Selama 13+ tahun berhobi gitar, aku tak pernah beli tali gitar jenama Elixir, kalau pernah guna pun yang memang sudah dipasang pada gitar tertentu contohnya pada ex-Black Ice dan Shiro. Elixir ini jenama yang hype dengan teknologi sadurannya (coating) - Nanoweb, Polyweb, Optiweb, pada harga yang premium.
Maknanya inilah kali pertama aku membeli jenama Elixir ini, itupun tertarik dengan promo 2+1 set Nanoweb 9-42 ini pada harga "boleh tahan". Diperolehi daripada website Swee Lee dengan pengeposan percuma.
Bila tengok kotak, ia tidak kedap atau bermateri (seal). Di dalamnya ada tiga set (18 sampul) tali gitar dan nasib baiklah tiada karat dikesan, kalau tidak memang hangit satu badan.
Disebabkan kandungannya terdedah begini, ia tidak akan disimpan lama dalam stok peribadi. Ada peluang akan terus dipasang pada gitar-gitar aku. Aku tak peduli adanya teknologi saduran yang hebat, kerana daripada apa yang aku dengar, hanya tali EAD (wound strings) sahaja yang disadur, tali GBE (plain strings) tidak disadur.
_____
AADI: Rindu jenama SIT, Curt Mangan dan Kerly.
0 comments
Post a Comment