Audit pedal dan multi-effects (MFX) yang diasing-asingkan mengikut kategori gigrig - rig yang digunakan semasa gig atau persembahan awam, untuk jamming lain ceritanya.
1) One pedal mobile gigrig - bila gig yang hanya memerlukan dua jenis patch (rhythm, solo) biasanya aku akan bawa
MS-50G (berbateri) sahaja. Jika gig yang memerlukan lebih daripada dua jenis patch tapi masih ringkas (clean, rhythm, solo), aku akan bawa
GT-1 (berbateri, adapter PSA sebagai backup).
2) Wireless RP360 gigrig - gabungan antara Digitech
RP360 bersama-sama Takstar
WGV-601 wireless system di dalam pedal case Stagg
UPC-424. Gigrig ini biasanya untuk gig/persembahan yang agak lama (>30 minit) di atas pentas yang luas, contohnya semasa
Bintulu Bike Week tahun lepas.
3) Real-men-use-three-pedals (RMU3P) gigrig - yang terdiri daripada tiga pedal stompbox Boss iaitu
SD-1,
ST-2 dan
CH-1 di dalam pedal board
BCB-30. Ini sahaja stompbox Boss aku yang masih tinggal. Dan ketika entri ini disiarkan, SD-1 sudahpun berpindah milik kepada seorang rakan dari Kuching beberapa hari lepas.
4) Dan yang paling terkini, gigrig berpedal yang baru aku eksperimentasikan untuk 2019 terdiri daripada
IRT-Pulse (thanks
Bro Sub) bersama-sama
Silencer,
Spark Booster dan
MS-70CDR. Rig ini agak versatile boleh digunakan bersama-sama amp (front or loop) dan terus ke mixer atau PA system kerana IRT-Pulse memiliki opsyen cab simulation.
Tetapi sebenarnya aku paling selesa menggunakan MFX, kerana sebagai frontman aku kena fokus dua benda sekaligus - gitar dan vokal. Biasanya aku jadikan bab gitar seringkas boleh (sebab ada gitaris utama) supaya boleh fokus lebih kepada vokal. Aku akan gabra bila terpaksa tap-dance (memijak beberapa stompbox) untuk pertukaran bunyi-bunyian gitar.
Inilah masalahnya bila masuk kedua-dua khemah stompbox dan MFX. Kena muhasabah diri untuk melepaskan mana-mana pedal yang tidak digunakan langsung, kecuali yang bertaraf pemberian/hadiah contohnya
LT-Dual (terima kasih Bro Sub sekali lagi).
_____
AADI: Jual pedal beli amp?