_____
AADI: Just got lucky - Dokken.
Ada Apa Dengan Pokka Teazzle?
oleh Ijau D. Koceng 07 November 2022 pada 6:00 AM 2 komen:Mungkin ini produk terbaharu daripada Pokka sebab aku tak pernah tengok sebelum ini. Ia sejenis minuman campuran teh dan jus ditambah dengan karbonat. Terdapat dua perisa setakat ini, aku memilih perisa pic (peach) untuk permulaan.
Buatan Pokka Pte. Ltd. Singapura, harganya sekitar RM2.00+ untuk setin berisipadu 325 ml. Katanya tanpa pemanis tambahan, tapi bagi lidah *40+ tahun aku ia masih terasa manis. Minuman begini sudah tidak sesuai untuk aku, aku lebih selesa dengan minuman jenis teh hijau, teh hijau melati atau teh lemon.
_____
AADI: *Tapi Cola boleh pula, haih~
Golden Preator
oleh Ijau D. Koceng 05 November 2022 pada 6:00 AM 2 komen:Daripada pengalaman menggunakan ex-Sarge tiga tahun lepas, King V siri JS32 ini memang platform yang tegap untuk modifikasi.
Tak sampai dua hari dimiliki, Praetor ini terus dimodifikasi menggunakan hardware "emas" berprestasi yang sama pernah dipasang pada ex-Sarge - Gotoh GE1996T tremolo unit, GHL-2-G locking nut dan Planet Waves PWAT-6R3 auto-trim locking tuners.
Sebelum memulakan proses modifikasi, mengambil kesempatan untuk menggilap fret yang kusam dan merawat fretboard yang kering dengan produk Dunlop.
Seperti yang dijangka, model ini masih menggunakan pikap Belcat yang dijenama semula. Pikap ini berfungsi dengan baik, tapi untuk citarasa peribadi dan keberadaan pikap aftermarket dalam simpanan, ia akan diganti.
Pendawaian asal yang ringkas - 1x volume, 1x tone, 3-way toggle switch - dalam kaviti yang agak kemas dan bercat konduktif (hitam). Jika ingin menggunakan pikap atau preamp aktif, luas kaviti ini dapat menampung sebiji (atau dua) bateri 9V.
Sebagai gitar perumah yang berpotensi, ia dipasangkan dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 serta cover emas (generic Shopee) untuk melengkapkan tema hardware "emas" dan tugasnya sebagai gitar metal. Warna emas cover agak cerah berbanding bridge dan tombol (OCD melanda).
Dipasang secara humbucker penuh tidak perlu pendawaian yang kompleks seperti opsyen push-pull coil-split, series-parallel. Mengekalkan komponen elektronik asal, selagi ia berfungsi tidak perlu ditukar. Wayar-wayar dikemaskan untuk meneruskan legasi YusTech.
Dan akhir sekali dipasangkan dengan set tali baharu PRS Classic 10-52 pemberian Bro Sub The Guitar Addict tiga tahun lepas. Masih tidak berkarat selepas sekian lama dalam simpanan, tidak seperti jenama cap burung yang satu lagi tu. Action direndahkan seoptimumnya, diintonasi dan ditala pada D-standard. Sedia untuk beraksi...
_____
AADI: Kembali masuk khemah Jackson.
Steam Baldur's Gate
oleh Ijau D. Koceng 04 November 2022 pada 6:00 AM 0 comments*Sudah 2-3 minggu aku berhenti seketika daripada memainkan sebarang game Steam (Baldur's Gate II, Icewind Dale, Price Of Persia: WW/T2T) dimaklumkan pula oleh Steam mengatakan satu lagi game klasik dalam wishlist aku Baldur's Gate kini ada promosi RM11.70 (harga asal RM39.00). Macam biasa, muat turun dahulu...
Juga versi Enhanced Edition rilisan yang diolah semula oleh Beamdog sekitar 2012 untuk PC moden. Agak mahal sedikit berbanding harga promosi Baldur's Gate II dan Planescape: Torment sebelum ini yang hanya RM7.00+ dan Icewind Dale RM9.00+. Tak apa, download dulu, main kemudian.
Game asal rilisan penghujung 1998 keluaran Black Isle Studios ketika itu. Aku memainkannya sekitar penghujung 1999, installation CD sampai lima keping, ketika mana game lain hanya sekeping CD. Cuma pernah menghabiskan game ini sekali sahaja sebelum kehangatannya dipotong oleh Planescape: Torment.
Game ini mengingatkan aku pada era tahun ketiga di USM, musim dating dengan junior, musim layan album Garage Inc. dan VCD Cunning Stunts. Waktu minggu peperiksaan pun main game ini sampai lewat malam. Entah apa yang aku fikirkan ketika itu...
_____
AADI: *Gaming fatigue?
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-














