Sebenarnya entri ni aku nak post semalam sebelum pengumuman raya (bukan scheduled post), tapi disebabkan kat kampung aku *black-out dari lepas maghrib sampai tengah malam, baru pagi ni aku dapat post.
*Tiap-tiap kali malam raya (29 atau 30 Ramadhan) kampung aku mesti akan black-out, kadang-kadang kejap 10 minit, kadang-kadang berjam-jam, tensenlah sebab tiap-tiap tahun macam tu... Mungkinkah pencawang SESB overload sebab penggunaan elektrik yang mendadak waktu dekat raya?
Gambar hiasan - KFC Beaufort yang crowded dengan orang yang nak berbuka dengan KFC (termasuk aku). First time aku tengok restoran KFC yang dapat Gred B.
[Edited] Hari ni hari terakhir Ramadhan, sebelum line Celcom Broadband congested malam nanti, jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan (ucapan standard) ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada geng-geng bloggers - Abang Ben, Berteromber, Deaf_Angel, Muspeed, Portdy, Skid, Eddie Dewanaga, Wanwarlock, Mhagnoth, Pakcik Kordi, Bro Sub, geng sekampung - Jairo, Takilala (yang tahun ni beraya di Kajang) dan tak lupa kepada followers lain - sama ada yang aktif mahupun silent reader. Yang bukan kaki (tulis/baca) blog tu kira aku ucapkan kat Facebook sajalah (korang bukan baca pun entri ni).
Maaf zahir dan 'batin' sekiranya entri-entri dalam Ada Apa Dengan Ijau? ada atau pernah menyinggung perasaan korang, ada kalanya disengajakan, ada kalanya aku pun tak perasan ia menyinggung perasaan orang lain.
Terimalah lagu raya kegemaranku - Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar.
*Ehem-ehem* aku pakai baju kurung hijau ye, bukan biru... Sedondon ;)
_____
Ada apa: Hari ni plan nak pi KK, nak cari The Final Frontier!
10 komen:
selamat hari raya bro! maaf zahir batin kalau ter-post apa2 yg tak menyenangkan/ perkara sensitif, jangan ambil hati ok? jangan lupa main gitar!!
bro sub:
slmt hari raya jugak... kat s'pore bila raya? ikut m'sia ke atau independent mcm brunei?
gitar? hehe siap bawa VMNTx + micro-cube utk cuti raya ;)
mmg pecawang di lumat tu overload... pasal masa black out seluruh daerah membakut....
errr p kfc dgn org yang tersayang ker??
raya kedua bawa dia p rumah ku...
tahun depan tepek lagu sepasang kurung biru versi live , lu main instrumental buleh?)
salam lebaran minal aidil walfaidzin
buat en ijau sefamili
maaf zahir batin
selamat hari raya bro. kental sungguh! sanggup beratur buka puasa kat KFC. Kat penang, aku dah kenyang makan kat restoran sebelah pun, orang masih beratur kat kaunter ke ep si tu.
...tengah malam semalam, gua sahur kat McD Skudai, almost 2am, dia punya ramai macam pukul 8-9pm.
"..suram rasanya, diwaktu ini, kalaulah dapat melahap burger oh alangkah indahnya..."
- Wings (Puisi Merdeka)
Selamat beraya bro, maaf zahir batin.
sini raya jatuh pada... JUMAAT. ok lah... long weekend. boleh slack sikit...
salam aidilfitri...kim salam kat "ehem2"...
farking great song ni..
cuma kat msia lagu ni tak top sangat dari pengamatan aku, tapi kat spore memang top hits tiap2 tahun..
anyway, selamat menyambut raya kat ko , ehem ehem, dan sekeluarga
maaf zahir batin
have fun huhu
jairo:
apa cerita tiang telefon sblh kedai adib idham?
portdy:
tgh mencari chord2 lagu raya especially utk lagu ni
muspeed:
btw, pic ni aku snap lps aku dah abis order, bkn sblm... waktu aku beli blm ramai org lg
eddie:
kat hometown aku (membakut/beaufort) cuma ada kfc je
bro sub:
sama mcm m'sia
berteromber:
salam diterima
deaf_angel:
lagu ni mmg best, feel rayanya kurg, tp feel emonya tggi
slamat2
Post a Comment