Let-Go: Korg Pandora Mini


Satu lagi gajet kegitaran yang sudah lama tidak digunakan berjaya dilepaskan. Kali ini Korg Pandora Mini (PX-Mini). *Antara gajet kegitaran yang bertahan lama dalam axology aku, dimiliki sejak 2011 lagi.


Selepas berjaya melepaskan MS-60B dua hari lepas, ada pula user mencari Pandora Mini ini di Jamtank. Selaras dengan azam untuk melepaskan gajet yang tidak digunakan, maka aku tawarkan unit ini. Urusan berjalan lancar dan ia berjaya dilepaskan dengan nilai susut 25% daripada harga asal. Kira oklah untuk unit yang berusia lapan tahun.

Ok, bertambah modal GLTL.

_____
AADI: *Gajet paling lama bertahan setakat ini ialah Korg GA-1.

Let-Go: Zoom MS-60B


Sejajar dengan azam kegitaran tahun ini iaitu untuk mengorbankan haluan bass, maka apa-apa gajet yang berkaitan dengan bass akan *dilepaskan. Kali ini giliran Zoom MS-60B yang telah berada dalam axology lebih tiga tahun tapi masih nampak baru.


Telah diiklankan dalam Facebook sejak bulan Julai, pernah beberapa kali dihubungi oleh pembeli yang tidak berpotensi (jenis tak pandai meng-Google) dan jenis mengayam-keluar (chickening-out - janji nak beli, tapi tak jadi beli). Dan akhirnya malam tadi perjanjian dimeterai dengan seorang bassist dari KL melalui perantaraan grup Bass For SALES!!! (Malaysia).

Gig rig Glam Rock Nite.
Rasanya aku pernah gunakan pedal ini 3-4 kali sahaja untuk persembahan awam iaitu semasa Gig Raya Warung Deli, Glam Rock Nite dan sessi rehearsal Sarawak Rock'n Mob 2018, selebihnya terperap dalam simpanan. Selepas ini ingin berusaha untuk melepaskan pedal-pedal stompbox gitar yang tidak digunakan.

_____
AADI: *Ya, sudah pasti akan di-GLTL-kan.

Roto 11.11


Mengambil peluang bersempena Jualan 11.11 Lazada untuk mendapatkan bekalan stok tali gitar peribadi yang kekurangan saiz standard. Standard di sini bermaksud saiz yang selalu aku gunakan untuk jamming ataupun gig yang biasanya ditala E/Eb-standard.


Diperolehi daripada 724Rocks (TGS Kepong?), dua unit Rotosound Roto Yellow R10 (10-46) dan tiga unit Roto Blues RH10 (10-52). Kali ini Rotosound dipilih sebagai alternatif kepada jenama kegemaran D'Addario yang harganya sudah melonjak naik. Kelebihan Roto-series berbanding siri atau jenama lain ialah satu tali high-E ekstra untuk setiap set.

Juga ingin mencuba Primo Slinky (9.5-44), satu daripada saiz terbaru Ernie Ball. Agak susah mencari saiz 9.5-44 dalam pasaran tempatan. Sebelum ini hanya pernah menggunakan saiz 9.5-44 berjenama SIT Rock Light dan D'Addario EXL120+. Jualan hujung tahun nanti akan cuba untuk mendapatkan GHS Boomers GB9.5 daripada CK Music.

_____
AADI: Harapnya Primo Slinky murah dan mudah didapati selepas ini.

T-Shirt Autism Awareness (Part 2)


Sekali lagi berpakat sekeluarga membeli t-shirt autism awareness, sama kompeni/persatuan seperti t-shirt tahun lepas. Seperti biasa, Mrs. Ijau yang uruskan dan nasib baik ada saiz gergasi 4XL untuk aku. Cuma agak terkejut Mrs. pilih warna biru berbanding hitam, katanya warna rasmi autism.


Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya. Mrs. Ijau juga membuat pembelian sampingan dua keping sticker kereta untuk dilekat masing-masing pada Imago dan Silvia.


Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi semenjak mula bersekolah TASKA tahun ini, Ijau Jr. menunjukkan banyak perubahan dari segi komunikasi, sosial dan akademik (selain hasil sessi terapi bulanan). Terkejut juga bila baru-baru ini Ijau Jr. menerima anugerah Pelajar Terbaik Kelas Mandarin dan Pelajar Contoh bersempena Hari Keluarga TASKA.

