_____
AADI: Kalaulah dapat lupakan memori, teringin main semula tanpa spoilers.
Wordless Wednesday: IDK's Best Of PS4 (So Far...)
oleh Ijau D. Koceng 22 January 2025 pada 6:00 AM 0 commentsSepetang Di Music Outlet Metrocity
oleh Ijau D. Koceng 21 January 2025 pada 6:00 AM 0 commentsMencari kesempatan melawat premis Music Outlet Metrocity ketika berada di Kuching cuti sekolah dan Krimas bulan Disember lepas.
Memilih cawangan Metrocity Matang kerana dekat dengan tempat penginapan kami berbanding cawangan lain. Dan berdekatan dengan McDonald's drive-thru Metrocity, alasan untuk aku dan my boys (Junior dan Arlo) jalan-jalan cari makan.
Inilah yang ingin diintai di cawangan ini, setelah diiklan di Facebook beberapa minggu sebelumnya. Sebuah Edwards Snapper E-SN-145FR terpakai yang ditawarkan pada harga yang memang sukar ditepis.
Memang ia menepati ciri-ciri yang aku inginkan - MIJ superstrat 24-fret, rosewood fretboard, Seymour Duncans, Floyd Rose 1000 dan yang pastinya warna hijau.
Tapi selepas memikirkan beberapa faktor antaranya Horizon yang baru diperolehi bulan November lepas dan axology aku sudahpun mencecah 10 unit, niat untuk memiliki gitar ini terpaksa dilupakan.
Aku tidak pulang dengan tangan kosong, beroleh sebuah gigbag Superbag (jenama apa ni?) pada harga yang berbaloi per fitur, kualiti dan ketebalan. Agak besar mungkin boleh memuatkan sebuah ES-335 atau gitar berbentuk pelik seperti Firebird, Iceman, Warlock dan bass berskala pendek.
_____
AADI: Lama tak masuk kedai gitar.
Powerpad Bass
oleh Ijau D. Koceng 19 January 2025 pada 6:00 AM 0 commentsPerolehan bulan lepas daripada Music Bliss semata-mata untuk perlindungan dan logistik Tommy (SR300) semasa membawanya dari Bintulu, Kuching, Sibu dan kembali ke Bintulu ketika musim cuti sekolah, Krismas dan gig SMR 2024 bulan lepas.
Sebuah gig bag Ibanez Powerpad IBB540 untuk bass. Bukanlah sebuah gig bag yang unggul per harga berbanding Gator 4G-series, tapi cukup-cukup perlindungan per ketebalan dan per ruang Silvia aku semasa perjalanan jauh berbanding gig bag Ritter sebelum ini yang agak nipis. Banyak poket tambahan adalah bonus.
Apa yang menariknya, walaupun khas untuk bass Ibanez atau bentuk bass generik (P/J bass), ia juga agak panjang dan 97-98% dapat memuatkan Francesco (PFG5 Warlock) yang agak leceh dicarikan gig bag yang sesuai akibat bentuk dan panjangnya. Dengan sedikit tambahan padding pada bucu bawah tajam Warlock, makanya gig bag ini juga boleh digunakan sebagai logistik bass ini sekitar Bintulu.
_____
AADI: Luar Bintulu, belum terfikir lagi...
Vox amPlug 2 Metal (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 18 January 2025 pada 6:00 AM 0 commentsPancingan kedua dan terakhir bersempena YES 2024 CK Music, sebuah Vox amPlug 2 Metal. Dipesan penghujung tahun beberapa minit sebelum 2025 dan tamat masa promosi. Dengan rilisan generasi ketiga amPlug 3, harga generasi kedua ini memang semakin *murah.
Juga diperolehi melalui platform Lazada seperti HT Metal 1 minggu lepas untuk mengeksploitasi kupon diskaun tambahan dan pengeposan percuma berbanding melalui website rasmi CK Music.
Pernah memiliki versi Classic Rock hampir sedekad lepas tapi sudah rosak. Juga pernah memiliki amPlug generasi pertama berperisa Night Train, tapi telah diwariskan kepada anak buahku si Aizuddin Madani musim PKPx lepas.
Sebelum terlupa, pernah juga membelikan amPlug 2 Metal ini untuk seorang rakan ketika YES 2014, dan sempat memandu-ujinya sebelum dituntut. Antara sebab aku memilih versi Classic Rock tahun berikutnya untuk kelainan.
Rasanya, tak perlulah buat entri ulasan lagi.
_____
AADI: *Harga YES 2024 sama seperti harga runcit 2014, inflasi...
Throwback Thursday: XVIII Blogging Blues
oleh Ijau D. Koceng 16 January 2025 pada 6:00 AM 1 commentCerita yang sama setiap tahun bila tiba 15 Januari (semalam).
Tahun ini tahun ke-18 di platform Blogger, masih bertahan tatkala ada lagi platform lain yang lebih ranggi, hype dan trending. Introvert macam aku, platform Blogger masih lagi relevan.
![]() |
| Sekadar hiasan - imej cilok. |
AADI ini blog perhobian, cerita pasal muzik metal, CD/DVD, gitar, bass, effects pedal, amp, jamming, gig dan kadang-kadang ada cerita pasal gaming, wayang dan tinju. Cerita pasal makanan dan minuman agak mula berkurangan sejak tahun lepas.
Dan seperti janji-janji aku sebelum ini, selagi ada modal penulisan, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.
Kepada rakan-rakan bloggers seangkatan yang masih aktif dan bertahan lebih sedekad - Bro Sub theGUITARaddict, Berteromber, Mamu Vinyl dan Hikayat Nemut-Nemut pun masih ada entri - blog on!
_____
AADI: Ada lagi ni.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-













