Menonton filem Sisu ini Jumaat lepas di TGV Bintulu (tiada di GSC Bintulu) tayangan 6.30 petang. Tertarik dengan filem ini selepas tertonton trailer di Facebook beberapa minggu lepas. Apa saja filem yang berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua mahupun Pertama (contohnya 1917 dan War Horse) pasti akan masuk dalam senarai.
Ini antara filem yang menggunakan kaedah "show don't tell" untuk watak utama Aatami Korpi (Jorma Tommila) yang hanya berdialog pada awal dan akhir filem sahaja. Begitu juga dengan latar belakang filem ini yang diset ketika pengunduran tentera Nazi Jerman dari perspektif negara Finland (Perang Lapland). Lari daripada cliché filem-filem WW2 yang selalunya dari perspektif tentera Amerika ataupun British.
Seperti biasa, tidak akan ada ulasan untuk filem ini demi menjaga spoiler. Juga, akan ada beberapa perkara yang menjengkelkan walaupun filem ini jenis aksi straight to the point. Pertama; F-word terlalu kerap diungkapkan dalam dialog walaupun filem ini berlatar belakangkan era 1940-an, mengingatkan aku kepada filem Fury.
Kedua; latar belakang watak utama Korpi didedahkan terlalu awal iaitu ketika babak ketiga "The Legend", patutnya didedahkan penghujung filem barulah terasa mistik dan epik. Adakah Korpi seorang super soldier, mutan ataupun highlander?
Aksi 5/5, ngeri 5/5, logik 2/5.
_____
AADI: Filem WW2 kegemaranku masih lagi Kelly's Heroes.
2 komen:
"Aku nak cash besar, senang nak bawak"
kononnya malam ni (11/5) nak layan The Covenant (Guy Ritchie's), tup-tup dah takde show dah kat TGV/GSC Bintulu, padahal rilis sama dengan Sisu baru 2 minggu lepas
Sisu pun dah takde show, mungkin dua-dua ni jenis tak ramai yang layan
Post a Comment