Lepas sebulan lebih diperolehi daripada Rock At Large baru ada mood peluang buat entri album studio ke-12 Kamelot The Shadow Theory. Ini merupakan versi digipak edisi terhad yang didatangkan dengan CD kedua yang berisi enam buah lagu dalam versi instrumental dan satu lagu bonus.
Kamelot terkenal dengan cover-art album yang "pelik/buruk/abstrak". |
Pernah beberapa kali cuba untuk mendapatkan album ini melalui eBay selepas ia dirilis tahun 2018, tapi kebanyakkannya dijual pada harga yang tidak berbaloi. Ditambah lagi dengan PKP tahun lepas, maka hilang kehangatan untuk meng-eBay dan hobi memancing CD secara amnya. Terima kasih RAL kerana membawanya masuk.
Juga album ketiga bersama-sama vokalis Tommy Karevik selepas Silverthorn dan Haven. Ternyata Karevik kini sudah sebati dengan Kamelot, ada gaya dan imej tersendiri (berjambang, tegap dan maskulin ala Henry Cavill), tidak lagi dibayangi oleh imej Khan seperti ketika album Silverthorn.
Seperti tradisi album-album Kamelot sebelum ini, pasti akan menampilkan beberapa artis undangan terutama vokalis wanita, kali ini giliran Lauren Hart (Once Human) dan Jennifer Haben (Beyond The Black) menjadi penyeri.
Sejak era Karevik talaan Kamelot lebih rendah drop-C#/drop-C berbanding era Khan yang rata-ratanya ialah Eb-standard. Tapi aku suka lagu Vespertine (My Crimson Bride) dengan vibe power metal klasik ala Helloween/Masterplan. Lama tak dengar lagu Kamelot vibe begini.
Juga tidak lari daripada lagu-lagu ballad seperti Static dan Stories Unheard, kebanyakkan lagu ada dua solo, gitar dan keyboard daripada Thomas Youngblood dan Oliver Palotai. Serius akupun tak perasan bila masa mereka ada kaki pukul baharu selepas Casey Grillo menyertai Queensryche. Nampak sangat aku dah tak follow perkembangan Kamelot, kah kah kah...
_____
AADI: Kerevik pun liked post Instagram aku untuk album ini.
1 comment
menarik juga ni.
Post a Comment