Seperti tidak percaya mendengar berita tragik pagi Jumaat lepas. Mangsa adalah rakan sepermainan anak-anakku ketika di kediaman lama, ayahnya merupakan rakan sekerja. 10+ tahun membesar depan mata sebaya anak dara aku si Lil'Ijau.
Kami berkesempatan menjaganya ketika masih kecil, terutama Mrs. Ijau yang rajin melayan anak-anak kejiranan seperti anak sendiri. Juga terikut-ikut memanggil kami dengan gelaran "ayah" dan "ibu" ketika itu atas pengaruh anak-anak kami.
Anak autistik aku si Ijau Jr. pula taknak sekolah sebab nak ikut perjalanan terakhir mengiringi jenazah dari rumah ke gereja St. Thomas dan seterusnya ke tanah perkuburan Anglican Bintulu pagi tadi. Sedih budak autistik ni lain macam, sampai demam dibuatnya.
_____
AADI: Tuhan lebih menyayangimu.
3 komen:
Salam Takziah
Dulu, ibu kami pun layan anak-anak jiran macam anak sendiri juga. Ibu suap kami makan, dia suap anak-anak jiran juga, tak kira bangsa / ugama.
bert - terima kasih, memang kami sekeluarga pun terasa kehilangan
bro sub - betul tuan, sama seperti di Borneo ia bukan sesuatu yang pelik
Post a Comment