Hari ni tadak idea nak letak entri apa. Tapi pagi-pagi dah terasa lapar. Korek-korek folder koleksi gambar makanan aku terjumpa gambar ni - burger mega!
Jairo (dan Takilala) pastinya lebih mengenali burger ni.
Burger mega ni dijual di sebuah gerai (apa nama gerai ni Jairo?) ala-ala foodcourt kat Pekan Baru Membakut (tak jauh dari opis tempat Jairo bekerja).
Sebenarnya burger ni tadak apa yang istimewa, ramuannya sama seperti burger-burger lain yang dijual di tepi-tepi jalan dan pasar malam. Cuma berbeza dari segi saiznya yang mega, berdiameter dalam 6"-8"sebesar pinggan beb! Hahaha... Kalau makan sorang kompom kenyang tak terhingga. Oleh itu, ia lebih sesuai dikongsi dua orang.
Tiap kali balik kampung, ada masa lapang aku dan Jairo biasanya akan lepak berjam-jam kat gerai yang menjual burger mega ni, menikmati burger mega sambil borak pasal isu semasa, dunia gitar dan sekali-sekala mengumpat si Crabster...
Kalau haritu Blog Serius - Serius Beb! cerita pasal burger + pizza kat Amerika nun. Eleee... Kat Membakut dah lama ada benda ni.
_____
Dan yang ni khas untuk Eddie Dewanaga yang katanya teringin nak makan...
Ulat sagu, ulat mulong, butod, si'et, matal, ambatar, larva kumbang tanduk or what ever you wanna call it. Jairo pernah mem"fear-factor"kan diri makan binatang ni... Aku? Aku rasa ada banyak benda lain lagi yang lebih throat-friendly untuk aku makan.
Diharap Eddie terliur nak makan ulat ni untuk berbuka puasa petang nanti...
_____
Ada apa: Cuti raya nanti nak makan burger mega...
6 komen:
nengok gambo yg atas...mmg terliur...tetiba rasa lapar...
sekali tengok yg bawah...eiiiiiii...terus rasa kenyang...
heheh...
nyum nyum...errkk?
Berteromber, Portdy and Ijau...
kat Bandar Seri Alam, Masai diorang bilang ada pasar Borneo jual barang2 dari Sabah Sarawak kerana ramai juga penghuni area2 situ (dan Pasir Gudang) berasal dari sana...
Gua ada dengar ulat sagu tu ada jual kat situ tapi pasar tu start awal pagi, guys.. ulat tu lagi enak dari udang salai beb...
huh, lagi satu.. burger mega tu, dia punya daging tu bikin sendiri ke..?
Memandangkan dia punya size XXL tu.
berteromber & portdy:
terliur ke?
eddie:
bab ulat - kat bintulu ni dan mana2 tmpt kat swk, senang je cari ulat ni. kat pasar byk jual... di mana ada jual sagu, pastinya akan ada yg jual ulat. kat sabah pun ada tp rare sket
bab burger - daging burger biasa je tp dlm 2-3 keping dipotong kecil2... bknnya daging seketul
BURGER AGUNG (burger king versi membakut) burger tu isinya 1 setengah keping daging burger... aku suka kalau org yang spesel ada cheese ngan telur.. pergghhhh
hahah ngumpat crabster?? kakakakak tapi kali ni ko lepak la di gerai tu sama ehem2 muahahahaha bincang pasal masa depan hehehehe
Post a Comment