Activated Korawk's Eclipse


Untuk mengejar tona Hetfield (katanya), Korawk teracun dengan hype set EMG 81/60. Akhirnya tercapai juga hajat untuk dipasang pada LTD EC-256nya (ex-Dark Moon). Oh ya, set ini merupakan set terpakai (used) yang sama dalam entri ni.


Lap dan wax sikit, supaya nampak bersih dan berkilat semata-mata untuk photo-shoot (tuannya tak pernah lap). EMG 60 dah lama terperap, dah nampak macam berkulat permukaannya (pandai-pandailah kau cuci). EMG 81 pula baru saja dikeluarkan daripada Mirage aku yang kini kosong tanpa pikap (projek seterusnya).


Set ni bukannya EMG solderless system aftermarket, tapi jenis hardwired. Mengikut sejarahnya, ia dikeluarkan daripada EC-1000 yang ditukar (trade/swap) dengan amp Micro Terror aku tahun lepas.


Masih guna konfigurasi asal - 2 volume, 1 tone, potentiometer Alpha 25k, dan capacitor 22 nF "Chiclets" yang dikitar semula.

Bab-bab macam ni aku berterima kasih kepada Yustech, kerana sedikit sebanyak memberi idea (secara tak langsung) pendawaian dan pematerian ringkas, kemas dan berhemah melalui gambar-gambar projek dalam blognya. Bro Yus, apa cer sekarang?


Sekarang, boleh dikatakan EC-256 ni secara tak langsung dah naik taraf jadi EC-401 (celup), terlalu "metal", cuma kurang dua fret. Lepas ni si Korawk bolehlah gantikan aku jadi frontman MUP. Oh ya, hari ni mereka (Korawk, Adi Herman, Azrol) akan ke Sibu untuk gig SMR, Dr. Ben pun ada turun main untuk band Vociferation Eternity.

Lain cerita, katanya EC-256 dah sold-out di Guitar Collection, sedih... Baru nak target Lemon Drop.

_____
Ada apa: "EMG pakai bateri ke?" - soalan punch line.

Blaze - Blood & Belief


Sama seperti album Silicon Messiah, semenjak diperolehi daripada Rock At Large (kedai CD Dr. Ben kita) lebih lima tahun lepas, aku tak pernah buat entri pasal album studio ketiga Blaze (band Blaze Bayley) ni - Blood & Belief.


(P) 2004 Black Machine Holdings Ltd. (C) 2004 Steamhammer, a division of SPV GmbH. Ini merupakan album terakhir Blaze, sebelum band ini berkubur kerana semua ahlinya keluar, tinggal Bayley seorang.

Empat tahun kemudian Bayley kembali dengan band baru menggunakan moniker eponimus "Blaze Bayley" dan membalas dendam dengan album epik The Man Who Would Not Die.


Berbanding album sebelumnya Tenth Dimension yang agak kurang aku layan, lagu-lagu dalam album kali ni memang masyuk. Selain lagu-lagu yang agak berat sesuai dengan julat vokal Bayley, juga terdapat beberapa buah lagu yang melankolik dan beremosi contohnya Blood And Belief, Life And Death, Regret dan Soundtrack Of My Life.


Dah 12 tahun dah album ni, dah boleh kira album klasik segera (instant classic). Teringin pula nak masukkan lagu Life And Death, Regret dan beberapa lagi lagu Blaze Bayley (termasuk zaman Iron Maiden) dalam setlist MUP sebagai tribute. Kita tengoklah nanti...

_____
Ada apa: Mencari peluang nak beli Infinite Entanglement.

Wordless Wednesday: Edisi Kejutan Khas




_____
Ada apa: Sempat belek cover je...

Ada Apa Dengan 100 Plus? (Part 5)


100 Plus Special Football Series ni berapa bulan lepas dijual pada harga premium sekitar RM3.XX sebotol (250 ml kot). Tiada yang istimewa selain ada gambar Pele dan botol kaca. Waktu tu memang aku tak belilah, dengan RM3.XX boleh dapat sebotol 100 Plus 1.5 liter.


Kini ia dilelong di pasar raya F (kedai lain aku tak pasti) dengan harga tersenyum RM1.80 sahaja, hahaha... Waktu ni lah aku sanggup beli, itupun semata-mata untuk modal buat entri AADI.

Masih tiada apa-apa keistimewaan, masih rasa 100 Plus biasa. Tapi bagi pengumpul memorabilia bola sepak, ia mungkin bernilai...

_____
Ada apa: Tak puas minum.

Landasan Panas?


Satu lagi pembelian suka-suka (joy-buy) dari Jamtank, sebuah pikap terpakai Seymour Duncan Hot Rails for Strat (SHR-1N) neck.


