Ia diperolehi secara impromptu dan banyak "kebetulan":
- Kebetulan, model Explorer ni tinggal satu unit terakhir dalam stok.
- Kebetulan, ada diskaun 30% menjadikannya termasuk dalam julat harga mampu milik.
- Kebetulan, tengah masyuk lepas gali lubang tutup lubang yang serius, sebelum dirembat oleh orang lain, baik aku rembat dulu, hahaha...
- Kebetulan, si Korawk minat gitar berbentuk Explorer (nak jadi Hetfield celup, Eclipse dah ada), nak bagi dia rasa
jeles*cemburu kaw-kaw punya! Hahaha jahat... - Kebetulan, Mrs. Ijau pun tak bising-bising sebab ia hasil dana GLTL nombor (3) tadi.
Epiphone 1958 Explorer Korina, spesifikasi tak perlulah aku cerita, boleh layari website Epiphone. Dah lama aku tak ada gitar berbentuk ekstrim, kali terakhir tahun 2010 iaitu Dean VMNTx (Abominations) dan Jackson JS32T Kelly (Kelly Kelly).
Mengikut tag, ia dipasang dengan tali D'Addario saiz 10-46, dah berkarat pun, mungkin sebab dah lama disimpan. Tapi pihak Sandman berjanji akan menggantikannya dengan tali baru kelak.
Berdasarkan nombor siri U07021945 ia merupakan unit ke-1945 yang dibuat di kilang Unsung (Un Sung Musical Instrument Co.) Korea pada bulan Februari 2007. Lagi
2007 Korean batch, nice~
Pikap yang digunakan ialah in-house Epiphone Alnico Classic. Jika beberapa tahun lepas, sudah pasti aku tak suka bunyi pikap jenis klasik sebegini, waktu tu semua nak high output, pikap sebegini atau jenis single coil memang tak pandang pun.
Routing kaviti "isi perut" yang sempit, macam langsung tak ada ruang untuk maneuver pateri kecuali jika membuat pematerian di luar kaviti (pre-soldered). Tapi tak mengapa (parap-parap) pikap yang sedia ada pun memang serasi dengan HT-5RH, jadi buat masa ni tak ada "nafsu" untuk menukarnya, keep it in original specs.
Seperti biasa ada pembelian sampingan iaitu tali gitar berjenama Curt Mangan (dah lama aku nak cuba jenama ni) saiz 9-42 dan juga patch cable sebagai penggenap bayaran.
Pada kesempatan yang ada, aku terus tukar tali gitar D'Addario yang karat dengan set Martin Darco 9-42 (Curt Mangan tadi simpan dulu). Darco ni lembut macam GHS Boomers, boleh menyaingi kelembutan Ernie Ball Slinky, tapi pada harga yang murah, hampir semurah jenama Alice.
LaQonan semata-mata. |
Nickname? Tak payah susah-susah, aku gelar KORINA sahaja, Korina The Explorer (tak ada kaitan dengan Dora The Explorer).
_____
Ada apa: *Ah? Korawk nak beli?
4 komen:
Taktau pulak aku batu pahat tu ada kedai gitar.baru harini tau walau kerap juga ke sana sebab akak aku duduk sana..heheh..
Bentuk explorer aku suka.kalo tak kerana papa het mesti tak glemer gitar ni kan?
mmg kene main rendah, kalo tak fast downstroke terasa janggal.hehe
aku kenal explorer dari Matthias Jabs
best la. Enjoy
Post a Comment