_____
AADI: Light It Up Blue!

Pocky Cendol


Sepatutnya entri ini sesuai disiarkan Isnin lepas 11.11 iaitu Hari Pocky (tak percaya?).


Terjumpa Pocky perisa cendol ini di pasar raya SK. Aku pantang jumpa perisa pelik atau edisi terhad (contohnya perisa green tea matcha) memang terus beli semata-mata untuk entri AADI.

Ok, rasa cendolnya taklah seberapa, lebih kepada rasa karamel yang lemak dengan aroma yang kuat. Katanya perisa ini eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja, tapi ironinya ia buatan Glico Thailand, duh~

_____
AADI: "Gaya jantan gedik sebenar..."

Wordless Wednesday: The House Of The Inaccurate Gun




_____
AADI: Serius, tak sampai 2 minit main...

Mr. Jackson And Mr. Smith (Part 3)


Jika anda sudah lama mengikuti AADI pastinya perasan yang Adrian Smith antara gitaris idola aku. Biasanya pengaruh gitaris idola memang tak dapat dinafikan dalam faktor pemilihan gitar, Goldie dan So-Cal contoh yang paling ketara.

Imej blog KDHR.
Tapi bila gitar ini muncul semula dalam pasaran dan ada pula dana-dana GLTL hasil jualan Neon, cepat-cepat ia dilaburkan sebelum sold-out lagi seperti batch sebelumnya. Gitar apa? Sudah pasti Jackson Adrian Smith SDX (kod baru SDXM - San Dimas X-series Maple fretboard).


Model SDX ini pada pendapat aku merupakan "replika berlesen" untuk model Jackson USA Adrian Smith San Dimas DK (kod baru SDM). Hampir kesemuanya berjaya direplikasi kecuali kualiti kayu, hardware dan elektronik yang lebih unggul pada model DK. Tapi tak mengapa, yang penting ada signature Adrian Smith di situ.


Diperolehi daripada Brado Guitars dengan harga yang sedikit tersenyum berbanding harga runcit. Fizikal diterima dalam keadaan sempurna, hanya setup yang agak tidak memuaskan - action dan posisi pikap yang tinggi, intonasi ada sikit lari. Tak apa, ini aku boleh buat sendiri.


Hanya disertakan dengan tremolo arm, beberapa Allen key dan sticker Skull Strings. Tiada manual Jackson seperti pembelian Sarge, resit pula telah diberi secara online. Seperti transaksi sebelum ini, Brado juga menyelitkan sepasang pick Godoy sebagai saguhati pembelian.


Ini antara gitar signature tahap mampu milik yang teringin untuk dimiliki (selain Epiphone Jotun) sejak ia mula diperkenalkan tahun 2012. Berharap agar model SDXQ (Quilted maple hijau) juga akan masuk pasaran Malaysia suatu hari nanti.


Headstock ikonik Stratocaster (Jackson bawah Fender, tiada masalah). Tanpa kedua-dua logo Jackson dan signature Adrian Smith, sekali pandang mungkin fizikalnya hanya sebuah hot-rodded HSS Stratocaster, setaraf sebuah Squier Deluxe/Contemporary Stratocaster.


Neck gitar ini sehingga ke headstock (kecuali fretboard) adalah sebatang kayu maple @ 1-piece. Dan hanya permukaan atas headstock sahaja yang disadur untuk menjaga logo Jackson dan signature Adrian Smith tadi. Neck batch buatan Indonesia ini tidak memiliki skunk stripe seperti batch buatan India sebelum ini.


Bernombor siri ICJ1800675, dibuat di kilang Cort Indonesia dan merupakan produk ke #675 pada tahun 2018. Jika ia buatan kilang Cort, tak perlu risau tentang kualiti pertukangan kayunya.


Secara fizikal ia tak jauh beza jika dibandingkan dengan So-Cal - neck feel, compound radius 12-16", top-mounted Floyd Rose - sudah cukup untuk memuaskan hati. Yang berbeza hanyalah konfigurasi pikap HSS, tombol tone, suis 5-arah dan kedudukan output jack. Berat pun sekitar 3.9 kg berbanding So-Cal 3.7 kg, eh? Lagi berat?


