Tidak berapa lama dulu aku memang GAS gitar Ibanez Artist Series (ART), terutamanya model ART120 (merapu dalam entri ni). Tapi disebabkan untuk mendapatkan model ART120 (atau varian pasif ART100) adalah agak mustahil pada ketika itu, jadi aku terpaksa melupakannya...
Ibanez ART120
Imej link dari website DV247.com
Beberapa hari lepas aku melayari website Ibanez Asia dan TERnampak model ART200FM yang kononnya merupakan antara limited model untuk tahun 2011. Dan semalam, Dead Eye Guitars (DEG) pula telah mengiklankan model ni dalam blognya, beberapa jam selepas aku emel tauke DEG... Lucky?
Imej link dari blog Dead Eye Guitars.
Antara perbezaan utama model ART200FM berbanding model ART120 ialah:
- Limited model?
- Flamed maple finish - violin sunburst (VLS) atau transparent black (TK) yang agak mengiurkan.
- Block inlays - macam Les Paul Custom.
- Passive pickups - menggunakan pikap pasif ACH1/ACH2 berbanding pikap aktif LZ1 pada ART120 yang "membunuh" mahogany-tonewise sound.
- Harga yang lebih ekonomi berbanding model ART120.
Sememangnya aku (dalam diam) meminati gitar berbentuk singlecut (ala Les Paul) yang membawa kepada pembelian Les Pirate suatu ketika dulu dan seterusnya Goldie beberapa bulan yang lepas.
Tapi semenjak pembelian Ashdozen bulan lepas, agak sukar bagi aku untuk memiliki sebuah gitar lagi. Kerana Mrs. Ijau dah membataskan (limit) supaya aku memiliki hanya empat buah gitar sahaja; Replacement, Goldie, Ashdozen dan slot keempat telah diisi oleh sebuah bass yang bakal diperolehi tidak lama lagi.
Kalau nak beli gitar yang baru juga, diberi opsyen sama ada jual gitar yang lama atau kena selesaikan "masalah" perabot dan kelengkapan rumah terlebih dahulu (senyum tawar)...
_____
Ada apa: Aku baru bercadang nak melompat keluar dari kem Ibanez dan masuk kem LTD atau Jackson.
8 komen:
consider "lucky" for that :p
tauke DEG, shhh...
aiyaa
Kurt Cobain Jaguar Reissue dah release....peh...lazat...it's grunge time....
korok:
minat jugak ka? jom order ramai2
anon:
klu fender/squier aku cuma minat stratocaster saja... telecaster, jaguar, mustang, jag-stang xminat
malas udah ku membeli gitar... ngumpul usin kan naik aji
mengapa harus Mrs kawal barang pembelian suami?
oriaj:
alhamdulillah~
bro sub:
mrs xkawal sekiranya keperluan basic rumahtangga (furniture/electrical) dah setel :)
Post a Comment