Sabtu 10/9/2011 - Sessi jamming yang pada perancangannya akan diadakan di tempat biasa - Hepi ;) makeshift studio, tapi atas sebab-sebab teknikal, Bob Kandar menyarankan untuk jamming di Studio Amazika, Medan Raya (berdekatan dengan area bazaar Ramadhan).
Geng kereta-kereta sapu.
Selain geng Hepi ;) - Bob Kandar dan Azrol, sessi jamming kali ni disertai oleh dua orang kuat Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) merangkap geng bloggers dan rakan seperMetalan di Bintulu ni iaitu Adi Herman (Regiment Of Kid-Do-Wrong) dan Naz Korawk si kereta sapu. Kolaborasi kali ni kami namakan Metuk Ulau Project Projekt.
Korawk dengan Samick singlecut (Les Paul copy).
Walaupun studio ditempah oleh Bob Kandar pada pukul 4.00 petang, tapi sessi hanya bermula 15 minit kemudian. Studio Amazika ni menyediakan gitar-gitar dan bass berjenama Samick (boleh kira agak bagus berbanding studio-studio lain), tapi kami tetap menggunakan peralatan sendiri (kecuali drums dan amp) - Adi menggunakan Yamaha Attitude bass, Korawk pula dengan Samick singlecut, dan Azrol menggunakan Digitech RP55 bersama-sama Goldie aku.
Adi Herman, nampak macam bassist Indie kan?
Line-up Hepi ;) + Metuk Ulau Projekt:
- Adi Herman - Bass/Vocals
- Naz Korawk - Guitar/Vocals
- Azrol - Guitar
- Bob Kandar - Drums
- Aku - Vocals/Bass
Adi memang bassist yang berpengalaman, sekali-sekala terkeluar skill slapping yang agak Funky. Disebabkan Adi main bass lebih bagus daripada aku, jadi aku menyerahkan tugas bassist kepadanya dan aku menumpukan perhatian sepenuhnya pada vokal.
Azrol, gitaris "tetap" Hepi ;) bersama Goldie aku.
Ya, memang tak sia-sia aku pasang Tesla Plasma-2 pada Goldie aku beberapa hari lepas. Bunyi yang garang dan respon yang cepat memang sesuai dengan genre muzik yang kami mainkan. Goldie aku sekarang memang betul-betul Metal-oriented dan bukan lagi iconic Les Paul sound. Lebih-lebih lagi bila berada di tangan gitaris muda yang berbakat macam Azrol ni.
Bob Kandar, tukang pukul.
Err... Yang ni tukang makan mikrofon.
(Bersinar-sinar goldtop tu ye?)
Seperti biasa cover lagu-lagu Iron Maiden - Coming Home, Fear Of The Dark, Wasted Years, The Trooper (yang aku rasa ada sedikit sentuhan Raggae/Funk bila Adi main bass), beberapa lagu Rock tempatan dari Wings, Search dan Lefthanded dan tak lupa lagu raya versi Korawk (wtf?). Untuk sessi jamming sejam lebih, kira cukuplah dengan setlist yang ada.
Kolaborasi Hepi ;) dan Metuk Ulau Projekt.
Oh ya, sebelum aku lupa... Korawk dah buat entri ringkas pasal sessi jamming ni di blognya Geng Kerata Sapu lebih awal daripada aku. Dan pada yang bertanyakan pasal video, video memang ada tapi ia kepunyaan MUUV sebab ia diambil menggunakan kamera Adi, mungkin Adi atau Korawk akan upload kemudian.
Adi, Korawk - bila nak buat kolaborasi lagi?
_____
Ada apa: Tahun ni aku malas nak buat entri pasal 9/11 seperti tahun-tahun lepas, walaupun tahun ni ulangtahun yang ke-10...
11 komen:
seronok tngk gambar org berjamming
dua2 LP copy tu cantik. Bila nak sapu the original?
ku pikir band sanggam
darkshah:
skali skala jamming kat studio bersewa
dr. ben:
goldtop aku LP ori bkn LP copy, cuma versi epiphone bkn gibson
dgn keadaan skrg rasanya xmmpu klu nak sapu LP gibson
oriaj:
cerita band sanggam baca entri ni
kalau mau beli gibson.. kena kasi komplit dulu perabot rumah ehehehehehehe
jairo:
ngam! tp xdala smpi complete, kena setel yg basic2 la dulu
tp aku rasa, klu ada "rezeki lebih" pun aku target brand lain berbanding gibson
aiya aku mcm bassist band indie ka? boleh la audition untuk masok band Meet Uncle Hussain ni karang haha...aku x terer main bass, masih belajar lagi ni, baru minggu lepas aku beli cd + buku tutorial belajar main bass (kaedah ikut stail Flea RHCP,Paul McCartney & Sting)...apa cerita dgn bass Laney 15 watt tu bro?haha kalo x cukup ongkosnya nanti aku bagi lagi haha...bass aku Yamaha Attitude tu aku beli 2nd hand, tapi tali aku baru tukar ke Stagg, lebih padat bunyinya, kalo ada rezeki lebih aku nak beli bass dari band SX, ok ker bro?nak dengar recommendation lu pulak haha
Erm..
X phm ap tujuan gitar gold top tu di beli kalau di beri org lain menggunakan nye..
Bukan kah utk seorang gitaris, gitar umpama bini2 jg.. Sama seperti seorang kaki kereta, kereta umpama bini pertama@kedua..
Ni 1st time aku jumpe.. Setakat bg try se riff dua xpela tp nk bg full jamming n gig mcm melampau jer.. Peristiwa Kelly bro Ijau ni aku jdikan pengajaran.. Bagi aku, gitar aku hanya untuk aku seorang nk me-lenjan nya.. Ahli2 band aku mempunyai senjata pilihan masing2 dan kami faham adab masing2..
Maaf.. Ini cume pendapat aku :)
Klu aku slh, tolong btulkn..
adi:
dari laney tukar pigi orange?
anon (ada nama x? sng aku nak refer):
1. aku x anggap gitar sbg bini, ia hanyalah instrument dan aku akan bg pinjam pd org yg aku percaya shj
2. azrol lg terer main gitar berbanding aku, lgpun nak test pikap tesla dgn solo jari2nya yg laju
3. kes kelly dulu, mamat tu bkn ahli kumpulan dan main tanpa kebenaran aku, baru nak warning tp dah jd...
ilek2...jgn emo guys haha
bro ijau, tetiba plak aku rasa nak yg lebih kualiti sikit memandangkan ada duit lebih (ada la ckit2 duit angpau raya) dan terasa best plak kalo aku angkat Orange...brand tu x perlu la kita nak pertikaikan lagi, brand yg bagus la & longevity dari segi penggunaan products nya.
bagi aku sapa nak pakai gitar tu asalkan satu band tak der hal.. band tu macam keluarga... lagi pun gitar ada banyak.. hahahha apa kisah aku???
Post a Comment