Seperti biasa, hari terakhir 2025 akan ada entri sinopsis tahunan AADI. Nampaknya untuk 2025, terasa agak biasa-biasa (average) sahaja tanpa ada aktiviti yang menarik untuk di"bragging rights"kan.
1) Tinju - Masih aktif cuma purata satu sessi seminggu atas faktor kesihatan dan urusan keluarga. Ada juga pernah penuh tiga sessi seminggu. Bulan depan genap tiga tahun aku bertinju, akan dibuatkan entri berasingan kelak.
2) Gaming - Sinopsis untuk kedua-dua platform gaming PC (Steam) dan konsol PS4 telahpun dibuatkan entri berasingan minggu lepas. Ketika entri ini ditaip, masih memainkan Tomb Raider I, II, III Remastered.
3) Kegitaran - Berjaya mendapatkan sebuah gitar idaman iaitu Iron Cross, secara impromptu kerana terGAS dan harga promosi Rock & Raya Music Bliss (ketika itu) yang masih berkekalan sehingga promosi merdeka dan jualan hujung tahun, duh~
Hanya berjaya melepaskan bass Francesco yang sekian lama ingin dilepaskan. Tidak tercapai KPI tahun ini untuk melepaskan Swede dan/atau Lagoon, akan dicuba lagi tahun depan. Gajet masuk - G3n, SD-1-4A, Impulse IR Loader, Tone Tattoo, Wireless IEM, amPlug 2 Metal dan HT1 Metal. Tiada gajet keluar.
Rancak dengan perolehan pikap daripada Bentley - Blackouts Loomis, Distortion, Red Devil, Thrash Factor dan D Activator-X. Mungkin beberapa unit akan cuba dilepaskan untuk model pusingan.
Hanya dua gitar rakan diservis tahun ini untuk dipasangkan set pikap - Blackouts EC-1000VB, D Sonic/D Activator-X GRGR221PA.
4) Kugiran - Tidak ada menyertai apa-apa persembahan pentas atau gig tahun ini. Jamming pun hanya sekali dua sahaja.
5) Kaki wayang - Papa Zola The Movie: Game On, Predator: Badlands, Jurassic World Rebirth, The Final Reckoning, A Minecraft Movie, Mickey 17 dan Sonic 3.
6) CD - Tahun ini ada memancing empat album - Patient Number 9, Invincible Shield, 72 Seasons dan Peluru Cokelat. Oklah tak rancak daripada tak ada langsung.
7) Konsert - Setelah lama tak layan konsert, tahun ini tidak dijangka-jangka dapat menonton konsert band metal lagenda Jepun Loudness di Rock In The Jungle 2.0 pada 30/08/2025.
8) Peribadi - Beberapa hari lepas sempat melancong healing-healing hujung tahun bersama keluarga di Stephanie Garden, Kiaru Beach Cabin, Kuala Penyu yang hanya sekitar 20+ kilometer dari kampung aku. Mungkin akan dibuatkan entri berasingan tahun depan, kalau aku rajin...
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI walaupun medium blog semakin sunyi. Moga 2026 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog.
_____
AADI: Masih jetlag...













0 comments
Post a Comment