Ahad 18/7/2010 - Seawal 9.30 pagi *ehem-ehem* aku dah SMS bagitau mungkin petang nanti dia dah boleh keluar wad (discharged) setelah ditahan sejak malam Khamis lepas dan menjalani appendectomy petang Jumaat. Malam tadi giliran adik(kembar)nya jadi jaga (tidur) kat hospital.
Alhamdulillah pukul 3.30 petang *ehem-ehem* aku dah boleh keluar dari wad, walaupun berjalan masih lagi macam orang baru lepas beranak (hehehe). Doktor dah bagi cuti (MC) sehingga Sabtu depan 24/7/2010, jadi terpaksalah aku (atau orang lain) cover kerja-kerja analisisnya yang terbengkalai di opis/lab.
Dijadualkan buat temujanji lagi dengan doktor pakar pada 26/8/2010 akan datang untuk pemeriksaan semula... Yang ironinya jugak merupakan hari ulang tahunnya.
Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa ni. Well, that was another story...
_____
Ada apa: Oke, pagi nanti aku dah boleh buat kerja seperti biasa, tak kalut dah...
5 komen:
semoga cepat ok le untuk ehem2 ko
alhamdullilah dah selamat...
dah boleh cepat2 kena kompang ni...heheh..
syukur dah dapat balik rumah
rajin2 makan ubat dan cukup rehat..
ko rajin2 la masak sop , suapkan
portdy:
akhirnya hari ni blh balas dendam tido sepuas2nya - no more sleepless night
berteromber:
ha mintak2 mcm tu la, harap2 ujung thn blh main kompang elektrik
deaf_angel:
nnti kalau status dah jd "mrs. ijau" xpela jugak nak suap2kan...
26-8-'10 pun dah Ramadan...
Post a Comment