_____
AADI: Adik-beradik dark cookies.
Wordless Wednesday: Kit Kat Salted Caramel Cookies
oleh Ijau D. Koceng 15 November 2023 pada 6:00 AM 1 commentMastodon - Hushed And Grim
oleh Ijau D. Koceng 14 November 2023 pada 6:00 AM 1 commentCD audio kedua untuk tahun ini, album studio kelapan Mastodon iaitu Hushed And Grim rilisan Oktober 2021, dah dua tahun baru tergerak hati untuk memilikinya. Album yang memiliki 15 lagu yang dimuatkan dalam dua CD. Adakah Mastodon juga mengikut trend rilisan album dalam dua CD?
Diperolehi daripada Inverno Music Station Melaka melalui platform Shopee. Aku paling tak suka rilisan dalam format slipgate begini. Selain nampak murahan, ia juga senang rosak baik kulit mahupun CD yang keluar masuk.
Sudah agak lama tidak mengikuti perkembangan Mastodon selepas Emperor Of Sand. Selepas itu mereka tiada rilisan album penuh yang ada hanyalah singles/EP Cold Dark Place (2017) dan kompilasi Medium Rarities (2020).
Seperti biasa, artwork muka hadapan album-album Mastodon selalunya ohsem, ia biasanya antara tarikan pertama untuk mendapatkan sesuatu album.
Cuma agak sukar untuk aku menghadam lagu-lagu dalam CD pertama. Solo-solo Brent Hinds pun seakan-akan sama polanya untuk semua lagu. Untuk CD kedua terasa lebih enjoy sedikit kerana seperti ada elemen psychedelic dalam lagu-lagunya. Selebihnya, entah... Tak tahu aku macam mana nak ulas album ni, mungkin kena dengar berkali-kali, dan lagi dan lagi...
_____
AADI: Masih teringat lagu The Motherload dalam album OMRTS.
Antara Epiphone, Gibson Dan Julianbucker
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2023 pada 6:00 AM 0 commentsUntuk kali ke-17 (fuh?!) abang long Goldie bertukar pikap lagi. Mulanya ingin dipasang dengan set Seymour Duncan Vintage Blues tapi berubah fikiran bila memesan Julianbucker. Set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini disimpan semula dalam stok peribadi.
Digandingkan dengan pikap neck Gibson 490R yang diperolehi bulan April lepas, menjadikannya ala set Gibson modern 490R/498T kerana Julianbucker ini dipesan mengikut spesifikasi Gibson 498T.
Wayar Julianbucker yang agak pendek (~20 cm) memang cukup-cukup sahaja sampai ke potentiometer. Pendawaian 50s Goldie ini masih dikekalkan. Seperti biasa, disusun dan diikat sekemas mungkin bagi meneruskan legasi arwah Yustech.
Proses mengambil masa sekitar sejam setengah, lebih banyak masa diluangkan untuk membersihkan gitar ini yang lama tersadai dan berhabuk.
Pada kesempatan yang ada, dipasangkan dengan set tali baharu GHS Boomers GB91/2 (9.5-44) yang telah lama dalam stok sejak Disember 2021 dan masih belum karat. Ditala dan diintonasi pada E-standard. Tunggu Year End Sale CK Music nak borong stok GHS lagi.
Dia share pula video aku main 2358hrs kelam kabut...
Penilaian awal, sebagai sebuah pikap high output, responsifnya sama seperti pikap high output pasif lain yang pernah aku guna - JB, Super Distortion, Tone Zone. Manakala 490R pula memiliki ciri-ciri standard pikap PAF, kombo playsafe aku untuk apa-apa gitar humbucker berkembar.
Dipasangkan semula dengan pickguard mengembalikan penampilan asalnya iaitu sebuah Les Paul 1957 Goldtop walaupun bukan pikap Gibson '57 Classic/Classic Plus. Disimpan dalam hardcase sehingga ada peluang untuk dipandu uji seoptimumnya jika ada sessi jamming kelak.
_____
AADI: Tetap sebuah Epiphone dan tak mungkin akan menjadi Gibson.
Throwback Thursday: Voodoo 25
oleh Ijau D. Koceng 09 November 2023 pada 6:00 AM 1 commentSejak minggu lepas tergerak hati mendengar kembali album Voodoo ini melalui platform Spotify. Rupa-rupanya ia telahpun berusia 25 tahun pada bulan Februari lepas (rilisan 24/02/1998), terlepas buat entri anniversary.
Bila dengar balik lagu-lagunya otomatik teringat memori di sebaliknya. Pertama, ketika dalam proses pulih daripada patah hidung selepas eksiden bas 20/08/2001, sehari selepas aku beli CD album ini dan seminggu selepas aku konvo USM.
"aku layan gila2 album ni time tgh recovery drp patah hidung (eksiden bas, 20 ogos 2001 sehari slps aku beli album ni) bersama2 dgn album digimortal dan lagu2 drp after forever. so bila dgr blk, teringat memori yg menyakitkan... patah hidung yg mengambil masa 4-5 bln utk pulih"
- entri 2009.
Kedua, 10 tahun lepas album ini menjadi peneman pemanduan aku berulang-alik ke Hospital Bintulu setiap hari ketika Mrs. Ijau masuk wad kerana mengalami komplikasi janin dan terpaksa digugurkan.
Ciri-ciri begini yang membuatkan sesuatu album itu bertaraf soundtrack of my life.
_____
AADI: Layan semula konsert Fillmore.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Kenapa A&W tidak menjual lagi A&W root beer seperti dahulu? Sekarang yang banyak di pasaran ialah A&W sarsaparilla... Ya, sarsa...
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-















