Cry 3. Atau pemandangan Isla Sorna dan Isla Nublar.
Selepas dapat tebus gelang tiket QR sekitar pukul 3.00 petang, selepas pemeriksaan keselamatan dan beli t-shir di booth merchandise, inilah pemandangan pertama yang aku nampak...
Kalau nak healing-healing inilah pemandangan yang paling mendamaikan bagi aku - ada air (tasik/sungai) berlatar belakangkan tanah tinggi (bukit/gunung). Rumah tradisional besar tu ialah Rumah Tinggi Melanau. Mrs. Ijau orang Melanau, memang pernahlah aku dengar cerita-cerita orang Melanau dulu buat rumah tinggi-tinggi.
Rumah-rumah tradisional di KBS ini menang dibina seasli dan setua (seasoned) yang mungkin termasuk aksesori, perhiasan, patung dan totem. Kalau bukan sebab ada hiasan moden - bendera Malaysia/Sarawak, lampu jalan dan papan notis - memang terasa seolah-olah kita perantau masa balik ke suatu masa yang berbeza.
Sayangnya atas kekangan masa, kawasan yang luas dan rumah semua tutup, aku tak dapat meronda keseluruhan KBS ini. Ada banyak rumah yang aku tak sempat lawat termasuklah Rumah Tinggi Melanau tadi.
![]() |
Rumah Bidayuh. |
![]() |
Rumah Panjang Iban. |
![]() |
Rumah Orang Ulu. |
![]() |
Rumah Penan. |
Rumah (pondok) Penan ini agak nostalgik bagi aku, teringat memori waktu kecil ketika musim menuai padi, lebih kurang beginilah pondok bendang ketika itu.
Rainforest Music House ini pun dah tutup, aku tak pasti fungsi bangunan ini. Adakah ia mempamerkan alatan muzik tradisional masyarakat Sarawak?
Pentas utama RITJ, ketika ini aku perasan hanya ada 3-4 orang "pengunjung" sahaja yang sudah lepak di sini, termasuklah Kaori yang sudah siap booking tempat depan pagar dengan bendera matahari terbitnya. Tak lama kemudian baru ada sessi souncheck Breath In Ocean dan Fearless. Loudness sudah soundcheck sebelah tengah hari.
Selebihnya sambung entri RITJ dua minggu lepas...
*Rupa-rupanya tiket harian KBS ini pun bukannya murah, RM90 dewasa (RM135 non-Malaysian) dan RM57 kanak-kanak (RM85 non-Malaysian). Kira aku beli tiket early-bird RITJ harga RM169 (normal RM199) berbaloilah per konsert dan masuk KBS.
_____
AADI: Tunggu Rock In The Jungle 3.0, katanya.
0 comments
Post a Comment