Untuk pertama kalinya sejak 1997, inilah sistem PC klon pertama aku yang dipasang oleh orang lain (dibeli sebagai set). Sebelum ini semua PC klon aku dipasang sendiri dan dinaiktaraf secara berperingkat ikut keperluan, bajet, dan game semasa.
Kemas juga pemasangannya. Hmm, mana SSD? |
Mahu tak mahu, aku perlu mendapatkan sebuah PC baharu menggantikan PC aku *sebelum ini yang sudah 10 tahun ketinggalan zaman, sudah tidak relevan untuk kegunaan online harian (browsing, Meet/Zoom, WFH). Offline mode tak ada masalah, masih cemerlang memainkan game Fallout: New Vegas pada setting maksimum.
Spesifikasi PC baharu ini tidaklah segah mana - Core i3-10100F, H410M H V2, 8GB DDR4, GT710-SL-2GD5-BRK, 240GB SSD - hanya cukup-cukup makan untuk gaming kasual. Tapi sistem ini lebih kepada kegunaan online berbanding gaming. Bukan apa, segan nak guna laptop keluarga (Dell Vostro, AMD A8) yang diguna oleh Mrs. Ijau (WFH) dan sekolah online Lil'Ijau.
Ya, masih ada FDD di sana |
*Spesifikasi PC aku sebelum ini - C2Q Q9550 LGA775, GA-EP41-UD3L, 3GB DDR2, GV-N440-2GI, 500GB HDD - adalah sistem yang dinaiktaraf secara berperingkat mengikut keperluan gaming sejak 2007. Dalam casing yang sama pernah menggunakan Athlon 64 X2, AN7S, E5700 dan beberapa graphic card seperti yang pernah diceritakan dalam entri ini.
Pernah tergerak hati untuk menaiktaraf PC di atas penghujung 2015 semata-mata ingin memainkan game Fallout 4, tetapi mengambil keputusan untuk melabur sebuah PS4 Slim dengan kos yang hampir sama.
Owh, SSD main sembunyi di belakang. |
Nampak sangat aku sudah banyak ketinggalan teknologi baharu dunia PC. Paling ketara ialah kepantasan teknologi solid state drive (SSD), boot-up Windows 10 tak sampai 10 saat berbanding 25-30 saat pada Dell Vostro yang masih menggunakan HDD. Itu baru interface SATA III, belum lagi M.2 NVMe.
Sebenarnya dana-dana hasil jualan Mr. Smith beberapa minggu lepas telahpun dirampas disalurkan untuk perolehan sistem ini. Selepas muhasabah diri, PC ini lebih penting (keperluan) berbanding sebuah GRGR131EX atau MG-30 (kemahuan).
_____
AADI: Mampukah ia memainkan The Outer Worlds?
3 komen:
menarik
Err.. Bab2 teknikal ni aku tak reti.. Semua hantar kedai..
Adi - untuk e-filing tahun depan 😉
Bert - akupun kena catch-up balik, banyak benda dah aku ketinggalan kapal
Post a Comment