"Ceramic magnet and hot coil wind deliver fat sounding, high output neck humbucker tone for your Stratocaster, in a single coil rails size." - Hype website Seymour Duncan.


Diperolehi daripada seorang rakan Facebook yang juga pengikut blog AADI. Transaksinya bukanlah secara tunai, tapi ditukar (trade/swap) dengan Seymour Duncan JB Model bridge berwayar kontot dalam entri lepas. Dua-dua puas hati, good trade, kira win-win situation la...


Bagi sebuah pikap yang terpakai, fizikalnya masih nampak 80% baru, wayar pun masih panjang. Dan sudah pasti ia akan dipasang pada Mirage yang memiliki konfigurasi pikap HSS. Tapi bila, itu akupun tak pasti, tunggu ada kelapangan dan pasangannya yang sesuai (untuk mid dan bridge).

_____
Ada apa: Ingin mengejar tona ala Murray/Gers?

Orange Road Gear


Hasil pancingan pra-raya, sebuah gitar Ibanez RG331M BOR (bright orange) yang merupakan model limited edition untuk tahun 2013 (kalau tak silap).


Diperolehi daripada seorang rakan gitaris dari Miri (orang yang sama) yang ingin mencari tuan baru untuk gitar pertamanya ini. Kenapa dilepaskan? Katanya kerana "gali lobang tutup lobang" untuk mengejar gitar idaman (Fender Telecaster).

Dah lama tak main RG-series terasa janggal jari-jari memainkannya. Mungkin disebabkan radius fretboard RG yang agak rata 400 mm (~15.7") berbanding Mirage 350 mm (~13.8") dan Goldie (12").


Bau kayunya memang nostalgik, teringat bau ex-Replacement (RG350M) aku dulu, mungkinkah ia bau standard kayu basswood RG series buatan Indonesia?

Priit priit! Oop! Tunggu dulu, sebenarnya bukan aku yang beli gitar ni, aku cuma jadi orang tengah atau ejen (agent orange?). Ia dibeli oleh rakan si Korawk yang teracun dengan tawaran daripada rakan Miri aku tadi. Gitar rakan aku, dibeli oleh rakan si Korawk, fuh... Bertukar 3-4 tangan transaksinya. Dan ia telah dituntut semasa sessi jamming minggu lepas.

_____
Ada apa: Kalau ada kuota tambahan, memang aku kebas dulu, hahaha~

Foo Fighters - Wasting Light


Mengambil peluang semasa kejatuhan sedikit nilai Pound Sterling akibat Brexit beberapa minggu lepas. Album studio ketujuh Foo Fighters Wasting Light ni diperolehi daripada estock musicMagpie dengan harga tersenyum £2.32+1.50 (RM21.63).

Dari Sweden, bukan UK?
Setelah berhenti mengikuti Foo Fighters semasa album One By One (sebab dah tak masuk jiwa), kini dengan adanya estock musicMagpie, aku cuba mengumpul kembali diskografi mereka perlahan-lahan, dengan harapan dapat hadam lagu-lagu mereka pasca-2010.


Sedar tak sedar, tinggal dua lagi album studio mereka yang belum dimiliki; Echoes, Silence, Patience & Grace dan Sonic Highways. Akan diusahakan seterusnya.

Katanya album ni semuanya analog, daripada proses rakamannya sehinggalah cetakan grafik. Dan potongan sekeping pita berwarna perang kehitaman di bawah ni pun ada ceritanya...


"The first CD copies of the album contain a small section of the original analogue master tape. Grohl decided to it both for thinking it "would be an extraordinary move to destroy all the masters and give the pieces of the tapes to the fans", as the digital recording does not allow for such a memento, and also due to every technician involved with Wasting Light being overtly worried about the tapes." - Wikipedia.
Nasib baik aku baca Wikipedia sebelum beli, kalau tak memang aku dah buang "sampah" ni. Hahaha...

Lagu-lagu dalam album ni boleh tahan, ada lenggok era TCATS dan TINLTL. Ada satu lagu (aku lupa apa tajuk) White Limo pula ada gaya lagu Weenie Beenie dalam album pertama, vokalnya ada efek megaphone. Terbaik dari Grohl dan rakan-rakan!

Mudah untuk aku menghadamnya berbanding lagu-lagu dalam album One By One dan In Your Honour. Mungkin jika album ni terikat dengan memori tertentu (seperti tiga album pertama) sudah pasti ia boleh menjadi super album.

_____
Ada apa: Perlu diberi peluang dengar berkali-kali.

Wordless Wednesday: Agent Orange




_____
Ada apa: Aku cuma ejen...

ProBucker-ed Goldie


Antara sebab aku memasang set pikap Epiphone ProBucker pada Goldie ('57 Goldtop) semata-mata untuk "mengejar" bunyi klasik Les Paul (faktor usia?). Sedikit sebanyak dapat "menyelamatkan" aku daripada TERbeli lagi sebuah Les Paul.

Set pikap Classic Rock DiMarzio (PAF 36th/Super Distortion) yang dipasang sebelum ini mungkin akan dipindahkan pada Korina ('58 Explorer).


Alur dan jenis skru pikap ProBucker ni agak berbeza, jadi ia tidak muat dipasang pada ring pikap asal (warna krim). Nasib baiklah ia disertakan sekali dengan ring pikap (warna hitam).

Penampilan Goldie nampak agak berbeza bila dipasang dengan ring hitam ni. Sticker ProBucker pun malas aku nak buka, biarlah nampak macam gitar baru, hahaha...


Elektroniknya jenis pre-wired dan retrofit dengan kaviti Epiphone Les Paul, memudahkan kerja-kerja pemasangan - satu inovasi daripada Epiphone. Lebih kurang setengah jam diperlukan, standard amatur macam aku. Susah sedikit daripada pasang EMG solderless system.


Dipandu uji semasa sessi jamming Sabtu lepas (aku tak buat entri jamming seperti yang dicanang oleh blog GKS). Pendapat peribadi, prestasi pikap ni lebih menyerlah jika disambung terus pada amp - tube (HT-5RH) or solid state (Vypyr 30) - berbanding melalui pemproses bunyi (multi-effects).

ProBucker ni dikategorikan sebagai pikap jenis vintage, tapi ia masih mampu untuk memacu distortion amp jenis high gain (atau modeling), walaupun tak se"chuggah-chuggah" pikap jenis high output. Tapi tak mengapa (parap-parap) kalau nak main muzik berat, aku ada gitar lain. Biarlah Goldie ni lebih santai...

_____
Ada apa: Demo? Tak payahlah, ini entri temberang je~

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 2)


Jika perisa terhad (limited) epal pisang dalam entri tahun lepas bertemakan ala Krismas, edisi terhad Nestle Bliss kali ni bertemakan ala Hari Raya pula, tapi dengan perisa original (kenapa tak buat perisa dodol?).


Sebelum ini kalau minuman yogurt (Nestle, Dutch Lady) biasanya aku akan pilih perisa buah-buahan, tak pernah minum perisa original. Tapi kalau dah biasa makan yogurt Nestle, perisa original ni agak senang untuk diteguk, lemak berkrim, cukup manis, sesuai untuk minuman pasca-raya.

_____
Ada apa: Masih mahal berbanding jenama Dutch Lady...

Seymour Duncan Hot Rodded Set


Lagi cerita pasal pikap gitar untuk hari ketiga berturut-turut...

Ditawarkan set pikap Seymour Duncan Hot Rodded (JB/Jazz) terpakai ni oleh seorang rakan dari Miri untuk ditukar (swap/trade) dengan pedal Boss DD-3 aku. Katanya ia "tak sesuai" dengan genre muzik yang dimainkannya.


Seymour Duncan JB ni antara model idaman (selain Screamin' Demon dan 59/Custom). Pernah dua kali membelinya beberapa tahun lepas (versi SH4 dan TB4), tetapi kedua-duanya tidak sempat dipasang pada gitar sendiri. Tak tau pula macam mana nasib yang ketiga ni...


Antara tanda-tanda guitar tech sebelum ini kurang pengalaman, bila wayar pikap bridge dipotong hampir separuh sebegini, sedih. Agak menyukarkan bila pikap tadi dipasang pada gitar lain.

Buat masa ni aku belum buat keputusan sama ada nak pasang set ni pada '58 Explorer (Korina) atau dijual semula untuk dana-dana timbul (floating funds?) membiayai keGASan akan datang.

_____
Ada apa: Tukar khemah?

Antara Kipas PSU Dan Pikap EMG


Benda ni hampir tiap-tiap hari aku tenung, sebab ada atas meja kerja. Dari zaman kerja technician PC sambilan di Penang dulu (penghujung 90an) aku suka keluarkan kipas sebegini daripada PSU komputer yang dah rosak.


Kenapa? Sebab ia boleh digunakan sebagai kipas tambahan (ekzos) pada casing PC, antara modifikasi paling ringkas bagi PC gamers dan overclockers. Kecuali kalau motor kipas yang rosak, memang buang teruslah jawabnya.


Bila tenung hari-hari, aku perasan connector jenis tiga lubang sebegini macam boleh digunakan untuk sesuatu. Sebelum dibuang (sebab motor kipas rosak), penyambung dan wayarnya dipotong, sebab aku dapat idea...


Nah! Ia memang betul-betul muat (retrofit) dengan 3-pin di belakang pikap EMG. Walaupun kod warnanya tidak sama dengan standard kod warna EMG, tapi tak mengapa (parap-parap) ia boleh diabaikan asalkan tahu fungsi setiap wayar (hot, ground, 9V in).

Connector sebegini memudahkan kerja-kerja pematerian dan modifikasi pikap-pikap EMG (jenis hardwired) dan Seymour Duncan Blackouts. Sebab agak susah nak cari connector asal, nak beli yang original EMG memang leceh dan mahal.

_____
Ada apa: Dah boleh jenguk iklan-iklan pikap EMG/Blackouts terpakai di Jamtank :)

Epiphone ProBucker Set


Ah~ Ini kes teracun dengan hype pikap ProBucker Epiphone yang ada pada model-model Les Paul tertentu (Plustop PRO, Custom PRO). Cara untuk mengelakkan daripada TERbeli Les Paul lagi ialah dengan mendapatkan pikap ni dan pasang pada Goldie aku.


Khabarnya ia tidak dijual secara aftermarket, jadi cara yang mudah dan ekonomi untuk mendapatkannya ialah melalui eBay. Set ni aku menang bid pada harga USD65.00 dari Fanling, Hong Kong.


Set pikap ini disertakan sekali dengan ring pikap berwarna hitam. Pada mulanya aku tak kisah pun kalau tak ada ring ni, boleh guna ring asal Goldie. Tapi ia sebenarnya amat penting semasa pemasangan (entri lain), kalau tak ada ada ring ni memang aku buntu.


Satu inovasi set ProBucker ni ialah elektroniknya adalah jenis pasang-siap (pre-wired) macam EMG dan tidak memerlukan pematerian, cuma perlu sambung-sambung macam komponen PC.


Dengan empat biji pot, dua daripadanya (volume) adalah jenis push-pull. Suis toggle dan output jack pula adalah jenama Epiphone sendiri. Kelemahannya, hanya serasi dengan pendawaian gitar jenis Les Paul, kalau model lain perlukan sedikit modifikasi.

_____
Ada apa: Klon Gibson Burstbucker?

Wordless Wednesday: Promosi Lebih Mahal




_____
Ada apa: Beli satu sajalah...

Sangkut 3 Jam Di Sempadan


Baru ada peluang buat entri blog. Dimulakan dengan cerita emo pasca raya...

Balik ke Bintulu Sabtu lepas (9/7/2016). Dari Membakut sampai Limbang tiada masalah, segalanya lancar. Tapi 3 km sebelum Kompleks CIQS Tedungan (sempadan Malaysia-Brunei) kenderaan dah mula berbaris panjang. Ikut pengalaman aku sebelum ni, kalau traffic jam di sempadan, bergerak 1 km biasanya akan mengambil masa 1 jam...


Yang bikin panas hati tu, ramai juga yang selamba potong barisan ikut tepi, dosanya kesalahannya sama macam guna lorong kecemasan... Nasib baik di hujung sana ada polis Limbang siap sedia menunggu dan memberikan "kad raya" untuk kaki potong tadi, terbaik!


Syukur kenderaan yang digunakan sekarang lebih luas dan selesa. Anak-anak boleh layan DVD Barney & Friends, taklah bosan (biasanya pilotlah yang paling bosan).

Tapi apa yang peliknya, bila giliran aku pasang lagu rock/metal (especially Iron Maiden) untuk menghilangkan mengantuk sambil karaoke, anak-anak dan isteri pula akan cepat mengantuk. Seolah-olah lagu Iron Maiden tadi (The Red And The Black paling berkesan) adalah lullaby buat mereka...

_____
Ada apa: Harapnya lebuhraya Pan-Borneo nanti tidak melalui Brunei (bypass).

The Quadrupleness Of Long Distance Driver (Advance Version)


Selamat berbulan Julai, terasa sekejap sahaja dah setengah tahun berlalu. Ramadhan pun dah minggu terakhir, tak lama lagi nak beraya...


Tidak seperti tahun lepas, raya tahun ni kembali kepada tradisi balik Sabah melalui jalan darat (aka tour de Brunei). Alhamdulillah, syukur tahun ni rezeki anak, dapatlah merasai pemanduan yang sedikit selesa.

Kepada geng-geng bloggers, pengikut setia dan pembaca senyap (silent reader) blog AADI, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (tersinggung sebab baca AADI?). Seminggu akan datang mungkin tiada entri atas alasan kekangan masa.

Bagi yang memandu balik kampung (macam aku), jangan lupa servis kereta (paling cikai pun periksa tekanan tayar) sebelum balik dan berhati-hati semasa memandu. Bawa banyak-banyak CD rock/metal sebagai peneman pemanduan...

_____
Ada apa: #shramzb

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger