Sambungan
entri ni (projek ni dibuat dua minggu lepas)...
Mirage aku mengalami modifikasi untuk kesekian kali... Entah dah lupa berapa kali dah
Mirage ni jadi platform eksperimen/modifikasi pikap berbanding gitar lain.
Entwistle
XS 62N dengan bobbin putih dipilih untuk digandingkan bersama Tesla
Plasma-7 yang juga berwarna putih. Plasma-7 ni dah terperap lebih
dua tahun dalam simpanan, warna putihnya pun sekarang dah agak pudar kekuningan, dah berbeza sikit tona berbanding putih pada XS 62N.
Aku pernah iklankan Plasma-7 ni di
Lowyat.NET dan juga
GKC, namun tiada siapa yang berminat. Juga pernah dirisik oleh Donny COG untuk gitar Cort
VX-2Vnya tapi akhirnya memilih Seymour Duncan
JB Model.
Antara pikap humbucker pasif beroutput tinggi dalam katalog Tesla selain
VR-Extreme dan
Plasma-2. Bila output tinggi tu biasanya sesuai untuk main hard rock dan metal. Dah lama teringin menggunakannya semenjak diperkenalkan oleh
Bro Sub (his favourite Tesla bridge model).
Ukuran dimensi XS 62N ni cukup-cukup muat dalam kaviti (routing) singlecoil pada
Mirage. Untuk singlecoil jenama/model lain agak besar terpaksa dilakukan sedikit kikisan seperti yang pernah terjadi pada pikap Tesla
Plasma-1 dan VR-1 sebelum ini. Antara sebab aku tak jadi pasang DiMarzio
Blue Velvet yang ada dalam stok peribadi.
Pendawaian untuk
Mirage ni agak senang kerana hanya perlu memateri pada terminal suis lima arah sahaja tanpa perlu mengganggu pematerian pada pot volume dan tone. Seperti
VR-Extreme sebelum ini, Plasma-7 dijadikan sebagai full humbucker, tidak perlu coil split pada posisi-4 suis seperti konfigurasi yang biasa terdapat pada Ibanez RG/S.
 |
Nampak janggal? |
Kali ni masa yang diambil untuk kerja-kerja pemasangan dan pematerian tidak sampai sejam tanpa sebarang kesilapan pematerian. Cuma semasa posisi-3 suis, pikap tengah terasa kurang output (out of phase?), dibetulkan pada malam berikutnya setelah mendapat cadangan, nasihat dan penyelesaian daripada
YusTech (reversed magnet bar).
Disebabkan kedua-dua singlecoil XS 62N ni juga boleh dikatakan jenis output tinggi, perbezaan output dan volume tidak berapa ketara semasa transisi daripada humbucker kepada singlecoil. Dalam masa yang sama, masih mengekalkan bunyi unik "strat-ish" singlecoil.
Demo? Tak payahlah, ini semua entri temberang belaka...
_____
Ada apa: Tapi
kalau aku rajin mungkin aku akan upload sesuatu dalam
SoundCloud.