Oke, masa untuk entri ulasan ringkas pasal bass baru aku iaitu Ibanez GARTB20 MSS (metallic silver sunburst) yang diperolehi dari Dead Eye Guitars (DEG) minggu lepas. Ia merupakan gitar/bass pertama yang dibeli untuk tahun 2012 ni, dan agak menepati SKT 2012 yang aku rancang pada awal tahun;
"3) Gitar - Ntah yang ni tak tau lagi boleh dapat ke atau tak. Tapi kalau dapat mungkin nak tambah sebuah singlecut lagi, Hehehe..."
Sebenarnya ia merupakan pembelian yang ekspress dan agak "terdesak" disebabkan aku perlukan sebuah bass untuk persembahan Hepi;) semasa Majlis Ngiling Tikai dan Penutupan Karnival Sukan 2012. Tapi aku amat respek atas usaha tauke DEG yang dapat menyelesaikan urusan dalam masa tiga hari sahaja, dari proses pemesanan (Bentley's stuff) pada hari Sabtu sehinggalah penghantaran pada hari Isnin.
Mulai 2012, aku akan cuba buat ulasan mengenai gitar/bass yang dibeli seringkas mungkin. Apa-apa info umum seperti spesifikasi bolehlah dirujuk pada website yang berkaitan.
"The GARTB brings classic single-cutaway style into play for a more distinctive look paired along with affordability"
- Hype dari website Ibanez.
Ibanez STD-N4/B4 soapbar pickups,
B10 bridge, volume/volume/tone knobs.
Pada mulanya aku ingin memesan Epiphone Les Paul Special Bass dari tauke DEG, tapi setelah memikirkan beberapa faktor, aku membuat keputusan untuk memilih GARTB20 ni. Antara faktor-faktornya:
- Murah, lebih murah berbanding Clover (GSR200EX), sekarang ni tak perlulah bass yang mahal-mahal.
- Berskala pendek 30.3" (short-scaled bass), dah lama aku teringin bass berskala pendek.
- Kemasan (finish) yang menarik, metallic silver sunburst yang nampak agak premium.
- Agak jarang orang guna bass berbentuk singlecut.
- Cemburu dengan bass Bro Sub, hahaha~
ART-series standard headstock, with swivelling truss-rod cover.
Kelebihan
- Ibanez memang terkenal dengan seni pertukangan (craftsmanship) yang halus walaupun untuk siri murahan Gio, tak kisah sama ada ia buatan Indonesia ataupun China.
- Berskala pendek 30.3" agak sesuai pada mereka yang dah biasa main gitar.
- Agak ringan, Goldie aku lebih berat berbanding bass ni.
- Kemasan silverburst yang memukau.
- Swiveling truss-rod cover, kebanyakkan model-model Ibanez terkini memilikinya. Senang untuk melaraskan truss-rod sebab tak perlu membukanya dengan pemutar skru.
Pematerian yang kemas tapi wayar masih berserabut (akan diikat kemudian). Kaviti yang cukup luas sekiranya ingin menambah active preamp untuk bass contohnya AT2 Yustech dan sebiji bateri 9V.
Kelemahan
- Agak sukar untuk mencari tali bass berskala pendek. Tali yang biasa terdapat di pasaran tempatan adalah untuk skala panjang 34-35" (sebenarnya ia tidak menjadi masalah sebab boleh order secara online).
- Tidak mempunyai built-in preamp seperti bass-bass aku sebelum ni - Black Ice dan Clover mempunyai Phat-II active preamp. Tapi bab frekuensi bunyi bass, jarang sangat kita nak berkira kan?
- Strap button berbentuk kon, yang tidak mesra strap mahupun straplock (akan diganti kemudian).
Gold and silver singlecuts.
Oh ya, nickname, disebabkan ia berwarna perak (silver) jadi aku menggelarnya SILVERADO. Mula-mula nak bagi nick SILVIA, tapi agak feminin dan tidak sesuai dengan karekter bass ni. Detuned half-step to Eb/Ab/Db/Gb.
Mungkin ada yang bertanya, agak-agak sampai bila bass ni boleh bertahan sebelum ia dijual semula? Pada pendapat aku, kalau ada orang yang nak beli bass ni dengan harga yang sama atau lebih, apa salahnya kalau aku jual? It's merely a business, hahaha... Kalau tak pun simpan sajalah untuk kegunaan sendiri, manalah tahu suatu hari nanti perlukan bass lagi.
Tapi yang pasti, jangan tanya pasal sound/video demo, aku bukannya pandai sangat main gitar/bass apatah lagi bab rakam-merakam ni. Entri-entri ulasan ni semua temberang belaka...
Seperti biasa, setiap pembelian gitar/bass/amp/efek DEG biasanya akan disertakan dengan "free gift" berupa aksesori gitar kecil-kecilan.
Kali ni aku mendapat majalah rasmi gitar PRS - Signature, dengan *Mark Tremonti sebagai penghias muka hadapan, dan sekotak tali gitar jenama Fender (saiz 9-42).
Penghujung tali gitar Fender ni agak pelik (bullet's end) aku rasa ia kurang sesuai untuk gitar-gitar yang menggunakan TOM bridge + stoptail.
Dalam kotak tali gitar Fender pula mengandungi tiga keping pick Dunlop - cap labah-labah (Hetfield's Black Fang), cap buaya dan cap badak - yang ni bukan "free gift" atau dibeli, tapi ia merupakan "royalty/loyalty bonus" atas sokongan dan usaha menaikkan nama DEG di kalangan rakan-rakan (yelah tu).
Bertambah lagi koleksi tali gitar (stok) dan pick aku...
*Dari dulu lagi aku nak PRS Tremonti, akhirnya "dapat" juga... Walaupun sekadar gambar.
_____
Ada apa: Unofficially, it's my 10th axe bought from DEG.
3 komen:
"Tapi yang pasti, jangan tanya pasal sound/video demo, aku bukannya pandai sangat main gitar/bass apatah lagi bab rakam-merakam ni. Entri-entri ulasan ni semua temberang belaka..."
- heheheheh...kaber nampak??
nice comments on me, thanks!! hahaha!
faizal:
sblm ada yg request mcm2...
tauke DEG:
10th already, what did u expect? :)
Post a Comment