Ini kali ketiga abang long Goldie dipasangkan dengan set pikap Lace Alumitone/Deathbucker (#1, #2) menggantikan set Epiphone Alnico Classic sebelum ini. Dan kali ke-16 (hah?!) ia bertukar-tukar pikap sejak diperolehi sedekad lepas.
Dalam axology aku, inilah singlecut yang paling ampuh dari segi feel, playability dan mojo, mengalahkan singlecut premium yang ada (ESP, Prestige). Walaupun sudah disimpan dalam peti, pasti akan dikeluarkan kembali selepas memainkan singlecut lain.
Sebagai abang long dan gitar paling nostalgik, ia selayaknya dipasangkan semula dengan set Alumitone/Deathbucker ini yang pasti akan mengingatkan aku pada penghujung 2020, tahun yang penuh dengan kenangan.
Pasak TOM bridge Epiphone inipun sudah rosak, sudah keras dan tidak dapat dipusing untuk melaras ketinggian action, jika dipaksa juga mungkin ia akan patah/pecah. Tapi selagi gitar ini masih menggunakan talaan dan saiz tali gitar yang sama, ia masih boleh dipakai.
Kalau sudah tak boleh pakai nanti barulah digantikan dengan bridge yang lebih berkualiti sedikit seperti Gotoh atau TonePros.
_____
AADI: Atau bridge original Epiphone sahaja.
0 comments
Post a Comment