Push-Pull So-Cal


Setelah projek memasang EMG SA/SA/SA sebelum ini menemui jalan buntu, So-Cal dipasangkan semula dengan pickguard dan set pikap asal (Evolution/Tone Zone). Tetapi dengan sedikit modifikasi, menggantikan CTS 500k pot asal dengan model push-pull (DPDT) yang diperolehi daripada StewMac untuk opsyen coil-split (aka single-coil sound).


Pernah dicuba modifikasi sebegini lima tahun lepas, tetapi ketika itu pot yang digunakan ialah DiMarzio EP1201PP. Selain bersaiz Alpha, ia juga jenis audio taper A500k yang (pada pendapat aku) lebih sesuai untuk TONE berbanding VOLUME.

DiMarzio EP1201PP.
Pot push-pull CTS StewMac ini agak berbeza dengan push-pull CTS lain ataupun Alpha, kerana kedudukan enam terminal DPDT yang agak radikal (rujuk di sini), tetapi sebenarnya ia lebih senang dipateri. Jika forex ringgit dah kukuh kelak, mungkin aku akan beli lagi pot sebegini daripada StewMac.


Untuk kali ini proses mengambil masa lebih lama berbanding biasa, walaupun pendawaiannya ringkas, tetapi pematerian dicuba sekemas dan sepremium yang mungkin termasuk menggunakan penebat tiub heat shrink.


Dibelanja dengan tali baru SIT Rock Light (9.5-44) dan ditala pada talaan E-standard yang lebih sesuai untuk gitar ini. Tali GHS PRDM yang dipasang dua bulan lepas masih bagus dan akan dikitar semula untuk gitar lain (mungkin Nightfall).


Mungkin juga akan direhatkan daripada "tugasan rasmi" seperti Goldie dalam entri semalam. Gitar utama sekarang ialah Nightfall dan Neon. Tetapi akan sentiasa dalam keadaan siap sedia (standby) jika mojo Charvel diperlukan.

_____
AADI: Bereksperimen dengan fungsi detune pada multi-effects.

EMG Goldie


Aku mengambil keputusan untuk menjadikan Goldie sebagai gitar perumah untuk set pikap EMG-HZ H4/H4A yang dikeluarkan daripada Nightfall minggu lepas. Ini merupakan kali yang ke-entah Goldie ini bertukar set pikap.


Dengan perolehan dua unit lagi pot 500k CTS All Parts, maka litar Les Paul (2V2T) yang terbengkalai sejak bulan April kini lengkap. Tak lupa juga dibelanja dua biji oren 47nF tajaan YusTech. Dipasang secara humbucker penuh, tiada opsyen push-pull seperti ketika berada pada Nightfall.


Gambar diambil sebelum wayar-wayar yang berterabur diikat kemas. Bukanlah projek pematerian yang kemas, kadang-kadang bengang bila besi pemateri dah bagus, timah pula yang buat hal. Tapi tak mengapa (parap-parap) asalkan tiada litar pintas dan berfungsi 100% sudah dikira berpuas hati.


Juga dipasang dengan tombol speed knobs hitam (Shopee) yang nampak lebih serasi dengan pikap EMG, menggantikan tombol asal amber top-hat yang dah pecah. Tidak dibelanja tali baru kerana tali GHS PRDM yang dipasang awal tahun masih bagus.


Walaupun Goldie ini bakal direhatkan, namun jika perlukan gitar untuk talaan yang pelik - DADF#AD, DADFAD atau BDDDDD, pasti ia akan beraksi semula.

_____
AADI: Nampak lebih moden.

Wordless Wednesday: 1.44MB FDD




_____
AADI: Bila kali terakhir anda menggunakannya?

Dilema Korina (Part 2)


Sebelum bulan puasa lepas, seorang rakan sekerja aku ingin mendapatkan sebuah gitar elektrik terpakai (selepas cemburu dengan perolehan Nightfall) dan bertanyakan jika aku ada gitar yang ingin dilepaskan.


Dalam banyak-banyak gitar yang aku ada, Korina ini sajalah yang sanggup dilepaskan dan rakan ini bersetuju. Aku dah siap-siap keluarkan set pikap DiMarzio kombo Satriani/Gilbert dan memasang semula pikap asal (supaya nilainya menjadi mampu milik), selain dibelanja dengan potentiometer baru berserta sebiji buah oren.

Sprague Orange Drop .22uF dan pot 500k Lazada.
Nak dijadikan cerita, pada saat-saat akhir, rakan ini tadi mengayam-keluar (chickening-out) dengan alasan dia tak dapat bonus raya, kah kah kah... Terasa macam sia-sia sahaja usaha pada perenggan kedua tadi. Geram punya pasal, aku jual kombo Satriani/Gilbert tadi untuk dana-dana GLTL lain.

Ini merupakan kali ketiga Korina ini gagal untuk bertukar tangan, nampaknya seperti sumpahan takdir ia akan terus melekat dengan aku. Mungkin sudah tiba masanya ia dijadikan gitar utama semasa jamming atau persembahan umum?


Terfikir untuk memasang set pikap EMG-HZ H4/H4A yang dikeluarkan daripada Nightfall dalam entri semalam supaya nampak lebih "metal". Tapi entahlah, mungkin disebabkan malas nak bertukang 2-3 kali, biar sajalah Korina ini dengan pikap asalnya...

_____
AADI: Selamat Hari Sarawak.

Duncanised Nightfall


Set pikap Seymour Duncan Sentient/Pegasus yang sebelum ini dipasang pada Goldie, dipindahkan ke dalam Nightfall. Kenapa? Sebab aku boleh (because I can), kah kah kah... Set pikap asal EMG-HZ H4/H4A mungkin akan dipasang pada gitar lain yang lebih sesuai - mungkin Goldie atau Korina.


Oleh sebab fizikalnya yang bertaraf B-stock, Nightfall ini akan dijadikan gitar harian dan belasahan (workhorse) menggantikan Mirage. Penggunaan Sentient/Pegasus akan menjadi lebih optimum jika berada dalam Nightfall berbanding Goldie yang bakal direhatkan daripada "tugasan rasmi".


Aku lebih suka respon Sentient/Pegasus pada gitar yang berat berbanding ringan. Ikut pengalaman, set ini pernah dipasang pada Neon. Selain itu, Nightfall ini juga memiliki sistem Floyd Rose yang memiliki jajaran yang lebih selari dengan kekutub trembucker Pegasus yang lebih lebar.

Pendawaian asal.
Pengaruh YusTech dikesan di situ.
Tiada sebarang modifikasi dilakukan pada pendawaian asal, masih mengekalkan opsyen push-pull, hanya diikat supaya kemas dan untuk kepuasan diri. Akan ditukar dengan elektronik premium (CTS, Sprague) jika elektronik asal ini bermasalah kelak.


Dalam kesempatan yang ada, action direndahkan, dan dibuat intonasi menggunakan The Key. Ketika ini ia menggunakan tali GHS PRDM (10-52) yang dikitar semula daripada Neon dan ditala pada talaan Eb-standard.

Kelak ia akan dipasang dengan tali bersaiz besar dan dikhaskan untuk talaan rendah D-standard (atau drop-C# jika perlu), sesuai dengan julat pikap Sentient/Pegasus ini dan temanya "all-black guitar" .

_____
AADI: Nightfall in Middle-Earth.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger