Sambungan entri
Jepak Mini Gig awal bulan lepas (selepas 18 hari, hahaha), beberapa gambar
yang ada dalam Zenfon aku sebelum dan selepas persembahan
MUP.
Aku tiba sekitar pukul 10.00 pagi, tersesat sekejap kerana tak biasa dengan jalan dan lorong di Kampung Jepak. Waktu aku sampai di lokasi, band kedua sedang membuat persembahan, aku lupa band apa.
Kalau tak silap ini persembahan band ketiga atau keempat, Nawaitu band. Kelihatan kelibat
ex-gitar hibrid si Korawk di situ digunakan oleh Lan COG (kanan).
Pra persembahan MUP, Bob Kandar sedang menala dan soundcheck drum. Drumset Ludwig dan hampir semua simbal adalah daripada jenama Meinl.
Amp-amp yang digunakan untuk gig ni agak "over-par" berbanding lokasi. Contohnya, amp #1 ialah Randall
KH120RHS Kirk Hammett signature dengan kabinet serasi KH412.
Amp #2 juga adalah Randall model
RG1503H dengan kabinet serasi
RG412. Tapi sayang, seperti KH120 di atas tadi, ia tidak digunakan seoptimumnya kerana hanya clean channel digunakan.
Amp #3 Marshall
MG102DFX yang sebenarnya merupakan amp backup, atau untuk kegunaan band yang ada tiga gitaris seperti MUP. Aku memilih amp ni semasa persembahan MUP kerana dah biasa menggunakannya ketika di
36 Studio dahulu.
Amp bass Orange
CR100BXT, abang long kepada CR50BXT yang pernah dimiliki
suatu ketika dahulu.
Amp bass backup Peavey
MAX112, pernah digunakan semasa sessi jamming
Tupa Blacen beberapa tahun lepas.
Rehat pukul 12.00 tengahari sehinggah 1.00 petang untuk memberi laluan rehat Zohor, kebetulan surau di belakang tempat kejadian. Ya, MUP ada dua kali persembahan #1 sebelum rehat (2+ lagu), dan #2 selepas rehat (4+ lagu).
Cuaca mendung kemudiannya hujan renyai-renyai, air mula masuk ke kawasan gelanggang sedikit demi sedikit...
Project Band yang membuat persembahan selepas persembahan #2 MUP. Keadaan pentas sedikit sempit disebabkan kawasan sekeliling yang basah dek hujan. But the show must go on.
Gambar terakhir sebelum aku balik (sekitar pukul 3.00 petang), terpancar wajah ceria pengarang
Pentagran Di Atas Pusara merangkap bassist MUP sambil memuat naik video dan gambar kejadian ke media sosial.
Dikhabarkan sessi gig berlangsung sehingga lewat petang dengan persembahan beberapa buah band lagi, kemuncaknya persembahan geng-geng otai daripada Pro-X Band (Bintulu Rockers Re-Union).
_____
Ada apa:
Stage Of The Beast boleh lawan tak?