Pikap in-house Jackson HSS (G&B?) digunakan dan bukannya DiMarzio Super Distortion + Fender SCN seperti DK untuk mengekang harga selain penggunaan Floyd Rose Special. Jika diguna dan diselenggara dengan betul, sistem FRS ini juga agak stabil dan boleh bertahan lama.


Aku bukanlah peminat singlecoil, ironinya aku suka pula karekter bunyi kedua-dua pikap singlecoil pada gitar ini (noiseless, SCN replica?), tetapi humbucker bridge tidak berapa memuaskan dan sudahpun dirancang untuk diganti dengan X2N atau D-Activator yang ada dalam simpanan (tak ada bajet nak beli Super Distortion, guna saja apa yang ada).


Mengintai kaviti spring, ternyata ia kemas seperti trademark gitar-gitar buatan Indonesia sebelum ini. Cuma cat di dalam kaviti ini yang terasa seperti belum kering sepenuhnya. Kaviti pikap dan elektronik akan diintai semasa proses penukaran tali kelak.

Diperiksa oleh si Nopal(?) pada 16/07/2018.
Akan diintonasi semula dan dibiarkan pada talaan E-standard kerana masih menggunakan tali asal bersaiz 9-42. Kelak akan diganti dengan saiz 9-46, 9.5-44 atau 10-46 bergantung kepada callus jari-jariku ketika itu.

Ya, muat dalam peti buaya.
Penilaian selanjutnya mungkin akan dibuat dalam entri lain selepas beberapa bulan menggunakannya. Nickname? Akan digelar MR. SMITH atau SDX sahaja, memegang gitar ini membuatkan perasaan ingin memainkan solo-solo Wicker Man dan Kekejaman Manusia The Evil That Men Do.

Up the Irons! \m/

_____
AADI: Brado lagi?

Wordless Wednesday: Dikawal CCTV




_____
AADI: Adakah ia sejenis medan kuasa (force field)?

There Is Nothing 20 Years To Lose


Facebook mereka kata album ini menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini... Wiki pula kata Sabtu lepas 02/11/1999, mana satu?

Tak cukup syarat untuk gila format.
Album ketiga Foo Fighters ini bukanlah album FF kegemaranku (fav to date TCATS), tetapi disebabkan nilai-nilai *nostalgik album ini, ia boleh dikategorikan sebagai album bertaraf soundtrack of my life.

Kaset terakhir dibeli sebelum Y2K.
*Mendengar kembali lagu-lagu dalam album ini otomatik akan teringat kenangan tahun ketiga di USM (circa 1999-2000). Tahun yang agak "kejam" dari segi percintaan perhubungan dan pelajaran. Seperti ayat entri tahun 2009:
"ekceli aku ada kaset utk album ni, aku beli somewhere penghujung 1999 kat berjaya video, sg. dua, penang. waktu tu aku 3rd year kat usm tgh dilamun scandal dgn awek student junior hehehe >:) album ni jugak mengingatkan aku time aku dan housemate 6 org ramai2 pi round island naik kancil, mcm tin sardin jdnya... dan zaman gila main game planescape torment"
Ada tiga lagu dalam album ini yang teringin sangat aku nak cover; Learn To Fly, Aurora dan Next Year. Ketiga-tiganya ada maksud peribadi tersendiri.

_____
AADI: "I was in the best rock & roll band in the 90's, we've changed the course of rock music..."

Flashback Friday: My Former M-Series


Gembira dan bangga rasanya bila melihat kedua-duanya bekas gitar LTD M-series aku beraksi di atas pentas finale BOTB Various Evo Band Challenge beberapa minggu lepas (19/10/2019).


Azrul dengan M-103FM (ex-Mirage) bermodifikasi Seymour Duncan Invader tunggal dan produk pengunci Gotoh, beraksi bersama band Natas.


Manakala Azroy dengan M-50FR (ex-Neon) bernadi set pikap Tesla Plasma-X1, beraksi bersama band The Northa. Lebih proper berbanding JEM7V replika yang digunakan sebelum ini

Kedua-dua mereka ini antara rakan yang berpengaruh dalam lembaran perjalanan hobi kegitaran aku selama 10 tahun ini. Moga mereka akan pergi lebih jauh bersenjatakan gitar M-series tadi.

Tak buat entri ulasan BOTB, sebab aku tak datang...

_____
AADI: Selamat berNovember.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger