Jangan terkejut dengan hype "Part 5" tu, disebabkan tajuknya yang sama dengan entri-entri Ramadhan tahun lepas, jadi teruskan sajalah...
Selasa 2/8/2011 - Hari kedua berpuasa, lepas balik kerja Mrs. Ijau ajak aku pi bazaar Ramadhan nak beli juadah berbuka (alasan nak cuti memasak petang ni hehehe).
Tahun ni bazaar Ramadhan di Bintulu Esplanade agak kurang sambutan, ini dapat diperhatikan dengan bilangan kanopi yang sedikit berbanding tahun lepas.
Mungkin faktor jalan sibuk dan sukar untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan merupakan beberapa punca peniaga tidak memilih Bintulu Esplanade dan memilih tapak bazaar Ramadhan di kawasan lain (akan disiasat kemudian).
Gerai pertama yang aku singgah (semata-mata nak tangkap gambar) ialah gerai menjual kurma. Gerai ni hanya menjual variasi kurma-kurma dan produk berjenama Yusuf Taiyoob sahaja. Kurma premium ni...
Yang ni pula gerai sebelah, juga menjual kurma perbagai jenis dan jenama (kecuali Yusuf Taiyoob), tak lupa juga kurma jenis timbang kilo. Tak beli pun, sebab stok kurma di rumah masih banyak.
Ronda bazaar satu pusingan aku rasa dah bosan, sebab tidak ada juadah yang menarik perhatian selain nasi briyani (gambar di atas). Kebanyakkan juadah lain yang ada sama seperti yang terdapat di pasar malam Bintulu.
Mrs. Ijau pula beli laksa Sarawak, sampai rumah waktu berbuka tadi rasanya memang tak sedap sebab terlalu masin.
Kesimpulan, bazaar Ramadhan Bintulu Esplanade aku kategorikan sebagai "failed" sebab aku tak jumpa gerai yang menjual nasi lemak kukus pandan (macam tahun lepas), taufufah dan roti jala (kegemaran aku ni). Esok lusa kalau ada peluang, aku ronda bazaar Ramadhan area lain...
[Diari Ramadhan 1432H entri #3]
_____
Ada apa: Mrs. Ijau nak belajar buat roti jala...
5 komen:
untungnya kalau bazar ramadhan kat area JB lengang camgini...dah 2 tempat aku pergi...larkin stadium dan taman suria...sesak giler...nak berjalan pun susah...mahal lak tu...air dah takder jual yg RM1 lagi dah...
rindu kat kuih muih...
gambar yang ke-4, mamak Abida Cafe hahaha, tempat aku selalu beli roti canai secara borong tiap2 bulan puasa semenjak 6 tahun yang lepas, tahun ni aku belum jejak kaki lagi ke mana mana bazaar Ramadhan
berteromber:
bintulu masih boleh dapat minuman harga rm1
dr. ben:
kuih apa yg plng dirindui?
korok:
hanya korok yg mengenal mamak abida, kat area perumahan aku (RPR sibiew) pun ada "cawangan" abida cafe ni
great post ijau
Post a Comment