Jumaat (26/8/2011) - Hari ni aku dan Mrs. Ijau dah mula bercuti raya, dalam pukul 1.30 petang kami bertolak dari Bintulu untuk menuju ke Miri. Setelah berbincang sejak beberapa hari lepas, kami mengambil keputusan untuk bermalam di bandaraya Miri sebelum meneruskan perjalanan trans-Borneo balik kampung keesokan harinya.
Aku rasa hampir separuh pengunjung merupakan "dangsanak kitani".
Selepas check-in di hotel M, dalam pukul 5.00 petang kami menuju Bintang Mall untuk sessi membeli-belah (shopping raya le~) dan mengambil kesempatan berbuka puasa di McDonald's. Tapi memang teruk sebab terpaksa berbaris panjang hampir setengah jam di depan kaunter untuk mendapatkan pesanan.
Kalau bukan disebabkan teringin nak makan burger GCB, shaker fries dan bubur ayam McD jangan harap kami nak berbaris lama-lama (btw, di Bintulu tiada McDonald's).
[Diari Ramadhan 1432H entri #19]
_____
Ada apa: Terhibur menonton saluran Trans TV (Indonesia) terutamanya rancangan Tabligh Akbar - Syiar Ramadhan, Saatnya Kita Sahur dan iklan-iklan Indon.
4 komen:
sibuk tempat tu... masing2 balik raya ye
dah teringin nak makan, Q lama pun sanggup
30min?? sempat mandi tu...
dr. ben:
yg ni bkn org blk beraya ni, tp org seberang sempadan dtg shopping raya
deaf:
penangan GCB~
bro sub:
tu la masalahnya, di miri cuma ada 2 restoran mcd; bintang mall dan nun di hujung permyjaya sempadan miri/brunei
tp bintulu langsung xde mcd
Post a Comment