Tergerak hati untuk mengunjungi Hobby Kai Bintulu selepas menonton live Facebook Ngumpaiks TV pada sebelah pagi...
Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.
Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021
Bahagian Kedua Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.
Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021
Itupun selepas roving reporter Uchu aka Nasuki Malim menunjukkan figura aksi Trooper Eddie terpakai (@18:32) pada harga yang mampu milik.
Maka terkunjungilah premis ini yang terletak di tingkat satu Ibraco Town Square Plaza Bintulu. Serius, rasanya dah 3-4 tahun aku tak naik atas ni. Waktu tu aku rasa belum ada premis yang buka, hanya ada beberapa restoran dan kiosk di tingkat bawah.
Pertama kali masuk, pemandangan pertama yang aku nampak ialah galeri One Piece dengan poster wanted Mugiwara Kaizoku dan figura aksi. Sudah pasti tauke premis ini juga seorang peminat One Piece. Yang pasti, taukenya memberi kebebasan sepenuhnya untuk aku snap gambar di dalam premis ini.
Sebagai seorang peminat kurang tegar One Piece, pernah juga aku tergerak hati ingin berhobi kumpul figura aksi sebegini. Rujuk entri 11 tahun lepas.
Gear 4 Luffy, not for sale. |
Tapi bila ambil kira faktor harga per figura, lebih afdal aku setia dengan hobi bergitar sahaja. Hobi beli CD pun dah terbantut semenjak PKP tahun lepas. Serius, banyak hobi, banyaklah dana yang perlu disalurkan.
Ini aku rasa figura aksi One Piece yang paling terkini, Gol D. Roger vs Edward Newgate (Whitebeard). Sebab anime yang memaparkan aksi ini rasanya baru sahaja disiarkan awal tahun ini atau hujung tahun lepas. Waktu aku datang ke premis ini pun, taukenya baru sahaja selesai memasang figura ini.
Lagi figura aksi One Piece, Portgas D. Ace dengan persalinan episod Alabasta. Maaflah, aku banyak snap gambar bertemakan One Piece berbanding anime lain.
Ok, ada sebuah gitar elektrik terpakai dijual di sini, model ESP LTD EC-256 dijual pada harga RM1500. Menurut nombor siri ia merupakan model keluaran Ogos 2014 buatan Vietnam, mengingatkan aku kepada ex-Dark Moon.
Juga ada figura aksi agak lewd, DOA Kasumi dan Ayane. RM120 per figura, oklah untuk sebuah figura lewd. Kalau ada figura bishoujo dan yang lebih lewd lagi macam mana?
Ok, awal 2017 dulu aku hampir-hampir terbeli Funko Pop! Fallout 4 Power Armor di Toys R Us KLIA2. Nasib baiklah tak terjerumus, kalau tak set Eddie empat album pertama Iron Maiden ini memang racun berbisa.
Hah! Ini antara mainan idaman aku sekitar 1987-1988, MASK Split Seconds Dynamo. Juga berstatus terpakai, sayangnya ia tak lengkap kerana tidak memiliki figura pendua/hologram Bruce Sato. Aku teringat waktu kecil dulu aku rajin main Split Seconds Barracuda kepunyaan Joad Takilala.
Hampir-hampir tertarik picu untuk membeli Sixshot terpakai ini, tak pasti dari siri Transformers mana, mungkin G1 atau Masterforce kot? Kena rujuk Shafid Transformers United ni... Harga pun mampu milik.
Figura aksi Marvel dan DC pun banyak, tapi hanya satu ini aku snap kerana tahap rare. Thank you Stan!
Hampir sejam juga aku berada di premis ini. Aku rumuskan bahawa premis ini lebih fokus kepada figura aksi - anime, Marvel, DC, Gundam, Transformers, Funko Pop!, dll - berbanding "hobi" lain.
Inilah satu-satunya hasil pancingan aku - Trooper Eddie. Tiga sticker rawak (Ace, Shanks dan Galactic Empire) dan Space Marine Warhammer 40k merupakan pemberian mutual (free gift), terima kasih.
Tiada apa-apa info pasal figura Trooper Eddie ini. Ia tidak lengkap, tiada tapak (base) pedang rapier/sabre dan bendera Union Jack. Dan daripada perincian, kebarangkalian besar ia adalah model keluaran McFarlane. Akan dibuat entri berasingan kelak...
_____
AADI: Ada figura yang mencecah harga ribuan ringgit, lagi nak komplen hobi bergitar itu mahal?
2 komen:
rasanya figura Eddie The trooper ni under Todd McFarlane
tak berani aku nak masuk kedai macam ni... tak pasal2 kang terjebak
Post a Comment