Memperolehi Domyos boxing training gloves with ergonomic foam (hitam) ini melalui website Decathlon. Tiada lagi nama/nombor model/tier seperti era Outshock sebelum ini (BG100, BG120, BG500).
Seperti biasa, saiz (berat) 14 oz dipilih, kerana ini saiz sweet-spot untuk aku. Ia akan menggantikan BG500 yang sudah lusuh seperti dalam entri minggu lepas. Aku perasan dalam website Decathlon kebanyakkan produk sukan kombat jenama Outshock telah diganti oleh jenama Domyos. Contohnya gloves, hand wraps dan mouthguard.
Outshock adult training boxing gloves beginner merah ini pula (juga 14 oz) merupakan perolehan sampingan, kebetulan ada promosi 20% menjadikannya lebih murah berbanding harga sebelum ini. Gloves merah ini tak perlu aku ulas lagi, boleh rujuk entri BG100.
Pada bahagian atas, ada logo "advanced fighting gear" yang menyerlahkan tema hitam putih gloves ini. Dari segi kualitinya, tak jauh beza dengan BG120 yang pernah dimiliki, kecuali padding yang seragam keseluruhan penumbuk berbanding BG120 yang hanya tebal pada area buku lima. Buatan China berbanding BG120 yang buatan Vietnam.
Ruang yang luas (panjang) yang pada area ibu jari membuatkan kedua-dua gloves ini amat selesa untuk heavy bag dan padding. Untuk mereka yang ingin atau baru berjinak-jinak dengan sukan tinju, aku sarankan pilih gloves Decathlon ini baik jenama Outshock ataupun Domyos berbanding Everlast atau Venum *murahan yang banyak dijual di Lazada/Shopee.
Gloves ketujuh dan kelapan aku selepas Spark Camo, Senshi, Elite 2, BG500, BG120 dan Everlast basic. Hanya Spark Camo dan Elite 2 sahaja yang masih berkhidmat, selebihnya sudah lusuh dan koyak.
_____
AADI: *Yang aku pasti bukan original.








0 comments
Post a Comment