Album studio ke-10 Foo Fighters rilisan 2021 ini diperolehi daripada Inverno Music Station melalui platform Shopee mereka bulan lepas. Sama seperti album Senjutsu yang perancangan awalnya ingin dirilis pada tahun 2020, tapi terpaksa ditunda tahun berikutnya atas faktor pandemik.
Album studio terakhir FF bersama drummer Taylor Hawkins yang meninggal dunia semasa tour FF di Amerika Selatan sekitar Mac 2022.
Jika album studio sebelum ini Concrete And Gold banyak elemen psychedelic rock, album ini pula banyak elemen pop 70an dan disko. Mungkin tempias daripada projek Dee Gees mereka (or vice-versa?).
Masih meneruskan trend seperti album-album sebelum ini iaitu Concrete And Gold, Sonic Highways dan Wasting Lights menggunakan bungkusan format slipgate yang leceh dan nampak murahan berbanding digipak mahupun jewel case.
Aku paling suka lagu Waiting On A War yang lagu dan liriknya memang klasik Foo Fighters. Begitu juga dengan lagu Medicine At Midnight kerana ada solo gitar (Shiflett?) yang agak panjang, amat janggal untuk sebuah lagu FF. Lagu-lagu lain masih boleh dilayan dan sesuai untuk peneman pemanduan santai dan mesra keluarga.
Mengintai album terkini mereka But Here We Are pula.
_____
AADI: Menunggu Epiphone DG-335.
3 komen:
dah 10 album yer...betul2 aku ketinggalan FF ni...satu pun aku tak pernah ada...
aku pernah stop following FF selepas album ke-4 sebab dah tak selari dengan jiwa... then follow balik lepas insiden Dave Grohl patah kaki jatuh stage kat Sweden 2015
boleh dikatakan Foo Fighters adalah sebuah band yang prolific, rajin keluarkan album. dave grohl is the man!
Post a Comment