Sabtu (22/10/2011) - Setelah mendapat persetujuan sebulat suara, sessi jamming kedua kolaborasi antara Hepi;) dan Metuk Ulau Projekt berlangsung di Z-Studio, Li Hua Plaza bermula pukul 4.50 petang (setting dan soundcheck pukul 4.30) dan berlarutan sehingga dua jam.
Gambar-gambar untuk sessi ni adalah hakmilik MUUV, sebab ia diambil menggunakan kamera Nikon Coolpix kepunyaan Adi Herman. Kamera aku tertinggal dalam kereta (mati-mati aku ingatkan kamera aku hilang!).
Setlist, bias kepada Iron Maiden dan Wings...
(Erk? Jerat Percintaan?)
Line-up
- Bob Kandar - Drums
- Adi Herman - Bass
- Azrol - Gitaris utama
- Korawk - Gitaris kedua
- Aku - Vokal, merangkap "gitaris ketiga"
Warm-up dan soundcheck sambil menanti bassist yang lambat datang.
Dan seperti yang telah dibincangkan, sessi kali ni kami cuba menjalankan eksperimen "triple-guitar attack" (three amigos?). Terima kasih pada tauke Z-studio kerana dapat menyediakan kabel tambahan untuk rig "gitaris ketiga" yang disambung terus ke mixer studio.
Adi Herman yang datang setengah jam kemudian terpaksa menggunakan bass studio (Stagg B300-BK disambung pada amp Fender Rumble 75) disebabkan bass barunya masih lagi diservis (upgrade?) di Zoso Music.
Satu fakta yang menarik tentang sessi kali ni ialah semua ahli (kecuali Adi) membawa equipment sendiri - bagus, semangat macam ni lah aku suka, ada komitmen.
Bob Kandar membawa double-pedal sendiri, dari pengalaman sessi yang lepas studio ni tidak menyediakan double-pedal.
Azrol menggunakan Ibanez GRX40 dan Digitech RP55 yang disambung pada amp Kustom KG100FX212 #1.
Sedikit cerita pasal setlist:
- Lagu yang tak tersenarai dalam setlist tapi menjadi - Gadis Bertudung Putih, About A Girl, Breed, Smells Like Teen Spirit, I Don't Belong Here (instrumental).
- Lagu yang ada dalam setlist tapi separuh jadi - Gaban, Puppets/Creeping medley, Caught Somewhere In Time.
- Lagu yang tak menjadi langsung! - Alone Again, Lump, Jerat Percintaan, hahaha!
- Macam biasa, kadang-kadang aku terlupa lirik atau lirik tunggang-terbalik (terutamanya lagu Ranggi Metropolis).
Korawk menggunakan Samick Gregg Bennett Les Paul Custom copy dan Behringer UM300 (studio punya) disambung pada amp Kustom KG100FX212 #2.
Eksperimen "triple-guitar attack" memang menjadi, disebabkan ketiga-tiga gitaris mempunyai cara permainan dan skill yang berbeza. Azrol dengan precision attack dan shredding solo, Korawk dengan rhythmic licks, manakala si "gitaris ketiga" cuma menjadi background/ambiance strummer.
Si "gitaris ketiga" yang menggunakan Ibanez RG350M "Replacement" (Goldie direhatkan), Modtone Speedbox, Behringer FX600 dan GDI21 disambung terus ke mixer studio.
Tempoh dua jam "non-stop" memang memenatkan (dah tua?), kualiti vokal aku pun mulai menurun selepas satu jam. Untuk sessi-sessi yang akan datang, tempoh jamming mungkin dikurangkan kepada satu jam atau satu setengah jam sahaja.
Tapi perasaan puas hati memang ketara. Ada kebarangkalian sessi macam ni akan menjadi acara bulanan, dengan percubaan beberapa lagu cover yang lain.
_____
Ada apa: Dan yang pasti lepas jamming ada insiden yang agak lucu dan memang memenatkan...
6 komen:
playlist yang menyebabkan ramai jeles.
lama udah ndak jamming main lagu cover huhuhuhuhuhu
Semua hepi;) tapi penat(sebab lama x bersenam/sudah tua?)..untuk sesi jamming lain kali bawa bekal air mineral sebotol dua. dan kesimpulan aku, Li Hua Plaza sesuai menjadi port rokes2 di Bintulu dengan design bangunan yang olskool dan ada tempat bersidai bila rasa penat di dalam studio haha.
boss, mana gambar kita tolak kereta bob & sambung cable jack kereta itu petang?hahaha sori psl dtg lewat sikit, ada hal family yg x dpt dielakkan, insyaAllah aku akan bawak bass baru aku lain kali utk sesi jamming hepi;) & metuk ulau projekt hiihihihihi
doc ben:
ada satu video dah upload kat facebook MUUV, diupload oleh penonton hahaha
jiaro:
klu ko ikut sessi jamming sanggam raya aritu, mmg semua lagu cover
korok:
lain kali selain air mineral, patut bawa ubat batuk cap ibu dan anak utk legakan tekak yg perit...
tmpt bersidai mcm scene filem "rock" mamat khalid kan?
adi:
bab tolak kereta keliling li hua plaza tu tggu etri lain la...
wahh best best best baca posting ni.
Post a Comment