Ahad 17/10/2010 - Sessi jamming yang sepatutnya dijadualkan semalam (Sabtu) terpaksa ditunda hari ni atas sebab-sebab tertentu. Kali ni jugak merupakan kali kedua Adi Herman (tauke blog Metuk Ulau) join kitorang jamming.
Kebetulan pulak sessi kali ni disertai secara impromptu oleh KORawk (tauke blog Geng Kereta Sapu) yang sepatutnya ada "aktiviti sosial" sepanjang hari di Pantai Tanjung Batu, tapi curi-curi masa datang ke Hepi ;) makeshift studio untuk join berhepi-hepi dihujung minggu. Tujuan utama KORawk datang sebenarnya adalah untuk topik [Entri-Mini] kat bawah.
Dari 3-piece sekarang dah jadi 4-piece, lagi meriah rasanya.
Line-up with simple rigs setup:
- Bob Kandar (drums)
- Adi Herman (guitar): Replacement -> MO-VM/BOD100 -> PA system
- KORawk (guitar): JS-series copy (Adi punya) -> Zoom G1N (Adi punya) -> PA system
- Aku (vocals/bass): Black Ice -> BOD100 -> BDI21 -> PA system
Pertama kali mencuba mikrofon Sony F-V120 untuk jamming, salah setting kat PA system vokal jadi tenggelam. Dalam sessi ni jugak aku dapat double-confirmed masalah MO-VM seperti yang aku merapu dalam entri ni.
Banyak cover lagu-lagu Iron Maiden - The Trooper, Wasted Years (dua lagu wajib), eksperimen lagu Fear Of The Dark dan Coming Home. Lagu lain aku main bass sangkut-sangkut, vokal pun hampeh... Takpe, yang penting hepi ;)
Bunyi gitar pun bercelaru sebab berkongsi output yang sama (PA system), rasanya kalau setiap gitar mempunyai output yang berlainan (with separate amps) mungkin lebih harmoni kot? Hah bab amp ni bakal menelan belanja yang banyak ni...
Senyum tandanya Hepi ;)
KORawk dah jatuh hati dengan makeshift studio kitorang, lain kali katanya kalau dia nak join jamming dia nak bawa equipment sendiri (macam Adi). Ini sudah bagus, kira aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada bass sahaja, tak payah nak menyusahkan diri bawa kedua-dua bass dan gitar lagi.
[Entri Mini] Let-Go: Behringer USB Guitar Link UCG102
Aku ada iklankan UCG102 ni kat Facebook secara tertutup (closed-advertisement), maknanya promote di kalangan member tertentu saja, kalau-kalau ada yang berminat.
Item sold to *KORawk, katanya ada kawan nak beli, sebab harga pasaran tempatan mahal nak mampus. Barang ni tak sampai sebulan aku guna, jadi apa alasan kenapa aku nak let-go? Hehehe alasan yang sama sebab nak upgrade pi brand/model lain...
*KORawk ni merupakan orang tengah yang bertanggungjawab dalam proses let-go Dinoscars aku tempoh hari. Macam broker la pulak.
Dalam bulan ni saja dah tiga barang aku let-go, yang keempat menyusul kemudian... Apa nak jadi ni?
_____
Ada apa: Ranggi Metropolis? Hmmm... Idea yang bagus ni untuk lagu projek akan datang.
5 komen:
KORawk yang pakai kasut croc tu kot....
ha'ah, dia la tu...
...oi hensem, record sumbat masuk youtube laa... mana tau ada producer tengok dan tertarik...!
*eh, dulu pun gua dah suruh, kann??
eddie:
dan dulu pun aku ada bg alasan - aku klu bab2 youtube ni tanak la aku, satu dunia blh tgk, malu, nnti dieksploitasi org... xpe nnti aku tag ko dlm video kat facebook, atleast buh kat facebook bleh set privacy berbanding youtube/blogger
yeah, lain kali boleh jamming lagi ;) hepi hepi ;)
Post a Comment