Terpikir nak dapatkan sebuah USB guitar interface, untuk sambung gitar/bass aku kat PC, jadikan PC sebagai amp dan effects modulation console, sekurang-kurangnya speaker system PC aku boleh tahan jugak (Creative 2.1 speaker je), lebih kuat daripada Micro-Cube aku. With USB interface, there's many possibilities I could come up with - even recording (my sucks guitar playing that is).
Benda yang pertama sekali yang aku pikirkan ialah Behringer UCG102 guitar link, the cheapest USB guitar interface I could find in market. Bentuk yang agak simple dan straight to the point.
The second thing was this Line 6 Pod Studio GX. Yet another quite "affordable" USB guitar/bass interface. Waktu let-go Kelly Kelly awal Julai lepas, *buyer* sempat test-drive Kelly Kelly aku, at his house with this Pod, which was linked to his notebook and then thru normal desktop speakers, the sound was totally awesome. Nampak macam bentuk modem je kan?
And how about this Zoom G1U, selain fungsi pedal utamanya sebagai guitar effects pedal seperti G1M, G1X (dan G-series yang lain), ia juga mempunyai USB connection bla bla bla you got the idea... Dengan pedal ni, aku dapat dua gajet pada satu harga - multi-effects pedal and USB audio interface.
Jadi, kepada mereka-mereka yang ada atau pernah menggunakan USB interface stuff, kiranya bolehlah kongsi sikit pengalaman dan rekomendasi korang di antara ketuga-tiga console kat atas tadi. Sebab aku rasa ada baiknya aku beli USB interface ni berbanding guitar stuff yang lain (another pedal, stompbox or amp). Lagipun aku ni setakat bedroom axeman je (and still learning), nak beli stuff yang agak grand pun tak guna jugak.
-----
Oh ya, sebelum aku lupa, ada lagi satu option "gila-gila" - Vox Tonelab ST, hehehe...
Imej UCG201 link dari website DV247.com, imej Pod Studio GX, G1U dan Tonelab ST link dari website CK Music.
Dikesempatan ni, aku jugak ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada geng-geng Bloggers dan pengikut-pengikut setia blog aku sama ada yang hyperactive atau silent reader.
_____
Ada apa: Nawaitu sauma ghadin... Sahur cornflakes je pagi ni.
4 komen:
selamat berpuasa ijau.
ijau
slamat menyambut bulan ramadhan untuk ko dan ehem ehem.
ngan ucapan - slamat berbuka
salam ramadhan ijau,
semoga ramadhan terbaik InsyaAllah
Selamat berpuasa. Kurangkan main gitar dan mendengar musik. Bawak2 pi terawih.
Post a Comment