Kembali Ke Bintulu (Part 4)


Sabtu 10/7/2010 - Aku bertolak dari kampung dalam pukul 6.30 pagi. Berbekalkan dua CD baru iaitu Powerslave dan The Best Of Mercyful Fate (yang aku beli Khamis lepas, nanti aku buat entri lain) sepanjang perjalanan disamping 10 CD lain yang aku bawa dari Bintulu.

Wira merah tengah terkial-kial naik dan turun dari feri Sungai Trusan disebabkan telampau lowered. Dah tau nak trans-Borneo lagi nak lowered? Ataupun mamat ni baru kali pertama trans-Borneo? (Antara faktor utama kenapa aku tak jadi nak bagi lowered dan tambah skirting Imago aku).

Akhirnya, setelah berusaha turun perlahan-lahan dari feri (mengambil masa hampir 10 minit) dengan bantuan pengusaha feri, Wira merah ni akhirnya dapat turun feri dengan jayanya malangnya. Bumper belakangnya tersangkut kat lantai dan terkopek (tak sempat aku nak snap gambar). Aku (dan mungkin pemandu Hi-Lux kat kiri) tersengih je tengok sambil berkata dalam hati "padan muka"...

Kat area Kampung Gunaya Limbang, ada sebuah rumah terbakar. Memang terbakar habis, terlampau teruk sampai bomba pun tak boleh buat apa-apa, disebabkan tadak rumah yang berhampiran jadi bomba hanya membiarkannya hangus dan mengawal orang ramai daripada menghampiri kawasan kebakaran. Aku hanya sempat snap gambar kat atas cepat-cepat, sebab bomba tak bagi berhenti tepi jalan. Dari dalam kereta dengan jarak hampir 20-30 meter, aku masih terasa bahang api.

Imigresen Sungai Tujuh (Brunei side), rata-rata kereta yang menuju ke arah miri merupakan kereta-kereta Brunei. Beginilah aktiviti mingguan kebanyakkan orang-orang Brunei, menghabiskan hujung minggu di Miri (atau Kota Kinabalu).

Tak lama lagi, Kompleks Imigresen Sungai Tujuh (Malaysian Side) akan diganti dengan kompleks yang baru (under construction), harap-harap ia lebih besar daripada kompleks CIQ (Custom, Immigration, Quarantine) Kuala Lurah-Tedungan di Limbang dan CIQ Lawas.

Seperti yang dijangkakan, aku tiba di bandaraya Miri dalam pukul 1.30 petang. Mula-mula nak pi Bintang Plaza (kini namanya Bintang Megamall) tapi tak jadi disebabkan aku tanak buang masa mencari tempat parking (penuh dengan kereta bernombor plet Brunei), jadi aku tukar plan pi Imperial Mall. Bukan apa, selain nak tapau makanan tujuan utama aku nak pi Speedy Video hehehe...

Aku bernasib baik sebab akhirnya terjumpa CD yang selama ni aku cari kat Speedy Video - Tarja Turunen My Winter Storm (versi Special Malaysian Edition). Nak cari versi biasa jangan haraplah, kat eBay pun CD ni mahal gila RM80+ macam CD Blaze Bayley The Man Who Would Not Die. Nanti aku buat entri lain...

Dah dapat CD, dan menapau burger KFC (senang nak makan sambil memandu) akupun bergegas balik kembali ke Bintulu. Disebabkan purata pemanduanku (80-100 km/j) akan mengambil masa dua setengah jam untuk sampai di Bintulu, jadi aku kena bertolak dari Miri sebelum pukul 3.30 petang untuk mengelakkan tiba di Bintulu waktu hari dah senja. Malam nanti dah janji dengan member nak tengok muvi Predators.

Aku tiba di Bintulu 15 minit lebih awal daripada yang dijangkakan, 5.45 petang. Mungkinkah disebabkan ketiadaan dua buah gitar menyebabkan Imago aku lebih ringan? Hahaha...

_____
Ada apa: Cuti raya nanti dapat kebenaran balik berdua ;)

Kembali Ke Bintulu (Part 3)


Pagi nanti seawal pukul 6.00, seperti biasa aku akan memulakan perjalanan kembali ke Bintulu setelah bercuti di kampung halaman selama seminggu. Sekiranya tiada arah melintang, dijangka akan sampai Miri sekitar pukul 12.00-1.00 tengahari, kebiasaannya aku akan lepak beberapa jam kat Miri (rehat, makan, shopping) sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu.

Kedua-dua Mephisto dan Kelly Kelly yang aku bawa balik, kini telah mempunyai tuan yang baru. Jadi aku balik Bintulu dengan "tangan kosong"... Semalam Bob Kandar dah SMS nak ajak jamming hari Ahad ni, ada peluang untuk sessi "pandu-uji" Abominations dan G1M yang masih belum pernah beraksi lagi.

Kat kampung susah sangat nak buat entri panjang-panjang dan upload gambar banyak-banyak, line EDGE slow, lebih slow daripada tahun lepas (mungkin dah ramai user kot?)... Kadang-kadang manjang je disconnected. Tak best nak online macam biasa.

Bilalah agaknya kampung aku nak dapat line 3G? Sekurang-kurangnya kampung *ehem-ehem* aku kat Dalat nun ada line 3G walaupun nampak kurang membangun berbanding kampung (dan daerah) aku. Nak video chat guna YM pun tadak masalah.

Oke, jumpa lagi di Bintulu...

_____
Ada apa: *Ehem-ehem* pun asyik SMS suruh aku balik Bintulu cepat... Amboi~

Let-Go: Kelly Kelly


Selepas Mephisto mendapat tuan baru Sabtu lepas, semalam giliran Kelly Kelly pulak yang telah pergi menemui tuan barunya, seorang gitaris daripada kugiran underground KK - Pentuzera (yang ada main waktu gig Sickening Art yang lepas).

Kalau ikutkan pendapat peribadi, Kelly Kelly ni memang gitar yang selesa dan seimbang, dan senang untuk dimainkan disebabkan ia mempunyai jumbo frets. Kalau bukan pasal kes malas-aku-nak-cerita hari tu memang aku tak nak jual Kelly Kelly ni.

Maka berakhirlah kisah cintaku dengan Kelly Kelly. Semalam tuan barunya agak teruja dengan Kelly Kelly ni (yang masih baru), lepas test power dua-tiga round tak banyak cakap terus confirmed! Hahaha... Memang senang nak cari buyers kat Sabah ni, especially bila ada network di kalangan mat-mat Metal yang sememangnya sedang mencari gitar berbentuk ekstrim. Credits to Oriaj too...

_____
Ada apa: Nak beli gitar apa pulak lepas ni? Chait! Simpan duit, setelkan kahwin dulu...

Ada Apa Dengan Keychain? (Part 2)


Uish, pagi ni kira kali kedua aku berjaga sebab tengok bola, kali pertama waktu Sepanyol kalahkan Portugal minggu lepas, tu pun pasal tertidur awal lepas balik kerja dan kebetulan terbangun dalam pukul 2.00 pagi.

Kali ni lain sikit pasal memang niat nak tengok siapa akan ke final (selain Belanda), lagipun pagi nanti tak perlu risau kalau-kalau terlambat bangun pi kerja sebab aku bercuti kat kampung... FYI, aku tak sokong mana-mana pasukan secara spesifik - a game worth to watch, then it's a good game indeed.

Enough with that World Cup stuff... Ni kes tadak idea, aku sambung entri pasal keychains. Kali ni koleksi Naruto lah pulak :)

Kalau tak silap dulu ada lagi beberapa keychain Naruto, tapi dah ditapau oleh anak buahku... Cuma tinggal keychain tiga watak kegemaranku (yang selamat disembunyikan) - Rock Lee, Naruto dan Gamakichi.

Antara stuff Naruto yang aku ada hehehe... Headband dan gloves Konoha. Headband tu aku beli kat Sunway Pyramid somewhere in 2008, manakala gloves pulak kat Petaling Street somewhere in 2005, hehehe dah lima tahun tak pernah keluar daripada plastik.

Dulu aku ada kunai, jam dan trading card Naruto, seperti biasa telah ditapau oleh anak buahku dan aku tak berapa kisah pun sebab ketiga-tiga benda tu aku beli kat kedai Super Save @ Kedai RM2.00 tadak la mahal mana pun.

Nak sambung tidur, tengahari nanti ada appointment dengan seorang gitaris kugiran underground KK, dia nak tengok Kelly Kelly aku... Hopefully he'll be interested.

_____
Ada apa: Lepas ni ramai yang bakal hilang akidah, percaya kat sotong...

Ada Apa Dengan Keychain?


Koleksi keychain (nak kena sebut rantai kunci ke?) One Piece aku yang tak berapa lengkap... Buat entri ni pasal teringat keychain Sogeking dalam entri Metallica S&M DVD (entri tadak idea).

Nak kumpul action figures memang tak mampu la beb... Setakat kumpul keychain je aku mampu.

_____
Ada apa: Oriaj, pi mintak peruntukan dari YB Datuk pasang line 3G kat kampung ni...

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (65) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (187) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (80) botb (21) bourns (5) boxing (76) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (67) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (85) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (58) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (64) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (28) dean markley (5) decathlon (11) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (54) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (8) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (80) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (285) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (22) family (77) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (56) floor jansen (11) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (64) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (42) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (63) imago (65) in flames (8) instagram (61) insulter (5) inverno (31) iron cross (9) iron maiden (184) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (297) j5 (15) jackson (79) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (40) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (121) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (312) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (31) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (29) marigold (3) marshall (22) martial arts (31) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (490) mercyful fate (11) metallica (107) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (24) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (118) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (20) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (72) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (50) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (60) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (59) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (59) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (79) solar (1) sonata arctica (3) sony (37) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (34) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (197) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (30) sundrop (7) sungai (12) super album (108) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (36) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (39) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (53) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (24) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (16) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (494) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger