Sessi Jamming Yang Berasap


Jumaat 26/2/2010 - Dalam pukul 3.00 petang kitorang jamming lagi, macam biasa kat makeshift studio... Kali ni ramai sket dalam lima orang, Bob Kandar ajak member, Azroy pun ajak member. Amboi-amboi... Lain kali kalau nak ajak member tu, ajaklah member yang ada equipment sendiri (apa guna kebilangan main gitar/bass kalau equipment pinjam?).

Yeah! Welcome! Welcome!

Sessi kali ni tak berapa hepi, sebab aku rasa macam crowded, bila dah crowded dan ada strangers rasa malu pulak nak main. Lagipun aku masih penat pagi tadi ikut berarak Maulidur Rasul dan kebetulan sebelum jamming ni aku baru bangun tidur, mamai ngantuk lagi.

Equipment (kecuali drumset, mic, amp dan speakers) macam biasalah aku yang punya - Black Ice, Mephisto, Behemoth dan B2. Satchurator aku ada bawa (as a backup), tapi tak guna pun sebab nak test patches baru yang aku set kat Behemoth. Kadang-kadang terasa tensen jugak tiap-tiap kali jamming nak mengangkut menalah-menalah tu semua dari rumah pi opis makeshift studio. Kalau boleh aku nak bawa bass dan effects pedal je, gitaris bawa gitar dan equipment sendiri (macam sessi jamming Manggas hari tu).

First time Black Ice aku dimainkan secara kidal!... Shahrin (berkopiah, ketayap, snow cap or wateva you wanna call it), member Azroy ni pun boleh tahan main gitar dan bass. Pun berjiwa 80's rock dan heavy metal, ini terbukti bila dia main lagu Heavy Chains dan beberapa lagu Metalika. Yang duduk sebelah Bob tu aku lupa nak tanya nama, dan Bob pun tak perkenalkan (dia ni vokal tumpang glamour je).

Kali ni Behemoth beraksi dengan jayanya tak buang masa untuk setup dan soundcheck, sebab aku dah set tujuh patches yang aku dapat dari internet dan edit beberapa patches yang sedia ada. Antaranya aku namakan DokAlone, OtaiRok, MegaGain, Aurora, Maidenes, DimeTera dan Metalika (daripada nama patches ni korang boleh agak macam mana sound yang dimaksudkan).

Cover list macam biasa Hati Emas (lagu wajib), Sejati, The Trooper, Orion dan Mentera Semerah Padi. Jugak test cover beberapa lagu baru belajar Heavy Chains, Fade To Black, Fear Of The Dark dan Pawana. Dan harap maaf kepada rakan-rakan bloggers, disebabkan kali ni tak berapa hepi, jadi tadak mood la nak rakam video.

Sesuai dengan tajuk entri kali ni, tengah best-best kitorang main lagu The Trooper tiba-tiba hilang bunyi, ada bau hangit dan nampak asap keluar daripada amp cap ayam BJL (parody JBL). Hahaha! Amp overloaded!...

Kasi releks 10 minit kemudian try on balik, yup amp masih oke~ sambung main lah. Selang hampir satu jam kemudian jadi lagi hilang bunyi, tapi kali ni tak berasap... Jam dah menunjukkan hampir-hampir pukul 5.00 petang, macam malas nak sambung. Jadi sessi 'berasap' kali ni berakhir selepas hampir dua jam jamming.

Macam tanda-tanda nak suruh beli amp bass berasingan je ni...

_____
Ada apa: Teringat aku babak dalam filem Rock, 'goreng' gitar sampai speaker hangus!

Nihilanth


Sapa masih ingat makhluk ni? Once you know the techniques, it's pretty easy to defeat this Nihilanth or whatever you wanna call it... (make sure your gluon gun ammo was full for easiest strike).

Imej link dari website Rankopedia

Yeah, yeah... Half-Life, another hit game from the 90's (1998 to be precise), PC game yang mula-mula mencatatkan benchmark rekod non-stop gaming aku - 13 hours non-stop! This record was later broken in 2008 when I played Fallout 3 - staggering 15 hours!

Box art yang simple tapi cool. Imej Wikipedia.

Hmmm, aku pernah guna nick Nihilanth (selain KucingHijau) waktu main mIRC dulu-dulu. Quite famous in #Rosak DALnet and Webnet. But that was another story...

_____
Ada apa: Jugak entri tadak idea...

What Can Change The Nature Of A Man?


Antara in-game quote yang masih lagi segar dalam sanubariku... "What Can Change The Nature Of A Man?"

Imej link dari game-ost.ru

Yeah, Mechanus Cannon was the most f*ckin' awesome spell in the game!
(Although it was only a Level 8 spell not a Level 9)

Btw, the game called Planescape: Torment, released somewhere in 1999 developed by Black Isle Studio. Sapa yang gila main PC Games bergenre RPG pastinya tau...

To be continued...

_____
Ada apa: Sebenarnya aku tadak idea nak buat entri apa hari ni.

Ada Apa Dengan Sate Ampai-Ampai?


Sapa pernah makan sate ni? Sate ampai-ampai (obor-obor?) atau sate ikan. Tapi sate ni memang kult! Seingat aku, dari aku tadika aku dah makan sate ni, rasanya pun memang kult!

Aku kalau beli sebungkus ni boleh habiskan tak sampai 5 minit hahaha! Dengan harga RM1.00 sebungkus aku selalu beli dua bungkus. Halal ke tak? Ntahlah... Cuma kat plastik pembungkus ada cap halal Siam (macam yang ada kat Ovaltine, Oreo dan beberapa makanan yang diimport dari Thailand). Tapi kalau nak beli yang sedap, cuba tengok yang nampak berminyak dan melekit-lekit, kompom sedap berbanding yang nampak kering.

Waktu kecik-kecik dulu, mak aku selalu belikan sate ni kalau balik dari tamu pekan Membakut. Sampai sekarang pun kalau aku balik kampung, memang mak aku jarang lupa belikan sate ni. Aduih terasa rindu pulak kat mak... sat lagi nak call.

Entri Mini: Fade To Black

Seperti biasa pagi Ahad merupakan pagi yang membosankan. Alone again kat rumah, housemate masih lagi bercuti. Selain buat kerja-kerja rumah standard hujung minggu (cuci baju, kemas rumah, dll). Semalam Bob Kandar SMS aku, petang ni pukul 4.00 kalau tadak arah melintang dia nak ajak jamming (kat makeshift studio kitoranglah). Aku no hal yang penting hepi ;) dan ada gitaris.

Bulan Mei tahun lepas aku ada buat entri pasal DVD Guitar Techniques Of Metallica ni, waktu tu memang aku belum pandai main gitar (dan belum ada gitar lagi, cuma ada bass) dan memang terus-terang aku mengaku info-info dalam DVD ni memang susah nak digest.

Tapi sekarang (sembilan bulan kemudian) bila aku pasang balik, rasanya aku boleh digest info-info dalam DVD ni satu persatu, step-by-step. Lebih-lebih lagi kuliah lagu Fade To Black yang memang aku teringin sangat nak cover. Walaupun aku belum dapat digest 100% Fade To Black untuk gitar (especially part solo yang kompleks), tapi sekurang-kurangnya aku dapat digest untuk bassline yang diringkaskan. Bolehlah cuba cover lagu ni petang nanti.

_____
Ada apa: Semalam ada BBQ party + mini family day, kalau ada masa aku upload gambar.

Ada Apa Dengan VMNTx?


Beberapa bulan lepas aku ada buat entri pasal gitar Abang Mus ni, Dean VMNTx Dave Mustaine Signature Series. This VMNTx was a cheaper model compared with VMNT (hence the letter x at the back) with cheaper material and bolt-on construction. More info please visit Dean Guitars website.

Semua imej link dari website Dean Guitars

Kalau tak silap somewhere in October 2009 aku ada order model VMNTx United Abominations from Dead Eye Guitars (DEG), disebabkan distributornya bagitau model ni tak masuk pasaran Asia Tenggara aku pun tukar pi model VMNTx black (mini entry), disebabkan waktu tu masih lagi hangat dengan viral Megadeth (Endgame syndrome).

Aku difahamkan stok/shipment untuk gitar-gitar Dean ni pelik sikit berbanding brand lain (Ibanez, Jackson, Squier, Epiphone), shipment hanya akan datang dua kali setahun, Jun dan Disember. Kalau tak caya pi website JS Music (distributor Dean kat Malaysia) they mentioned this phrase in their website - "Dean guitars will be available in mid-July. We are currently updating our Dean guitar list. Please visit us again. Thank you". But DEG sometimes ordered a guitar from that country in the south (macam Black Ice aku).

Imej link dari website rakuten.co.jp

Tapi sekarang dah nak masuk bulan Mac, shipment untuk bulan Disember masih belum sampai-sampai lagi. Aku jugak difahamkan ramai kastemer DEG yang order Dean dah kensel order dan bertukar kepada brand lain. Dari bulan November sampai sekarang aku masih lagi antara kastemer DEG yang masih sabarudin (sabar-u-dean) menunggu shipment Dean bulan Disember (yup, aku memang order VMNTx black dan dana-dananya masih lagi belum dikacau). Aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni, kalau tadak jugak aku pun kensel order tukar brand lain.

Btw, next month dah kira genap setahun aku berkecimpung dalam hobi kegitaran ni. Dalam masa setahun ni banyak benda aku belajar, banyak jugak steps yang aku skip dan banyak juga dana-dana telah dilaburkan - worth to be celebrated with something cool, but that was another story...

_____
Ada apa: Oriaj pastinya akan komen sesuatu...

Gitar Lanun? (Part 4)


Hari ni aku ingin mengucapkan farewell kepada Les Pirate aku yang bakal berhijrah ke Sibu menemui tuan yang baru, seorang collector tegar gitar LP yang katanya memiliki Epiphone LP Gothic dan Epiphone SG Emily, dan kini ingin menambah koleksinya dengan SX Pirate PEG2 Les Paul Copy (yang mungkin nanti dapat nick baru)... Semoga "lanun" aku mengganas di Sibu kelak, yeargh!~

Damn I'm beginning to like the heavy sound of this Les Pirate, able to drop tune two full steps (C tuning) and still maintain without giving much fret buzz.

Btw, Mephisto aku yang kononnya ada budak Membakut nak beli lepas CNY ni, tiba-tiba pm aku malam semalam kat facebook bagitau tak dapat nak beli buat masa sekarang sebab dia dah pokai kalah judi (lap-lap, katam-katam) waktu CNY yang lepas, hahaha padan muka!

_____
Ada apa: Kaizoku ouni orewa naru!

Dream Theater - Images And Words


Kalau diikutkan dah lama aku terima CD ni sejak 26/10/2009 yang lepas lagi (ada beberapa lagi CD eBay yang masih belum aku buat entri). Tapi CD ni memang samtingrong ada sesuatu yang tak kena, ni dah masuk kali ketiga atau keempat aku cuba buat entri untuk album Images And Words Dream Theater ni, setiap kali nak buat entri selalu saja ada masalah, gambar tak dapat upload lah, sangkut waktu post entri lah, tiba-tiba Celcom Broadband offline lah, tensi tensi... Menyampah rasanya (mesti feng shui CD ni tak berapa bagus).

Baru sekarang ni dapat post entri, sampai aku dah naik muak dah nak taip balik ayat-ayat entri standard CD eBay aku. Kali ni aku letak gambar jelah, yang lain-lain korang komenlah pengalaman sendiri pasal album ni. Used CD and first Germany pressing, period!

Yang pastinya album ni merupakan album yang memperkenalkan aku kepada muzik Dream Theater somewhere in 1997 (versi MP3) dan merupakan album Dream Theater yang paling aku suka, so far aku cuma ada dua CD Dream Theater. Oh btw, Myung rocks!

_____
Ada apa: Minggu lepas aku baru terima lagi satu CD eBay Dream Theater - Awake

Megadeth - Blood In The Water


Dah lama aku beli DVD ni, rasanya penghujung November kot? Beli kat Chin Chin Music, City Point, tempat yang sama aku beli DVD One Crimson Night dan That One Night: Buenos Aires. Dengan harga selepas diskaun RM20.00 (harga asal RM21.90). Seperti siri-siri konsert yang lain keluaran Advance Sound Production Co. Ltd. dan diedarkan oleh Perniagaan Unggul Telawi. Aku tak kisah la, asalkan ada sticker ORI KPDNHEP dan sticker Perakuan B Lembaga Penapisan Filem. Kalau tak ori pun bukan salah aku...

Menurut sumber Wikipedia, official release untuk DVD ni TBA will be somewhere in 2010 (belum release lagi). Maknanya aku dah beli sebelum official release, kat mana diorang dapat sumber DVD ni? Walau apapun kualiti gambar dan bunyi untuk DVD ni memang aku bagi 9/10, tak bagi perfect 10 sebab tadak main menu, song selection, dll seperti DVD standard. Masuk dalam player je (in my case, PC) terus go on intro konsert.

Tracklist

  1. Sleepwalker
  2. Wake Up Dead
  3. Take No Prisoners
  4. Skin O' My Teeth
  5. Washington Is Next!
  6. Kick The Chair
  7. In My Darkest Hour
  8. Hangar 18
  9. Burnt Ice
  10. A Tout Le Monde
  11. Chris' Solo
  12. Tornado Of Souls
  13. Ashes In Your Mouth
  14. Sweating Bullets
  15. Symphony Of Destruction
  16. Trust
  17. Peace Sells
  18. Holy Wars

Seperti biasa lagu-lagu yang best waktu konsert ni ialah lagu-lagu dari album Rust In Peace yang mempunyai guitar works yang kompleks, ternyata Abang Mus dan Broderick tak miss walau single note pun. Dan seperti biasa konsert diakhiri dengan ayat standard Abang Mus "you've been crazy, we've been Megadeth, good night!"... So far, bagi aku ni konsert Megadeth yang paling mantop - simple setting, humble yet vintage Megadeth and of course Abang Mus dah guna gitar Dean (uh uh Dean VMNT Angel Of Deth, RM4k+ @ Dead Eye Guitars).

Tapi dari segi reaksi penonton memang tak boleh lawan penonton Argentina waktu That One Night, berbanding konsert ni, tak berapa kedengaran penonton sing-a-long, moshpit is one thing, but windmill? WTF? Memang tak sesuai sungguh! Apa kejadahnya berlari-lari pusing-pusing? Macam tu buat kat rumah pun boleh, rugi ooo duit beli tiket Megadeth tapi datang meroyan berlari-lari tak focus on Megadeth performance.

Gambar line-up kat belakang masih lagi tangkap muat macam DVD That One Night, waktu konsert ni (Gigantour) Chris Broderick dah join Megadeth, tapi gambar tu masih lagi Glenn Drover. Cover art pun Abang Mus pakai kemeja hitam sedangkan sepanjang konsert dia pakai t-shirt hitam Kiss. Agaknya sebab cover official release pun belum ada lagi, letak jelah apa yang patut... Nasib baik letak gambar guna gitar Angel Of Deth.

Ni ada sedikit video sneak-peek performance Megadeth dalam DVD ni, aku rasa Takilala pernah buat entri pasal lagu ni - Take No Prisoners.

Lately kita boleh bandingkan konsert-konsert Megadeth dan Metallica, aku taknak komen banyak sebab akupun peminat kedua-dua band, tapi memang ketara perbezaannya kan?... Bila agaknya Megadeth dapat masuk Rock & Roll Hall Of Fame eh?

Owh... Btw, Ellefson @ Junior dah rejoin Megadeth, dan LoMenzo keluar on mutual respect... Damn~ I'm beginning to like that LoMenzo guy...

_____
Ada apa: Aiya Calvin, bila itu VMNTx mau datang liao?~

Eksperimen: Bermain Dengan Distortions


Hari ni hampir sehari suntuk aku berperap kat rumah, dari pagi selain online, tengok TV, dengar radio Klasik Nasional, cuci baju, kemas bilik, susun koleksi CD... Memang bosan gila, belah petang disebabkan terlampau bosan, aku cuba buat eksperimen gila-gila. Lebih kurang macam eksperimen dua multi-effects beberapa bulan yang lepas.

Kali ni aku cuba gabungan distortions dan overdrive daripada dua multi-effects (Korg AX3000G @ Behemoth, Zoom B2) dan satu distortion stompbox (Vox Satchurator) menggunakan gitar SX PEG2 Les Pirate (eksperimen D-tuning: DGCFAD) dengan susunan rig seperti berikut:

PEG2 -> Satchurator -> B2 -> AX3000G -> Sony MDR-XD100 (headphone)
(huk... Banyak stuff CK Music ni)

Keputusan eksperimen? Memang menyakitkan telinga... Hahaha! Kalau tak tahan bunyi bingit memang boleh kena migrain tau... Main lagu Hati Emas with drop tune + triple high gain distortions, macam-macam setting aku cuba. Nasib baik aku guna headphone, kalau aku guna Micro-Cube ntahlah maybe jadi quadruple high gain distortion!

Yang pastinya setting rig macam ni memang tak konvensional sebab aku tadak kabel tampal (patch cable), so kena guna kabel-kabel yang ada; satu gitar + tiga efek = empat kabel. Kebetulan memang aku cuma ada empat kabel saja, abistu bass aku nak cucuk pakai apa? Tali rapia? Hmmm, macam mana agaknya bunyi rig ni kalau aku ganti Les Pirate dengan Black Ice aku? >:) But that was another story...

Aku jugak mengambil kesempatan ni untuk 'mengisi masa lapang' menggentel tombol-tombol Behemoth mencari setting bunyi-bunyian yang sesuai dengan lagu-lagu yang selalu kitorang cover waktu sessi jamming. Kalau tak, nanti jadi macam sessi jamming impromptu yang lepas... Buang masa hampir 30 minit setting dan soundcheck.

So far aku dah dapat empat setting, save dalam patch, set dan rename seperti berikut:

  1. DokAlone - bunyi yang aku rasa seakan-akan intro lagu Dokken Alone Again, juga sesuai untuk clean pick/strum lagu Sejati dan lagu-lagu ballad Wings yang lain. Guna drive/amp AC15 + bi-chorus modulation + studio reverb.
  2. OtaiRok - vintage rock overdrive ala-ala bunyi AC/DC, sesuai untuk cover lagu Hati Emas. Guna drive/amp AC30TB + garage reverb (nanti-nanti aku nak modified patch ni tambah efek Vox Wah atau tukar drive/amp Orange Distortion, then save dan rename sebagai patch lain).
  3. MegaGain - full gain distortion yang aku 'ciplak' daripada bunyi Satchurator (full gain + more). Yang ni setting kalau-kalau nak release tension main lagu-lagu thrash. Guna drive/amp metal (full gain, full volume) + mild canyon reverb.
  4. Aurora - eksperimen bunyi-bunyian, drone pre-fx + classic flanger modulation + room reverb. Ntah macam bunyi apa... Macam bunyi ala-ala sci-fi/space pun ada. Errr... Bunyi-bunyi Joe Satriani ke?

Dah dekat lima bulan aku beli menalah ni, baru sekarang aku tergerak hati gentel-gentel, pulas-pulas tombol nak set personal sound. Nanti kalau rajin, aku nak cuba cari setting sound 'gambus' Joe Wings waktu intro lagu Alam Barzakh. Btw, aku cuma pandai main powerchords je hehehe... Efek je lebih, mainnya kureng... Tapi "pedulik apa orang nak kata, duit aku... Yang penting hepi ;)" hahaha~

_____
Ada apa: Esok (Selasa 16/2/2010) pukul 8.00 pagi, sapa rajin tune-in TV3 tengok MHI, Bottlecapt ada buat unplugged performance.

Antara Airport, Cuti CNY dan KFC


Semalam hantar *ehem-ehem* pi terminal bas, hari ni pulak seawal 7.30 pagi hantar housemate aku (orang N9) pi airport Bintulu (about 30km from Bintulu town) flight pi LCCT pukul 9.30 pagi, yup macam biasa, flight Air Asia kalau nak lega dan taknak kelam-kabut, kenalah datang airport dua jam sebelum flight.

Pesawat kecik tu pesawat MAS Wing (bukan Mus Wings) aku rasa flight pi Miri atau KK kot?

Airport Bintulu ni tak besar mana pun.

Menara Kesesatan.

Awal pagi ni Bintulu town nampak lengang, kecuali area gereja yang dah ada agak penuh untuk Sunday Masses... Lapar la pulak, pagi-pagi public holiday ni mana ada kedai makan atau restoran yang bukak awal... Kecuali KFC bukak 24 jam, teringin pulak nak makan burger. FYI, kat Bintulu ni tadak McD jadi jangan nak mengada-ngada cari McD kalau korang berkunjung ke Bintulu, tadak rotan, akar pun jadilah tadak McD, KFC pun jadilah...

KFC Medanraya nampak lengang pagi-pagi ni (duh~) walaupun bukak 24-jam. Aku malas nak makan kat sini, so tapau la beberapa hidangan balik rumah boleh makan sambil tengok TV.

Colonel burger, cheezy wedges dan 2-piece original recipe 'fried' chicken.

Dipendekkan cerita, seminggu ni aku dok sorang la kat rumah, housemate aku semua balik kampung. Tadak kerja lainlah nampaknya untuk beberapa hari selain online, tengok TV, praktis gitar, melantak... Minta-minta Bob Kandar call aku petang ni ajak jamming.

Owh sebelum aku lupa, kepada colleagues, members, followers, readers berbangsa Cina especially Calvin (Dead Eye Guitars), Engbok (yNot Studio), Mr. Ayang (Zoso Music), Tom Satchman (Satchman Enterprise), Auntie Alice (dB Music), Miss CLZ (Ejen AIA aku), warga Kimia Malaysia dan MOSTI amnya, geng-geng ex-MCSS Penangites - Richard, Darren, Kit-chai, tauke-tauke kedai komputer yang selalu berurusan dengan aku - Mr. Lee, Jackson Sia, Victor Chin, Debby (LAKU), Venus Chang (penpal Hong Kong), amoi-amoi cute ex-DTMUSM Chooi Ping, Chiew Peng, Poh Leng, Wendy (sapa lagi eh?) dan pada mereka-mereka yang aku lupa nak sebut nama... Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Hepi CNY - GXFC! Selamat tahun rimau (aum!), jangan banyak makan limau... Terimalah rimau yang paling cool~ >:)

ESP Sunburst Tiger George Lynch signature series. (Calvin, berapa harga ESP ni?)
Imej link daripada website
ESP Guitars.

_____
Ada apa: Eh? Aku belum mandi rupanya... hehehe

Antara Bas, Cuti CNY dan Makan


Pagi tadi hantar *ehem-ehem* aku pi terminal bas Bintulu, dia nak balik kampung sempena cuti panjang CNY. Dah lama aku tak merasa scene meriah balik kampung penuh sesak kat terminal bas (takla berapa sesak pun, aku rasa waktu nak cuti Gawai lagi sesak). Teringat dulu-dulu aku rajin ulang-alik (balik hari) Penang-KL-Penang, melepak Puduraya menunggu bas...

Bas dijadualkan pukul 11.15 pagi, aku terlewat jemput *ehem-ehem* dalam pukul 10.55 pagi. Jadi terpaksalah aku drive macam nak gila dari rumah pi terminal bas, mencilok-cilok, sharp turns... Lama dah aku tak drive gila-gila. Pucat muka *ehem-ehem* aku macam nak menangis pun ada >:) hehehe... Takpe, sampai jugak on time.

Bas pi Dalat lewat sampai dalam 10 minit daripada yang dijadualkan (yup, *ehem-ehem* aku orang Dalat, Mukah - nanti bakal jadi geng dengan adik Jairo). Sempat la melepak kat terminal bas, tengok suasana balik kampung.

Gambar hiasan - ni bas lain, bas pi Sibu bukan bas pi Mukah.

Lepas bas dah bertolak, aku pun membawa diri jalan-jalan cari makan... Target, D'Afeez Cafe. Kali ni makan nasik campur je (lauk daging masak lada hitam dan teloq mata masak merah) dan minuman kegemaran teh C special. Semua sekali RM6.00 kenyang sampai petang.

Cerita pasal makan, malam tadi sempat la keluar dating sambil-sambil mencari tempat makan yang best. Mula-mula pi Restoran Seribu Bintang, tapi disebabkan tak dilayan hampir 10 minit, kitorang pun blah cari tempat lain. Aku teringin nak makan ayam tandoori dan cheese nan, jadi PJ Corner merupakan target utama.

Teh tarik dan teh lemon ais (iced lemon tea la...), yup nothing beats originality and 'kick' of teh tarik Mamak!

Cheese nan yang agak berbeza penyediaannya, simple je bubuh cream cheese atas roti nan. Selalu aku makan cheese nan (kat Penang dulu) cream cheese dimasukkan dalam roti nan sebelum ia dimasak. Nevermind, as long as it was nan bread with real cheese... oke for me.

Ayam tandoori, rasanya memang sama macam tandoori kat Restoran Selera Murni kat Sg. Dua (USM), Penang - tapi malangnya restoran tu dah tutup.

Malam ni plan nak outing shoot gambar bunga api... 11.45-12.15 malam ada pesta bunga api (acara tahunan tak rasmi CNY di Bintulu). Guna Cyber-shot murahan aku je... Canon EOS 450D/500D Jabatan tak bagi pinjam :(

_____
Ada apa: Lepas ni mesti ada racun-racun DSLR ni, percayalah...

Wings - Mencari Asal-Usul


Dah dekat dua hari aku tak buat entri, kira entri kali ni aku membuyuk (cheating) backdate pi 11/2/2010 oke? Hahaha! Disebabkan viral Wings macam dah nak reda, aku rasa ni entri Wings aku yang terakhir untuk bulan ni (bulan-bulan akan datang tak pasti lagilah).

Album kedua Wings bersama Mus (betul ke?) Mencari Asal-Usul keluaran tahun 1998 pada pendapat aku merupakan album paling best Wings bersama dengan Mus sebab hampir semua lagu-lagu dalam album ni kecuali Hidup Sederhana memang best belaka (mungkin Muspeeda ada pendapat lain). Aku dah lupa bila aku beli CD ni sebab tak tulis kat inlay, maybe somewhere penghujung 2008 atau awal 2009 kot? Kat Speedy Video Bintang Plaza, Miri dengan harga RM12.90 (sekarang ni promosi boleh dapat dengan harga RM30 untuk tiga CD!)

Cover art yang aku rasa tak best, sekarang ni dah jarang orang guna gambar band untuk cover. Tak boleh lawan cover art Mr. Barbarik (yang aku belum ada).

Dari lagu-lagu rancak Sakit Bantal Empuk, Badan Belut Kepala Ular, Dilailah, 18000 Sayap yang memang henjut kepada lagu-lagu balad killer seperti Padamkan Lampu Tidurmu, Krisis Di Pertengahan Hidup, Hati Sulam Lain dan Bukan Kerana Matahari... Semuanya penuh dengan intro, riff, solo yang menarik. Aku tengah praktis intro bass lagu Krisis Di Pertengahan Hidup. Yang pastinya suara Mus memang ngam untuk lagu-lagu dalam album ni, kalau suruh Awie nyanyi mesti dah tak best...

Album ni aku layan kaset (housemate aku) waktu aku second year kat USM penghujung tahun 1998 (kalau tak silap time bulan puasa kot?), layan bersama-sama album Orang Asing, kalau dengar lagu-lagu dalam album ni teringat nostalgia tengah bertungkus-lumus menyiapkan "kerja rumah" tutorial kimia organik. Waktu ni jugak aku tengah gila main game Tomb Raider III: Adventures Of Lara Croft berebut PC dengan housemate aku yang jugak tengah gila main game Fallout 2.

_____
Ada apa: Padamkan lampu tidur, tutup mata, fikirkan... Aku tadak lampu tidur, kadang-kadang tidur pun terlupa nak tutup lampu.

Wings - 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood


Ya! Viral Wings kembali menular lagi hahaha! Setelah provokasi dalam entri Takilala beberapa hari yang lepas, petang tadi lepas balik kerja aku ronda-ronda kat Parkcity Mall (dengan *ehem-ehem*). Aku sempat singgah kat Chin Chin Music (tempat aku beli One Cold Winter's Night). Saya begitu yakin... Lihatlah hasilnya!

Wings - 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood versi VCD, aku tak jumpa versi CD (kat bintulu ni VCD dan MTV karaoke memang belambak, kalau CD audio nasiblah kalau dapat jumpa~) dengan harga standard RM26.90 aku terus beli...

Kat kedai ni jugak aku jumpa VCD versi lanun! Dengan harga RM10.00 tapi korang hanya akan dapat satu CD sahaja, diulangi SATU CD SAHAJA! Tracklist pun dah banyak yang kurang, boleh check-out pic kat atas.

Imej link dari blog Takilala.

Gitar beraura biru kat cover art versi lanun tu nampak macam Gibson Dot semi-hollow (ada vibrato arm) sedangkan yang ori Gibson LP Custom Lefty trademark Joe (atau memang betul ke ada cover art versi Gibson Dot ni Muspeeda?) aku check kat entri Takilala cover art untuk versi CD audio memang beraura biru tapi gitarnya masih lagi Gibson LP Custom.

Aku mula-mula menaruh harapan tinggi pada album ni, tapi malangnya jauh meleset... Kualiti gambar VCD ni agak teruk jika dibandingkan dengan kualiti gambar VCD Alive 2006 @ Orange Club yang lebih sharp (almost DVD-like quality). Dari segi bunyi takde masalah cuma vokal Awie, nyanyi macam tak serius. Dari segi keseluruhan Alive 2006 aku boleh bagi 9.8/10 manakala 21st Anniversary ni aku bagi 7/10 sahaja. Patutlah Portdy kata Alive 2006 merupakan show Wings yang terbaik.

Dan kelebihan VCD Alive 2006, setiap lagu diasingkan mengikut track tersendiri jadi senang nak skip (macam VCD karaoke). Manakala 21st Anniversary ni sama macam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session, semua lagu main sekali redah! Nak skip lagu kena manual la, untuk pengguna PC tak menjadi masalah, tapi untuk pengguna VCD player? Seksa!

Seperti biasa, beberapa pemerhatian peribadi:

  1. Awie banyak guna vokal falsetto scream berbanding Alive 2006 @ Orange Club. Dan vokal Awie kali ni agak teruk...
  2. Gitar Gibson LP Custom mengalami masalah teknikal semasa lagu Biru Mata Hitamku.
  3. Memang ada sebotol ubat batuk Cap Ibu Dan Anak kat depan drumset Black, jugak dinyatakan dalam inlay ruangan equipment.
  4. Ito ketara lupa lirik waktu nyanyi lagu Bernafas Dalam Lumpur, patutnya diorang sediakan alkitab (buku lirik).
  5. Waktu Jojet tengah drum solo, Awie ada buat sesuatu yang aku rasa agak racist.
  6. Mel ubah lirik "sewaktu bersamamu Intan, gilai tawamu terpancarlah oh sinaran..." kepada "sewaktu bersamamu Tuhan, hidupkan aku terpancarlah oh sinaran..." dalam chorus rangkap kedua lagu Lena Diulit Intan (VCD2 26:47). Disengajakan atau tersalah lirik?
  7. Aku tengok Mel dah macam iras-iras Ahmad Busu >:) susah aku nak set minda yang itu ialah Mel bukannya Ahmad Busu.
  8. Bila tengok Hillary main, aku teringat macam cara Azroy Hemmett main... Dengan memek muka, mata sepet, clumsy body language (tapi main tak clumsy) dan cara hangguk yang hampir-hampir sama.
  9. Guitar works untuk lagu Belenggu Irama dan Biarkan Berlalu memang ngam dengan cara mainan Sham, memang tak jauh beza macam dalam album Belenggu Irama.
  10. Alahai diorang tak main lagu kegemaran aku, Sejati dan Anugerah.
  11. Jojet ada, Sham ada, Mel ada, tapi kalau diorang jemput Mus (Mus May, bukan Mus Speedrider) join skali barulah complete rasanya Wings versi 21st Anniversary ni kan?

Nanti kalau aku tengok untuk round kedua, kalau aku dapat perhatikan apa-apa yang best, aku akan update ruangan ni.

Sambil-sambil layan VCD Wings ni, aku layan set Marrybrown Tower Burger (tapau), sampai rumah baru perasan kat gelas tu ada muka Sawi, menyampah aku tengok!

_____
Ada apa: Rasanya untuk album ni tak payahlah cari versi CD audio, versi VCD pun dah cukup.

Pikir-Pikir Cari Makan


Kali ni nak rehatkan dulu viral Wings, nanti ada masa aku sambung lagi. Entri kali ni cerita pasal makan la pulak. Pada sapa-sapa yang terpikir lunch hour nanti nak makan apa? Ni ada beberapa cadangan, harap-harap korang terliur >:)

Nasi daging merah - ekstra pedas versi D'Afeez Cafe, Medan Raya (sebaris dengan CIMB). Antara restoran yang paling best, murah dan servis cepat kat Bintulu ni.

Teh C Special dan kopi C Special (D'Afeez Cafe)
(Portdy - sila perhatikan background)

Yang ni makanan orang demam - tomyam ayam, telur dadar dan nasi putih Restoran Selera Kampung cawangan Parkcity (bersebelahan dengan Bank Rakyat). Yang entri hari tu cawangan Medan. Walaupun masakannya sedap tapi kutleri yang digunakan tak best sungguh!

PJ Corner - antara restoran kat Bintulu ni yang berkonsepkan seperti Restoran Nasik Kandar 24 Jam (depan Hotel Regency Plaza), tapi aku tak tau restoran ni bukak 24 jam atau tak, sebab tak pernah datang belah malam. Selalu tapau bawa balik rumah je.

Ayam tandoori dan cheese nan (macam tak best je kalau sebut nan keju) tapau kat PJ Corner, makan sambil tengok Avatar kat PC (PCku duniaku). Eh? Ada orang perasan Bundaberg ginger beer kat tepi tu tak? Hehehe... Lama dah tak layan Bundaberg.

Layan beb! Dua jam setengah tengok Avatar (versi sedut) malam tadi, hari tu tak sempat layan kat pawagam sebab member ajak tengok cerita Vampire's Assistant. Dah lama tak tengok filem sci-fi macam ni since Star Wars - Revenge Of The Sith. Avatar ni pada pendapat aku, macam gabungan filem Aliens (yeah Sigourney Weaver rules!), Pocahontas, The Chronicles Of Riddick, Star Wars, dan ada sikit-sikit pengaruh game Prince Of Persia. Aik melalut pi Avatar la plak, okela that was another story...

_____
Ada apa: Sekarang kalau aku tak sempat layan muvi kat pawagam, aku lebih rela sedut daripada beli cap lanun.

Wings - Orang Asing


Hehehe... Aku sengaja tambah viral Wings dengan album Orang Asing ni. Album pertama Wings tanpa Awie sebagai tunggak vokal, digantikan dengan Mel - dan lagu-lagu dalam album ni memang ngam dengan suara Mel.

CD album ni aku beli kat Speedy Video Bintang Plaza, Miri dengan harga RM12.90 ntah dah lupa tarikh sebab aku lupa tulis kat inlay, tapi rasanya penghujung tahun 2007 atau awal tahun 2008 kot? Aku lupa aku pernah ada kaset album ni ataupun kaset tu kaset member yang aku "pinjam" (tapau), hehehe... Takpa sekarang dah ada CD. Untuk ulasan panjang lebar album ni korang boleh check-out entry Orang Asing daripada Takilala.

Siapa sebenarnya Orang Asing dalam gambar cover album ni?

Lagu-lagu dalam album ni memang best, cuma aku tak berapa suka kenapa album ni dimulakan dengan lagu slow Ranjang Mawar? Sepatutnya dimulakan dengan instrumental Highland (seperti formula album Jerangkung Dalam Almari). Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat memang lagu killer dalam album ni. Lena Diulit Intan basslinenya best tapi memang susah (bagi aku) main bassline ni sambil nyanyi, kelam kabut jadinya... Selalu aku main single note je. Perasan tak, nama Intan dan Syakila antara nama awek yang selalu jadi tajuk-tajuk lagu Wings.

Dan tak lupa lagu yang menarik perhatian aku ialah lagu Lupakanlah yang dinyanyikan oleh Joe, boleh tahan jugak suara Joe serak-serak yang pada pendapat aku memang ngam dengan lagu-lagu alternatif. Dan aku tertanya-tanya kenapa Wings bersusah payah mencari vokalis lain? Sedangkan Joe sendiri pun boleh vokal walaupun tak seberapa mana, tapi aku rasa peminat-peminat tegar Wings pasti dapat menerimanya...

Antara album Wings yang banyak meninggalkan memori. Album ni dikeluarkan pada tahun 1995, aku baru tingkatan 4 (layan bersama-sama UKJ Menace To Sobriety) dan sekali lagi album ni (bersama-sama album Mencari Asal Usul) aku layan waktu aku second year kat USM tahun 1998. Jadi bila dengar lagu-lagu dalam album ni mulalah teringat banyak memori, memori dua tahun yang berbeza 1995 dan 1998. Memori bergumbira mandi-manda tiap-tiap petang di Pantai Pimping bersama best friend aku Jantayu (bukan nama sebenar) dan memori tengah perah otak selesaikan assignment tutorial kimia organik bersama-sama housemate.

"Air yang mengalir, tidak dapat aku hentikan..." - Air apa? Hahaha... Korang pervert ke apa pikir bukan-bukan?

_____
Ada apa: Lena Diulit Intan? Semalam Yang Hangat? - what are you thinking, you perverts? Hehehe...

Wings - Alive 2006 @ Orange Club


Masih lagi dalam mood Wings (ada orang kata aku yang bawa viral Wings yang merebak di kalangan bloggers), minggu lepas waktu raiding dan borong sakan kaset-kaset Wings untuk Muspeeda aku ada beli VCD ni (Check out this entry). Wings - Alive 2006 @ Orange Club versi VCD dengan harga RM23.90 (kautim jadi RM22.00), aku ada jugak jumpa versi CD tapi bagi aku kalau album-album live macam ni aku lebih prefer VCD (atau DVD kalau ada) sebab boleh layan tengok konsert dan perhatikan macam mana diorang perform on stage.

The Legend Arises, dari dulu lagi aku nak beli VCD/CD album ni tapi baru sekarang kesampaian. VCD ni ada tiga set, tak payahla nak list down kan? Aku bukan nak review pun, saja nak tambah viral >:)

Disebabkan aku dianugerahkan daya pemerhatian yang agak tajam (chewah) aku perasan beberapa scene best yang nak kata lawak pun ada, antaranya:

  • T-shirt naga/rimau yang dipakai oleh Awie tu aku rasa dia beli kat pasar malam kot? Sebab aku selalu nampak t-shirt macam tu jual kat pasar malam.
  • Ada sebotol ubat batuk Cap Ibu Dan Anak kat depan drumset Black.
  • Pick Planet Waves warna hitam yang melekat kat gitar Killer dan Gibson Joe dia tak pernah pakai, dia guna pick merah yang melekat kat mic stand.
  • Cable bass Eddie hampir-hampir tercabut gara-gara cable tu sangkut kat mic stand "jerangkung" Awie.
  • Waktu Awie sebut nama kumpulan Spoon dan Scoin, macam ada niat mengejek je hahaha...
  • Awie salah lirik waktu intro lagu Hukum Karma - Tengok, Awie pun boleh salah lirik walaupun dia baca buku lirik (alkitab) ada kat depan monitor speakers, inikan pulak aku yang silap lirik waktu nyanyi lagu Sejati.

Dan banyak lagi la kalau nak list, tapi yang paling best, cuba tengok screenshot kat bawah ni...

Hahaha! Eddie guna wristband NARUTO!
Aku pernah beli wristband ni dulu kat kedai RM2.00

Ada beberapa lagu dalam konsert ni yang penyanyi asalnya bukan Awie, iaitu Julang Timur Tengah (Mus), Enigma (Mus) dan Semalam Yang Hangat (Mel) dan Awie dapat menyampaikannya dengan baik. Ni kira macam kes Abang Bruce nyanyi lagu-lagu Maiden yang dinyanyikan oleh D'Anno dan Bayley.

Okela, aku memang enjoy tengok VCD ni, macam aku enjoy tengok VCD Teori Domino Revisit. Terutamanya waktu diorang perform lagu Sejati (yang dah menjadi projek lagu wajib cover waktu kitorang jamming), jadi aku kena perhatikan macam mana Eddie main lagu ni dan teknik lontaran vokal Awie. Lepas ni nak cari VCD 21th Anniversary seperti yang direview oleh Takilala.

Harap-harap viral Wings ni terus merebak lagi hahaha...

_____
Ada apa: Sayangnya dalam album ni dorang tak main lagu Anugerah.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger