Diperolehi bersempena Black Friday tahun lepas, dengan promosi pengeposan percuma dengan setiap pembelian barangan (merchandise) daripada website rasmi. Walaupun dengan pengeposan percuma, album ini masih boleh dikategorikan agak premium (€19.95). Oh tak lupa juga, dogtag Nylon Maiden juga merupakan hadiah percuma sempena Black Friday.
Memang teringin untuk memiliki album ini dalam bentuk fizikal, mungkin kerana kaitannya dengan Iron Maiden, Bruce Dickinson dan Blaze Bayley membuatkan album ini terasa istimewa. Juga boleh baca ulasan blog Deaf-Angel untuk album ini.
Selain bermain gitar secara solo, juga ada beberapa lagu berkolaborasi dengan pemain biola Anne Bakker dan band Thomas sendiri.
Juga dikomen sendiri oleh Thomas Zwijsen dalam Instagram aku, ohsem!
Tiga lagu dengan vokal Blaze Bayley Judgement Of Heaven, Blood Brothers, Como Estais Amigos, terasa lebih emosi berbanding versi asal. Amat tertarik dengan Judgement Of Heaven, baru dapat menghayati lirik-lirik lagu ini berbanding dalam X Factor.
Pada pendapat aku, hanya lagu Wrathchild sahaja yang agak kurang enak bila diakustikkan, mungkin faktor lagu rancak. Tapi amat berbeza pula untuk lagu-lagu epik seperti Powerslave, Fear Of The Dark dan Rime Of The Ancient Mariner yang semakin ohsem bila diakustikkan.
Hanya dua lagu yang aku agak kurang familiar iaitu Burning Ambition daripada album pertama (self-titled) dan Reach Out daripada B-side Wasted Years single.
Lagu naga versi akustik yang pernah menjadi entri WW suatu ketika dahulu, antara lagu yang selalu dimainkan oleh MUP, antara pemangkin untuk aku memiliki gitar akustik (walaupun bukan bertali nylon).
Setelah mendengarkannya untuk beberapa putaran, album ini amat sesuai dijadikan lagu runut untuk mengiringi majlis-majlis rasmi contohnya makan malam tahunan. Dan tak akan ada yang tahu kesemua pada asalnya merupakan lagu-lagu metal, kecuali peminat.
_____
AADI: Up the Nylon! \m/
3 komen:
Kalau aku keje hotel konpem aku pasang cd ni bila ada function...haha
Nak try dengar kat youtube
Menarik
Post a Comment