Khamis (23/8/2012) - Seperti tahun lepas, tahun ni juga ada sessi jamming selepas raya bersama kugiran Sanggam (the other side of Manggas) yang diadakan di studio Beaufort Rock City (BRC).
Pada mulanya sessi ini bakal dihadiri oleh lapan orang iaitu ahli-ahli Manggas (Ymi, Raem, Joad aka Takilala, Jairo), Cimca, Cayonth, Ronzi dan aku. Tapi beberapa orang terpaksa tarik diri atas masalah kesihatan dan urusan peribadi/keluarga. Akhirnya tinggal empat orang sahaja yang masih berkomitmen - Ymi, Raem, Cayonth dan aku.
"Jedi Master" Ymi dan Cayonth.
Sessi kali ni Ymi menggunakan gitar sendiri iaitu Jackson DXMG Dinky (another Dead Eye Guitars "product"). Cayonth yang menggalas tugas sebagai bassist menggantikan Jairo yang tidak dapat hadir (ada persembahan Mi Scusi di tempat lain) menggunakan bass Ibanez GSR (tak pasti apa model) milik studio.
Jamming rig yang digunakan oleh Ymi agak menarik, Jackson DXMG telah dipasang dengan pikap tambahan Roland GK-3 yang kemudiannya disambung kepada synthesizer Roland GR-09 (model lama) digandingkan secara selari dengan Zoom G2 milik studio. Dengan synthesizer ni, ada bunyi "keyboard' tambahan pada output gitar.
Aku yang pada mulanya turut serta sebagai groupies terpaksa menjadi vokalis/gitaris secara bidan terjun menggantikan Joad Takilala yang tidak dapat hadir sebab sakit hidung. Aku menggunakan "Fender" HSS+FR milik studio (rasa macam bukan Fender ori je).
Selain "tukang pukul", Raem juga menjadi vokalis untuk beberapa buah lagu yang aku tak tau lirik.
Seperti tahun lepas, terus-terang aku mengaku yang aku memang kekok dan segan jamming dengan Sanggam ni. Walaupun majoriti lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu Wings, tapi lagu-lagu yang dimainkan aku tak biasa dengar, contohnya Satelit Puaka, Sekeping Kertas Bemaruah, Peronda Jaket Biru. Tapi aku memang enjoy memainkan lagu-lagu dari album Teori Domino (Rantai, Romania, Bujang Senang) dan Jerangkung Dalam Almari (JDA, R'N'R Lu Punya Suka).
Cayonth juga seperti aku, agak kekok dan blur untuk beberapa buah lagu. Bila Ymi dan Raem mula main lagu yang aku dan Cayonth tak tahu, kami berdua mula menggaru dagu, hahaha!~
Satu lagi yang agak merisaukan kalau jamming dengan Sanggam/Manggas ni ialah tahap bunyi yang agak "merbahaya". Selain setting amp yang digunakan oleh Ymi seakan-akan full blast, ketukan snare drum Raem juga memang kuat. Mungkin disebabkan Raem menggunakan Pearl Joey Jordison signature snare (milik sendiri, bukan studio punya). Situasi macam ni lah ear muff amat-amat diperlukan, nasib baik aku ada bawa sepasang.
Kesimpulannya, disebabkan tahap permainan gitar aku teruk - bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan Ymi - membuatkan aku rasa agak segan jamming dengan mereka ni. Begitu juga faktor pemilihan lagu yang agak "veto" sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa kekok. Sessi jamming hanya satu jam, diakhiri dengan aktiviti makan-makan di restoran mamak berdekatan.
_____
Ada apa: Korawk, bila nak anjurkan sessi jamming Merdeka-Raya?
4 komen:
SESI JAMMING MUP Raya kena bawak biskut atau kek ke studio jamming nanti...baru feel....erm kalo masih ada feel raya la
betul tu.. kena jamming lagu raya versi metal...
hahaha, rasanya belum dapat aku anjurkan sebab, ini minggu aku terlalu busy dengan aktiviti mengemas/update asrama[walaupun esok/jumaat aku ada di bintulu lepak2] sabtu kena bergegas balik ke pandan.
buat show dpn menteri?
Post a Comment