Isnin (21/03/2022) - Bermulalah sessi persekolahan 2022 dengan rasminya. Tahun ini agak mencabar sedikit kerana anak autistik aku Ijau Jr. kini masuk Tahun 1.
Gambar hiasan (sumber). |
Mujurlah sekolah si kakak Lil'Ijau (dah Tahun 4, dah otai) ada kelas pendidikan khas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dapatlah dihantar kedua-dua mereka serentak. Tapi disebabkan kekangan isu semasa, hanya dapat menghantarnya sampai pintu pagar sekolah sahaja, tidak seperti ketika kakaknya tiga tahun lepas hantar sampai ke pintu kelas, hahaha...
Kiranya satu lagi pencapaian hidup (life's achievement) telah dilalui.
_____
AADI: Si kecik Arlo pula cemburu tengok abang dan kakak pergi sekolah.
0 comments
Post a Comment